26 Januari 2008

SPR Jawab Kenyataan Hishammuddin Mengenai Anwar.

Kelmarin dalam Akhbar Utusan Pergerakan Pemuda UMNO membidas Penasihat PKR, Anwar Ibrahim sebagai angkuh kerana yakin akan tetap menjadi wakil rakyat dengan meminta calon parti itu yang memenangi PR umum ke-12 berundur bagi memberikan laluan kepadanya. Ketuanya, Hishammuddin berkata, PKR belum tentu mampu memenangi satu kerusi dalam PR umum akan datang, termasuk mempertahankan kawasan Parlimen Permatang Pauh yang dikuasai parti itu.


Nampaknya kenyataan Hishammudin lari dari tajuk asal, kalau pelajar dibawah jagaannya menjawab soalan lari tajuk asal tentunya markahnya jadi kosong. begitulah markah kosong yang kita layak berikan kepada Menteri pelajaran yang kurang terpelajar ini.
Hari ini kenyataan dari SPR dalam akhbar yang sama menyangkal 100% kenyataan "menteri sotong" itu. Menurut jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hasrat yang diluahkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebelum ini adalah seperti diperuntukkan mengikut Fasal (1) Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan.“Mengikut peruntukan itu, pilihan raya kecil boleh diadakan jika berlaku kekosongan luar jangka iaitu kematian seseorang calon atau ada yang meletakkan jawatan.“Seperkara lagi, pilihan raya kecil perlu diadakan sebelum dua tahun tempoh hayat Parlimen tamat,’’ ujar jurucakap itu.

Hishammuddin dilihat memberi jawapan kepada kenyataan Anwar kelmarin. Anwar dipetik berkata walaupun tidak dapat bertanding pada pilihan raya umum ke-12 yang dijangka diadakan sebelum April ini, beliau akan memastikan dirinya tetap berpeluang menjadi wakil rakyat.Bekas TPM itu berkata, perkara tersebut bukan sesuatu yang mustahil kerana pemilihannya boleh dibuat menerusi satu pilihan raya kecil yang membabitkan kawasan milik PKR.''Kalau tidak dapat bertanding pada Mac, saya bertanding Mei di kawasan mana yang kami menang. Dia (calon yang menang) akan berundur dan memberi ruang untuk saya,"

Jelas sekali kenyataan Anwar bukan hentam kormo macam Hishammuddin dan kenyataannya di atas adalah sesuai dengan peraturan SPR di mana kalau ada seseorang wakil rakyat berundur satu pilihanraya kecil hendaklah diadakan. Buat apa Hishammuddin buat kenyataan melebih-lebih sangat.

Saya melihat inilah satu cara UMNO hendak memburukkan pembangkang. Semua yang kita cadangkan walaupun tidak menyalahi undang-undang semuanya salah. kalau UMNO melanggar undang-undang tidak menjadi masalah dan betul juga. Inilah antara istimewa dan jakunnya Malaysia yang kita cintai.
Kita nasihatkan rakan-rakan dalam UMNO supaya menilai sendiri siapakah pimpinan mereka. Jelas pimpinan UMNO sering berfikir di luar dari kotak fikiran yang waras dan rasional. Demi untuk menegakkan kuasa yang ada di tangan nampaknya semua pimpinan UMNO macam itik yang kehausan dan cacing yang kepanasan.

Tiada ulasan: