Setiap kali berlaku kirisis kenaikan harga barang yang keluar dari mulut kerajaan ialah perkataan "Subsidi". Kononnya kerajaan telah berkorban banyak dengan mengeluarkan banyak subsidi untuk mengelakkan kenaikan harga lebih banyak.
Saya tidak faham sangat dengan gula-gula subsidi yang sering didakwa oleh Menteri BN. Terbaru dalam menengani kekurang bekalan minyak masak kerajaan bersetuju meningkatkan kuota pengeluaran minyak masak bersubsidi dalam tempoh terdekat bagi menangani kekurangan bekalan bahan keperluan itu yang meruncing di pasaran.
Nampaknya BN nampak dengan memberi subsidi sahaja dapat mengawal kenaikan harga barang?
Sekali ini kita diperkenalkan dengan "minyak masak bersubsidi", sebelum ini dikatakan tol bersubsidi, minyak petrol dan diesel bersubsidi, baja subsidi sehingga berok dan gigi pun dikatakan subsidi.
Seakan-akan suatu gambaran Kerajaan BN ini baik sangat dan rakyat Malaysia miskin sangat sehingga semua memerlukan subsidi. Walaupun benar ada unsur subsidi tetapi kita mempertikai kalimat itu yang dijadikan gula-gula berterusan oleh kerajaan. Bukankah ada cara lain untuk kita mengekang kenaikan harga barang. Kalau tidak cukup pakar dalam negara, contoh dari luar negara boleh kita ambil.
Sedangkan walaupun sebanyak mana subsidi yang diberikan ianya berupa hak rakyat yang telah dikembalikan. Ianya bukan hak UMNO atau BN . Semuanya hak rakyat dan wajarlah dikembalikan kepada rakyat.
Kalau begitulah saya cadangkan BN ditukar kepada BS (Barisan Subsidi).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan