Rabu 12 Mac meninggalkan kenangan pahit dan manis dalam sejarah politik tanah air khususnya negeri Perak. Debaran yang dirasai terubat dengan pengumuman perkenan Sultan Perak menerima Ir. Mohammad Nizar jamaluddin sebagai MB Perak yang ke 10.
Namum sepanjang hari sejak 11 Mac lagi saya menerima banyak pangilan dan SMS tanpa henti pada 2 talifon bimbit peribadi. Nasib baik ada dua kalau lebih dari itu semunya akan berdering kata pemandu peribadi saya.apakan tidak kadang-kadang orang yang sama sampai 10 kali sms dan talipon.
Nampaknya kerja awal kami ADUN yang menang di Perak ialah jagi juru cakap kepada berita sensasi pelantikan MB perak. Ada saja berita baru di TV atau dari akhbar yang mengelirukan berdering tidak berhenti-henti talifon kami.
Sesetengahnya bertanyakan kesahihan SMS yang macam-macam, semuanya memerlukan pertimbangan yang sewajarnya sebelum menjawab.
Menulis blog ini pun terhenti benyak kali untuk menerima panggilan talipon kawan-kawan yang bertanyakan berita terkini tentang program angkat sumpah petang ini.
Setakat ini tiada perubahan dimana pada jam 4,00 petang akan diadakan majlis angkat sumpah di Istana Iskandariah Bukit Candan Kuala Kangsar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan