Laporan Akhabar berita terkini sebagai saya petik pada petang ini berkata Rakyat Kelantan khususnya penyokong Pas diminta menerima hakikat bahawa kerajaan Kelantan sekarang tiada kemampuan untuk menjalankan pentadbiran yang berkesan pada masa depan berikutan bebanan hutang serius yang kini tertunggak sebanyak RM1 bilion.
Pada tahun 2005 Laporan akhbar menyebut Ketua Audit Negara Tan Sri Hadenan A. Jalil sebagai berkata tunggakan bayaran balik pinjaman kerajaan negeri meningkat kepada RM2.61 bilion pada akhir tahun lepas berbanding RM2.54 bilion pada akhir 2003.Hadenan berkata jumlah tunggakan Johor sebanyak RM598.35 juta, Kedah RM450.96 juta, Pahang (RM414.48 juta), Selangor (RM377.33 juta), Terengganu (RM259.75 juta) dan Negeri Sembilan sebanyak RM144.37 juta.Negeri-negeri lain termasuk Kelantan mempunyai tunggakan RM46.61 juta, Sarawak (RM77.69 juta), Melaka (RM76.22juta) dan Sabah (RM70.20 juta).
2 ulasan:
ko da salah fakta ni. ni laporan sebenar audit yg keluar.
Bagi Kelantan, Ketua Audit Negara menasihatkan supaya kerajaan negeri berbelanja secara berhemat tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan ekonomi negeri.
Kerajaan negeri Kelantan juga diminta supaya tunggakan hasil dapat dipungut dan pinjaman boleh dituntut mengikut jadual, manakala tunggakan bayaran balik hendaklah dikutip sepenuhnya.
Turut dinasihat, hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan hendaklah dibayar mengikut jadual termasuk tunggakan bayaran balik.
Kerajaan negeri Kelantan memungut 3 jenis hasil yang terdiri daripada hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil.
Kerajaan negeri Kelantan juga menerima pinjaman dari semasa ke semasa daripada kerajaan persekutuan bagi membiayai projek pembangunannya.
Pada tahun 2010, baki hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan telah meningkat sejumlah RM118.25 juta atau 11.9 peratus.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan hutang RM1,112 juta berbanding 993.75 juta pada 2009.
Pinjaman baru melibatkan projek membaikpulih loji rawatan pembentungan dan projek bekalan air.
Tunggakan bayaran balik kepada kerajaan persekutuan oleh kerajaan negeri Kelantan pada 2010 meningkat 32.92 juta menjadikan jumlah keseluruhan hutang tertunggak RM121.57 juta.
Hanya RM5.2 juta hutang berjaya dibayar balik kepada kerajaan persekutuan berbanding 32.11 juta yang perlu dibayar dalam tahun 2010.
kelantan la satu2 negeri yg membayar hutang...audit negara bila yg kamu abik tu..http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=12952:hutang-kelantan-husam-sedia-berdebat-dengan-naib-presiden-umno&catid=1:utama&Itemid=50
Catat Ulasan