13 Mac 2008

Ir. Nizar Menteri Besar Perak.

IPOH, 12 MAC;- Tanda tanya mengenai siapakah yang akan dilantik sebagai Menteri Besar Perak telah terjawab petang tadi apabila Sultan Perak telah memperkenankan Ir, Nizar Jamaluddin sebagai MB yang baru. Perkenan Sultan tersebut setelah wakil-wakil parti yang disenarai pendek sebagai calon MB diterima mengadap pada petang tadi.



Berita gembira tersebut diterima baik dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh semua lapisan masyarak dinegeri Perak. Setelah menunggu selama hampir 5 hari sesudah PR Umum ke 12 yang lepas. Keputusan kali ini memihak kepada pembangkang apabila BN hanya memperolihi 28 kerusi sedangkan DAP berhasil memenagi semua kerusi yang tandingi iaitu 18 kerusi. PAS sebanyak 6 kerusi dan PKR sebanyak 7 kerusi. Pakatan pembangkang berjumlah 31 kerusi menafikan majoriti BN untuk menubuhkan kerajaan.

Majlis menyerahkan watikah dan angkat sumpah akan di lakukan di Istana Bukit Candan, Kuala Kangsar esok.

Tiada ulasan: