Setelah melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor pada 19 Mac lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kini turut terlibat dalam bidang penulisan untuk laman blognya sendiri.
Laman blog yang dilancarkan hari ini dibuat sebagai salah satu saluran kepada bekas Menteri Besar Selangor itu untuk menyuarakan pandangannya terhadap pentadbiran baru kerajaan negeri di bawah pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Setelah saya cuba membuka blognya www.drkhir.blogspot.com ternyatra indah khabar dari rupa dimana ianya cuma satu halaman sahaja dengan tajuk blognya cetusan dr mohammad khir toyo.
semuga blog ini juga tidak ketinggalan menyiarkan segala penindasan dan kezaliman beliau yang lepas serta permohonan maaf kepada semua penduduk Selangor diatas ketelanjuran sebelum dari ini.
Nasihat kita kepada Khir supaya jangan asyik hendak komen apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang baru sehingga lupa dosa-dosa yang lampau.
1 ulasan:
Insya-Allah, amanat dan teguran Al-Fadhil Tuan Guru Khalil Idham Lim sepatutnya diberi pehatian sewajarnya.
Walaupun ana ada rakyat negeri Selangor yang mengundi di DUN N.26 Bangi dan memangkah Dr. Shafie Abu Bakar dalam pilihanraya ke-12 baru-baru ini, ana kurang mengenali bekas MB, Dr. Khir Toyo memandangkan ana lebih lama berada di luar negara berbanding di dalam negeri.
Antara rentetan peristiwa yang diingati:-
- Anugerah Penyapu kepada pegawai daerah yang tidak mencapai prestasi kutipan cukai yang memberangsangkan.
- Program Pembangkang Sifar, yang akhirnya menjadikan Dr. Khir sebgai pembangkang.
- Program Setinggan Sifar, yang menganiaya peneroka bandar seperti penduduk Kampung Berembang dan lain-lain.
- Penswastaan PUAS (Perbadanan Urus Air Selangor) kepada SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor)
dan yang paling diingati ialah apabila beliau mengatakan bahawa beliau "menangis" kerana tak mampu buat apa-apa apabila dengan masalah setinggan apabila "ada sanak saudaranya" yang dihalau.
Sebelum terlupa, terima kasih atas keprihatinan TGKIL dalam isu ini.
selongsong.pencucuh
Catat Ulasan