31 Mac 2008

Melayu sudah hilang kuasa – Ku Li

KOTA BHARU 30 Mac – UMNO perlu menerima hakikat bahawa orang Melayu sebenarnya sudah hilang kuasa dan hanya mengharapkan bantuan dari Sabah serta Sarawak untuk terus kekal memimpin negara.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) berkata, parti itu perlu melakukan sesuatu kerana rakyat khususnya di Semenanjung sudah mula hilang kepercayaan terhadapnya.

Beliau berkata, UMNO kini hanya mengharapkan sokongan daripada kedua-dua negeri tersebut dan sewajarnya tuntutan mereka didengar serta dilayan.

“Kalau kita tidak mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak, UMNO tidak ada kuasa langsung di Parlimen kerana suara kita yang ada tidak sampai separuh.

“Apakah kita masih berangan-angan lagi dan tidak mahu bertindak memperbaiki kedudukan, satu perkara serius kuasa Melayu sudah hilang di negara ini.

“Kita pun tidak melayan tuntutan mereka (Sabah dan Sarawak) sebagaimana sepatutnya kerana mereka mendapat sokongan besar daripada rakyat untuk mendukung UMNO di Semenanjung yang benar-benar gagal untuk mempertahankan kedudukannya,” kata beliau ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra di sini malam tadi.

3 ulasan:

TheTruth berkata...

Tahniah YB...

Jangan YB ingat Melayu masih ada kuasa kat Perak, MB Perak skrg hanya jd boneka kpd DAP

YB yang belajar agama pun faham, DAP tu kafir kategori apa... kalau dah ada statement kpd Pas 'Langkah mayat diorg kalau nak tubuh negara Islam', diorg tu taraf kafir HARBI!

Kami kesal mengundi pakatan pembangkang PRU-12 ni, PRU-13 ni kami akan memangkah BN supaya ketuanan Islam dipegang.

Cth: dulu Exco kerajaan negeri; Islam 6 org, bkn Islam 4 orang... tp skrg.... dlm majoriti bkn Islam...

Selongsong berkata...

YB Al-Fadhil Tuan Guru Khalil Idham Lim yang dikasihi.

Ana rasa ustaz tidak perlu mengambil pandangan "thetruth" sebagai suatu pandangan yang serius. Beliau tiada bukti yang menyatakan beliau mengundi pakatan pembangkang, bahkan, tidak diketahui pula siapa yang beliau wakili sebagai "kami".

Lawak pula apa yang dikatakan "thetruth", seolah-olah dia menyokong perjuangan Islam tetapi tidak memahami taaluf siasi dalam hal ini.

Sejak bila pula UMNO/BN perjuangkan Islam? Sekiranya sekadar slogan dan retorik mantra "Islam Hadhari" tanpa intipati penghayatan Islam sebenar, ianya tidak mencukupi untuk menjustifikasikannya sebagai ketuanan Islam.

Sehubungan hal ini, ana berharap agar TGKIL mengambil peluang untuk berdakwah dan jadikanlah sahabat-sahabat kita dari parti PKR dan DAP, juga dari BN sebagai mad'u.

Insya-Allah, semoga keberkatan dariNYA akan melimpah nikmat ke seluruh alam.

selongsong.pencucuh

Selongsong berkata...

*taaluf siasi* == tahaluf siasi