Dipercayai, ia pertemuan tertutup terbesar dalam tempoh lima tahun beliau sebagai Perdana Menteri yang akan disertai semua ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) BN.
Pada pilihan raya umum lalu, BN menang di 140 kawasan Parlimen dan 307 DUN.
Ketua Penerangan UMNO, Muhammad Muhd. Taib yang mengesahkan pertemuan pada pukul 2.30 petang itu berkata, selaku Pengerusi BN, Abdullah dijangka mendapatkan maklum balas daripada semua pemimpin akar umbi BN mengenai isu-isu semasa yang berlaku.
Persoalannya kenapa perhimpunan ini dikaitkan sebagai perhimpunan terbesar dalam keadaan BN dan UMNO sudah kehilangan 5 negeri dan menjadi enam sekiranya wilayah dikira sama. mana mungkin jadi besar dalam keadaan banyak kerusi dah hilang. Perhimpunan kecil dikata besar. Itu bohong namanya.
Saya meramalkan hari ini adalah hari penting kepada rakyat Malaysia yang akan melihat sesuatu kejutan akan berlaku. Angka 14 tidak digemari oleh orang tertentu! kenapa pula Pak Lah memilih hari ini untuk bertemu dengan orang bawahannya?
1 ulasan:
biarkan apa yang akan terjadi jadi saja ..., apa yang tak benar akan luput sebelum siang naik ..,
orang malaysia bukan bodoh macam penduduk Amerika .., masih dapat tahan pemerintah-pemerintah yang berjenis aktor-aktor Holloywood gred B...,
Catat Ulasan