14 April 2008

Perlawanan Bola Persahabatan, Perak 3 : Kelantan 3

IPOH, 13 April :- Sempena dengan Mesyuarat AJK PAS Pusat dan Seminar Wakil Rakyat Parlimen dan DUN esok hari, satu pertandingan bola persahabatan antara pasukan ADUN Perak melawan ADUN dari Kelantan. Perlawanan tersebut belangsung di Stadium Ipoh petang tadi dengan keputusan seri Kelantan 3 ,Perak 3.

Pasukan dari Perak dibarisi oleh ADUN-ADUN dari pakatan Rakyat (PR) dengan memakai jersi berwarna putih, manakala pasukan ADUN Kelantan yang juga dibarisi oleh Ahli Parlimen dan ADUN dengan memakai baju berwarna merah.

Pada separuh masa pertama pasukan Kelantan mendahului 3 gol tanpa balas. Setelah wisel separuh masa kedua berbunyi Perak satu persatu membolosi gol Kelantan sehingga kedudukan seimbang 3 : 3. Salah satu gol adalah hasil tendangan panalti setelah seorang pemain Kelantan cuba menyelamatkan bola dihadapan gol dengan menampannya dengan tangan.

Perlawanan yang dianggap seimbang itu cukup meriah dengan mendapat tepukan dari penyokong kedua-dua belah pihak yang dianggarkan berjumlah sekitar 200 orang.

1 ulasan:

Selongsong berkata...

Assalamualaikum Tuan Guru Drs. Khalil Idham Lim

TGKIL main di posisi mana? Penjaga Gawang atau Penyerang?