Sahlah kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor ke dalam UMNO. Kelmarin beliau dengan resminya telah menyerahkan borang keahlian kepada Presiden UMNO. Tahniah dan eloklah beliau telah membuat keputusan kerana Mohamad Ezam yang juga merupakan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan telah keluar parti itu tahun lalu.Tambahan pula keputusan beliau untuk menyertai UMNO merupakan pilihannya sendiri.
Alangkah tidak elok sudah lama sangat tidak berparti. Sebetulnya sejak dia keluar dari PKR tahun lepas ezam kena umumkan parti mana pilihan barunya. Mustahil kalau dia tidak setuju dengan parti lamanya dia tidak ada pilihan baru.Ibarat sudah lama berduda kenalah cari pasangan baru.
Kalau rasa ada kekuatan dan jikalau dia rasakan semua parti yang ada tidak sesuai untuknya dia kena tubuhkan parti baru seperti tindakan yang dibuat oleh beberapa pemimpin sebelum ini.
Saya cadangkan agar presiden UMNO akan calonkan Ezan untuk menjadi calon BN dalam mana-mana pilihanraya kecil sekiranya ada. Yang paling menarik sekiranya berdepan dengan bekas bosnya DS. Anwar Ibrahim. Kalau sudah dapat ayam jantan cubalah sekali uji kekuatannya. Yang saya takut Ezam yang takut untuk dicalonkan.
Seperti kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tindakan Mohamad Ezam Mohd. Noor menyertai UMNO tidak akan memberi sebarang kesan terhadap parti pembangkang itu. Saya sangat bersetuju apa lagi zaman sekarang bukan zaman kita hendak masuk UMNO tetapi zaman orang ramai-ramai keluar UMNO. Tun Dr. Mahadhir yang buktikan bahawa UMNO bukan lagi harapan dan tempat kebergantungan orang Melayu.
Namun biasalah kerana dalam setandan pisang ada saja yang ganjilnya apa lagi manusia sering saja ada yang menongkah arus...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan