Nazri Aziz disarankan kembali belajar ilmu perundangan Malaysia sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang kelak menggambarkan kerendahan nilai beliau dan kerajaan yang berterusan mencabul demokrasi di Malaysia. Pernah Nazri memalitkan kebodohan sendiri dengan berkata seolah tidak tahu bahawa tidak ada sebarang Akta Perlindungan Saksi yang dikuatkuasakan di Malaysia?
Sebelum ini dalam kes yang sama beliau menunjukkan campur tangan tersebut dengan ketara apabila beliau menjawab bagi pihak Ketua Hakim Negara di atas keterlibatan Ketua Hakim Negara di dalam skandal yang didedahkan melalui rakaman video membabitkan VK Lingam.
Demikianlah Nazri yang sudah lama jadi menteri tetapi masih tidak faham undang-undang negara sendiri. Tetapi semasa balik kampung di Sauk kelmarin beliau mengulas isu di Perak.
Katanya, Mohammad Nizar baru memegang jawatan menteri besar dan mungkin masih tidak faham undang-undang serta adat istiadat negeri yang meletakkan sultan sebagai ketua agama Islam negeri.
‘‘Saya rasa dia mungkin baru. Baru menjadi menteri besar dan tidak memahami dengan adat-istiadat sehingga melakukan sesuatu tindakan tanpa mendapat perkenan sultan.
Kita juga mengakui MB Perak memang baru, sehingga belum lagi melangkau 50 hari memegang jawatan tersebut. Namun kalaulah sudah berpuluh tahun jadi menteri itu dan ini dan sampai jaga undang-undang pada sesi yang lepas , sebetulnya siapa yang boidoh undang-undang? Nazri atau Nizar ?
1 ulasan:
Salam,
Tanya saya(blogger)?
Jawapan saya, 'Nazri!'
Ketika Tuhan berfirman kepada para malaikat: "Aku berkehendakkan khalifah di muka bumi", lalu ditanya malaikat, "mengapa Engkau berkehendakkan khalifah di bumi yg selalu membuat kerosakkan dan menumpahkan darah sedangkan kami bertasbih senantiasa dengan memujikan engkau". Tuhan kemudian berfirman: "Aku ketahui apa yang tidak kamu ketahui".(al-baqara, ayt 30).
Nazri itu ibarat, semut dibalik pulau pun dia nampak, gajah didepan mata tidak nampak. Ulasan saya, ini lah kalangan2 manusia yang dikatakan "buta hati dan buta perut".
Wassallam.
Catat Ulasan