BEIJING, 4 Jun :-Bermula pada bulan Jun ini, satu tindakan perlindungan alam sekitar yang baru mula dilaksanakan di seluruh China, iaitu berkait dengan beg plastik yang digunakan di semua kedai runcit, pasar raya, pusat membeli-belah dan pasar. Semua peruncit tidak boleh menyediakan beg plastik ini secara percuma. Orang ramai mula bersiap sedia beg dengan masing-masing untuk membeli-belah. Dimaklumkan, selepas tindakan itu dilaksanakan, jumlah penggunaan beg plastik China akan berkurang 2/3.
Menurut statistik, beberapa tahun kebelakangan ini, China menggunakan hampir 3 bilion buah beg plastik setiap hari. Beg plastik sukar hancur atau diuraikan, dan akan mengakibatkan pencemaran yang amat teruk bagi alam sekitar. Untuk menggalakkan orang ramai menggunakan beg plastik secara munasabah demi mendorong penggunaan sumber dengan jimet-cermat dan melindungi persekitaran ekologi, pada awal tahun ini, China mengumumkan akan melaksanakan sistem beg plastik berbayar di kedai-kedai. Melalui persiapan selama 5 bulan, sistem itu dilaksanakan dengan rasmi pada 1 Jun yang lalu.
Pada 1 Jun yang lalu, pusat membeli-belah dan pasar raya mengumumkan bahawa beg plastik yang dikeluarkan oleh mereka akan dikenakan bayaran. Orang ramai bersedia dengan bakul dan beg sendiri untuk membeli-belah. Mereka masing-masing menyatakan sokongan terhadap arahan itu dan menyatakan, walaupun tidak mudah, tetapi boleh diatasi.
"Saya membawa beg untuk membeli-belah. Beg plastik mencemari alam kekitar, dan saya tidak akan menggunakannya lagi. Saya membawa beg dan bakul untuk membeli makanan dan ini bukanlah susah."
"Melindungi alam sekitar! Menyambut Sukan Olimpik hijau! Kami menggunakan beg sendiri dan tidak menggunakan beg plastik lagi kerana itu mencemari alam sekitar dan mempengaruhi wajah Beijing sebagai ibu negara China."
Di pasar perdagangan pertanian, ramai peruncit juga menyatakan bahawa, walaupun sistem itu akan mempengaruhi perniagaan mereka, tetapi sistem itu juga akan menjimatkan kos mereka.
"Pada permulaannya, saya fikir memang tidak mudah, tetapi dalam jangka yang panjang, pembeli akan memahami sistem ini dan membawa beg mereka sendiri. Ini baik bagi kita. Kita tidak akan berbelanja untuk beg plastik."
"Pada permulaannya, saya fikir memang tidak mudah, tetapi dalam jangka yang panjang, pembeli akan memahami sistem ini dan membawa beg mereka sendiri. Ini baik bagi kita. Kita tidak akan berbelanja untuk beg plastik."
Berbanding dengan tindakan beberapa negara yang melarang penggunaan beg plastik secara menyeluruh, China hanya melarang mengeluarkan dan menggunakan beg plastik tipis yang tidak boleh digunakaan beberapa kali, dan mengurangkan penggunaan beg plastik yang diluluskan dengan cara mengenakan bayaran.
Ketua Jabatan Pengurusan Peredaran Barangan Jabatan Perdagangan Beijing, Zhang Qiang memaklumkan bahawa beg plastik yang boleh digunakan secara berbayar itu mempunyai standard dan saiz yang terhad.
"Tebalnya mesti melebihi 0.025 mm. Menurut standard mandatori, beg plastik mesti mempunyai kod nombor, dan nombor telefon syarikat pengeluarnya, agar dapat dimanfaatkan bagi tujuan pengawasan oleh pengguna dan penyelidikan jabatan berkenaan."
Pakar penyelidik memaklumkan bahawa selepas China melaksanakan sistem tersebut, jumlah beg plastik yang digunakan akan berkurang 2/3. Sementara itu, mereka juga menegaskan bahawa di samping melaksanakan sistem tersebut, China juga perlu mengeluarkan barang penggantinya yang bersifat melindungi alam sekitar dengan secepat mungkin. Barang ganti tersebut mesti dapat digunakan beberapa kali. Ini boleh melindungi alam sekitar dan menjimatkan sumber tenaga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan