05 Jun 2008

Tertinggal sembahyang nak beli minyak : Pak lah bertanggung jawab

Kata Al banjari dalan cbox cina islam "ana beratur di petronas kg. kedah setelah habis solat maghrib, dapat isi minyak jam 9.30 mlm. bayangkan 100 minit jadi org bodoh semata nak isi minyak.."

Realiti dari keadaan diatas saya menyatakan bahawa Pak Lah kena bertanggung jawab kerana berapa ramai orang tertinggal solat maghrib kerana beratur untuk beli minyak pada kadar lama. Rakyat yang terkejut cuba menyelamatkan sedikit wang nya dengan kali terakhir menikmati harga lama yang jauh lebih murah dengan harga baru. Beraturlah mereka sehingga melewati waktu sembahyang.

Seandainya seseorang itu mula beratur sekitar jam 7.29 tepat masuk maghrib di Parit Buntar, ditambah 100 minit berarti jam 9 lebih baru dapat giliran . Awal dari itu pun masih belum sempat kerana 8.45 sudah masuk Isya. Bayangkan berapa ramai yang tidak sempat sembahyang diseluruh negara dan terpaksa jamak "tak payah" sahaja lantaran pengumuman Pak Lah yang menyusahkan itu.

6 ulasan:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

ustaz,

Ini negara Islam hadhari.Apa pun boleh.

Idham Lim (林川興) berkata...

betul tu....

afif rifqi berkata...

Inilah keadaan ummat . Sanggup menggadaikan agama kerana dunia ( yang tak lebih sebelah kepak nyamuk , Dunia umpama bangkai ). Agama telah dikorbankan . Kalau ditakdirkan mati ketika itu????. Ana juga tidak setuju dengan kenaikan ini. Bertaubatlah semuanya termasuk saya.
Sedihnya . Pecinta-pencinta islam dan agama turut tewas dengan isu ini. Fikir-fikirkanlah . Wallah hu aklam

Unknown berkata...

SIAPA YG BODOH!!KNP PULAK NAK SALAHKAN ORG LAIN. ISI MINYAK UTK MLM TD TU BOLEH TAHAN SAMPAI 14TAHUN KE MINYAK YG DIISI?? ESOK LUSA HBS MINYAK KENA ISI JUGA KAN,DGN HARGA BARU?? KALAU TAK MAHU NAIK BASIKAL..HE HE...SIAPA BODOH??? SANGGUP BERATUR PANJANG2 SAMPAI TERTINGGAL SOLAT,TAK MASUK AKAL..KESIAN ORG YG TAK RETI FKR NI.

Joha Muhamad berkata...

ASSSALAMUALAIKUM...KEPADA EN NOR..BAHASA YANG ANDA GUNAKAN TIDAK MELAMBANGKAN "CAHAYA" ITU.
BUKAN MEREKA YANG INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN SAHAJA...BAGAIMANA DENGAN YANG BENAR BENAR KEHABISAN MINYAK?
SEKARANG HARGA MINYAK DUNIA DAH TURUN... HA MACAM MANA

miss arizona berkata...

oh tidak..kenapa salahkan paklah jika anda tidak semayang semata-mata kerana menjimatkan beberapa puluh ringgit duit duniawi?

tidak ada pula paklah letak pisau dileher dan memaksa org beratur 2-3jam untuk mengisi minyak. bukan juga minyak itu tahap sehingga infinity..

seratus peratus..kalau tak semayang sendiri tanggung. tak ada kaitan dgn paklah.