11 Jun 2008

Dr. Mujahid dan Drs. Khalil berdailog dengan Guru KAFA Daerah Kerian.

PARIT BUNTAR, 10, Jun :- Kerajaan Negeri perak akan sentiasa berusaha untuk membantu memajukan sekolah agama rakyat (SAR), demikian antara isi kandungan ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil idham Lim dalam dailog bersama lebih 100 orang guru KAFA Daerah Kerian disini hari ini. Drs. Khalil menerima Memorendum dari Tn. Hj. Hamidi sambil diperhatian oleh Dr. Mujahid.

Hadir sama dalam dailog itu ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, YB. Dr. Mujahid Yusof, dan Pengerusi Persatuan Pendokong Sekolah Agama Rakyat Daerah Kerian (PPSR), Tn. Hj. Hamidi Abd. Hamid.

Kedua-dua wakil rakyat itu telah sudi berdailog dengan peserta dalam tempoh sekitar 3 jam dengan penuh semangat kekeluargaan. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Penyelia KAFA Daerah, Ust. Salahuddin bahawa inilah kali pertama program seumpama ini diadakan. Beliau berharap semua yang hadir mengambil peluang keemasan untuk mengajukan soalan-soalan untuk dijawab oleh Dr. Mujahid dan Drs. Khalil.

Dr. Mujahid dalam ucapannya menyatakan pada masa bantuan kepada SAR ditarik oleh pihak kerajaan serentak dengan itu lulusan sekolah agama telah diperkecilkan kononnya sukar mendapatkan pekerjaan dan sebagainya.

Guru-guru SAR yang hadir dalam dailog tersebut

Namun tegasnya realiti yang berlaku, lulusan sekolah agamalah yang lebih sedikit menganggur berbanding lulusan lain. Paling kurang orang lulusan agama boleh menjadi imam dan mengajar di merata tenpat. "realitinya di Kuala Lumpur golongan berkelulusan agama hidup lebih mewah hasil dari menyampaikan ilmu dimerata tempat", kata Dr. Mujahid.

Antara soalan-soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan perlantikan ketua kampung, Jawatankuasa mesjid, tapak SAR, bantuan perkapita SAR, elaun penyelia SAR dan Guru serta soalan-soalan berkaitan dengan SAR di Daerah Kerian.

Diakhir program Penegerusi PPSR Daerah kerian telah menyampai memorendum untuk disampaikan kepada Exco Agama Perak.

5 ulasan:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

Ustaz,
Salah satunya lagi ialah orang yang berpengajian agama ni tak menganggur dalam sembahyang......juga ibadat2 lainnya.

Allahuakbar.

Idham Lim (林川興) berkata...

mestilaaa.....

afif rifqi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kurma berkata...

"Dr. Mujahid dalam ucapannya menyatakan pada masa bantuan kepada SAR ditarik oleh pihak kerajaan serentak dengan itu lulusan sekolah agama telah diperkecilkan kononnya sukar mendapatkan pekerjaan dan sebagainya."

bacalah ayat itu bantuan kepada SAR...apa yang kita buat hanya untuk kepentingan rakyat sebab kebenaran dari Allah bantuan inilah salah satu dakwah kepada orang yang lemah iman, tetapi mereka golongan yang suka tarik harta Allah adalah pemberontak terhadap Allah.

Hebatnyer Melayu berkata...

assalamualaikum....
saya setuju betul dengan pendapat yb mengenai lulusan agama ada golongan yang sedikit menganggur daripoda lulusan lain. tetapi untuk makluman pihak yb sebab sedikitnya golongan ini menganggur adalah kerana kerajaan persekutuan telah memberi peluang kepada golongan ini untuk menjadi guru walaupun pada hakikatnya tidak layak.
jadi tidak wajar untuk mengatakan bahawa golongan ini kurang menggangur kerana kerajaan telah membuka peluang seluas-luasnya. yang balik dari mesir telah diberi peluang untuk menjadi guru KAFA alangkah beruntungnya. jadi kita sebagai umat Islam jangan selalu menanguk di air yang keroh tetapi selalu berterima kasih kepadaNYA dan juga kepada orang yang memberi peluang rezeki.

sekian
wassalam