Kenaikan harga minyak pada 28 Feb 2006 dikatakan kerajaan mendapat penjimatan kewangan sebanyak 4 billion ringgit setahun akan digunakan bagi membiayai projek-projek pembangunan dan meningkatkan sistem pengangkutan awam demi kepentingan penduduk negara ini.
Namun begitu realiti yang kita lihat semuanya adalah janji kosong untuk menurunkan amarah rakyat yang mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur pada masa itu.
Sedikitpun tidak ada kemajuan dalam bidang pengangkutan, malah kita antaranya dikejutkan dengan kemalangan ngeri pada tahun 2007 di Bukit Gantang yang mengorbankan nyawa puluhan orang. Sebab kemalangan keadaan bas yang tidak selamat dan sudah sangat uzur.
Kenaikan minyak Jun 2008 sekali lagi dengan sejarahnya yang tersendiri iaitu paling tinggi. Natijahnya rakyat naik minyak termasuklah di negeri Perak telah diadakan demonstrasi membantah kenaikan itu.
Beberapa siri bantahan rakyat berlaku untuk hari ini dan dijangkakan akan berterusan entah sampai bila ? Mungkin sehingga harga minyak naik lagi pada ogos ini ?
Sekali lagi kerajaan berjanji dengan janji yang serupa pada tahun 2006. Kononnya kerajaan menikmati penjimatan sebanyak RM13.7 bilion, peruntukan tersebut sebenarnya akan disalurkan ke pelbagai subsidi makanan dan produk petroleum.
Menjelaskan pecahan subsidi tersebut, PM berkata, kerajaan akan menyalurkan sebanyak RM7.5 bilion bagi sumbangan kepada subsidi petrol, diesel dan gas; dasar jaminan bekalan makanan negara (RM4 bilion) dan subsidi minyak masak (RM1.5 bilion).
Percayalah kepada siapa yang hendak percaya, namun saya yakin ramai tidak akan percaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan