03 Julai 2008

Bersabar hadapi dugaan fitnah - Muslimat PAS

KUALA LUMPUR, (Hrkh) - Dewan Muslimat PAS Pusat menasihati Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail agar bersabar menghadapi ujian dan dugaan.

Ketuanya, Ustazah Nuridah Saleh berkata, sebagai isteri, Wan Azizah tentunya berasa terlalu berat menanggung aib apabila suaminya Dato' Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dituduh terlibat dengan kes liwat.

Katanya, isu yang dihadapi Wan Azizah cukup besar kerana ia berkait dengan maruah keluarganya.

"Dalam hal ini, sebenarnya Islam berpendapat soal liwat dan zina, pendakwa mesti membawa bukti, dan tidak boleh menuduh tidak tentu pasal dan ini yang dipegang oleh orang Islam," katanya semasa dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Sabtu lalu, seorang pembantu sukarela pejabat Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendakwa Anwar meliwatnya beberapa kali termasuk di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun lalu.

Dalam pada itu, Nuridah berkata, sama ada seseorang itu berniat tidak baik atau sebaliknya mereka yang dikaitkan itu harus bersabar di atas dugaan yang menimpa.

Apatah lagi katanya jika Ahli Perlimen Permatang Pauh itu yakin suaminya tidak melakukan perkara tersebut.

"Beliau hendaklah terus bersabar serta banyak berdoa kepada Allah SWT; Insya-Allah setiap ujian itu ada kebaikannya sekaligus boleh menambahkan keimanan dan kebergantungan kepada Allah," katanya.

Dalam pada itu katanya, Muslimat PAS berpegang kepada prinsip perundangan Islam iaitu seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Oleh kerana itu, katanya adalah lebih wajar kerajaan mengguna pakai perundangan Islam.

Menurutnya, jika undang-undang Islam tidak dilaksanakan terlalu banyak isu-isu yang menjatuhkan maruah seseorang tidak dapat dibela dengan sebaiknya.

"Mungkin sekarang ini berlaku kepada Anwar, dan perkara sama mungkin juga akan berlaku kepada orang lain termasuk orang-orang besar BN sendiri," katanya sambil meminta kerajaan dan cerdik pandai agama memikirkan kewajaran pelaksanaan perundangan Islam secara serius.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam..
PENGKHIANAT AGAMA,BANGSA&NEGARA HARUS DITEMBAK MATI AJE. SIMPAN PUN BT BANGKAI. Mula kesian la jg jk fkr mkin ke fitnah KES BUNTUT DIA NI. Tp bl dh sampai MELIBATKAN NEGARA US..YG TERANG2 NEGARA YAHUDI YG AMAT BENCIKAN NEGARA ISLAM TU YG DIJADIKAN KAWAN BAIK SI ANWAR BUNTUT NI..AKU JD MARAH. DIA NIE JENIS TAK SYG NEGARA&AGAMA. SANGGUP JUAL APA PUN. KALAU DH RASA DIRI TK MAIN BUNTU TAKUT APA?? BT SOLAT HAJAT. NI TK MINTA TLG PD KAFIR..MAHU AJE AKU TEMBAK PENGKHIANAT NI!!!!!