16 Ogos 2008

Hadi : Istana sudah memberi perkenan tetapi ada gangguan.

IPOH 15 July :-Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, tidak memberi perkenan kepada beliau dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz NikMat,menyampaikan khutbah Jumaat di dua masjid di negeri itu tengah hari semalam.


Sebaliknya, Abdul Hadi menjelaskan beliau sendiri yang membuat keputusan untuk tidak meneruskan rancangan itu dan memaklumkannya kepada Raja Nazrin kerana berasakan ada tekanan daripada pihak tertentu.


“Saya dijemput dan bukan meminta (memberi khutbah Jumaat) dan saya menjunjung kasih kepada Tuanku kerana memberi penghormatan kepada saya bersama Nik Aziz," katanya.

"Tetapi, oleh kerana ada gangguan daripada pihak tertentu, maka saya buat keputusan jumpa Tuanku untuk menarik diri kerana kita tidak mahu mengheret istana dalam perkara politik," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar Muktamar Tahunan Pas ke-54 di Stadium Indera Mulia, semalam.

Semalam, akhbar menyiarkan laporan Bernama yang memetik kenyataan Datuk Pengelola Bijaya DiRaja Datuk Seri Raja Mansor Raja Razman, bahawa rancangan kedua-dua pemimpin itu untuk menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Negeri dan Masjid Sultan Azlan Shah tidak diberi perkenan Raja Muda Perak.

Perkara itu disampaikan kepada Abdul Hadi ketika beliau menghadap baginda di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, kelmarin, kata Raja Mansor dalam satu kenyataan kepada agensi berita berkenaan.

Abdul Hadi berkata, istana sudah memberi perkenan tetapi apabila berlaku apa yang disifatkannya sebagai gangguan, beliau sendiri meminta ia ditangguhkan. "Ini bukan khabar angin tetapi kita ada bukti memang wujud gangguan itu... tetapi tidak payah sebutlah siapa," katanya.

3 ulasan:

Unknown berkata...

selamat berjuang...
dalam perjuangan ada kesulitan...

dariana berkata...

kesulitan,sekatan, gangguan dan cubaaaan adalah asam garam dalam meneruskan ajakan ke jalan benar.

justeru banyak lagi pendekatan berhikmah perlu kita perkenal dan unjurkan kepada org2 yg tidak tahu.
insyaAllah, DIA bersama perjuangan yg haq.
sobron jamiil.

roslisalem berkata...

salam..

tak perlu kesal atau terkilan ..

itu cabaran biasa dalam perjuangan ..
dan tok guru dah cukup masak dengan gangguan seperti itu ..

sebab tu relax aja .. cuma media BN aja teruja tak tentu pasal ..mcm kera kena liwat ..