
Solat jenazah telah diadakan di rumah beliau dan dilaksanakan bergilir-gilir sebanyak tiga kali kerana jemaah terlalu ramai. Solat jenazah diimamkan oleh Ust. Haji Ahmad Awang Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Mohd Nor Zakaria, dan Ust. Sufian Yusuf.

Rata-rata yang hadir mengiringi jenazah ke tanah perkuburan menyatakan ketokohan dalam perjuangan Islam Allahyarham Cikgu Khalid sukar dicari ganti.
Allahyarham yang bertugas sebagai seorang guru sentiasa ditukar mengajar ke beberapa tempat di Perak kerana keaktifan dalam jamaah Islam PAS. Namun, itu semua tidak pernah melunturkan perjuangan Allahyarham malah lebih aktif lagi. Walaupun uzur, Allahyarham masih memegang jawatan AJK PAS Cawangan Simpang Empat Kg. Kedah.
Perwakilan Mesyuarat Agung PAS Kawasan pasti merasai kehilangannya kerana Allahyarham dikenali sebagai perwakilan yang aktif membuat teguran dan nasihat kepada pimpinan PAS Kawasan setiap kali Mesyuarat Agung.
Semasa penulis bersama YDP PAS Kawasan pergi menziarahi Allahyarham di rumahnya dua minggu sebelum meninggal dunia. Masih dalam ingatan, Allahyarham menasihatkan pimpinan PAS yang dilantik sebagai wakil rakyat supaya sentiasa menjaga tindak tanduk mereka agar tidak dipandang serong oleh masyarakat.
Sekiranya wakil rakyat PAS melakukan tindakan yang tidak wajar, nama jamaah PAS yang akan buruk di mata masyarakat kerana wakil rakyat PAS dilantik mewakili jamaah PAS.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh pejuang Islam ini. AL-FATIHAH...
Sekiranya wakil rakyat PAS melakukan tindakan yang tidak wajar, nama jamaah PAS yang akan buruk di mata masyarakat kerana wakil rakyat PAS dilantik mewakili jamaah PAS.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh pejuang Islam ini. AL-FATIHAH...
sumber : http://paritbuntar.pas.org.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan