Istana Iskandariah sekali lagi menjadi saksi bahwa Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah memperkenankan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menyampaikan Khutbah Jumaat di Ipoh 15 Ogos ini. Laporan lanjut dari MalaysiaKini memberi bukti keluhuran keperibadian Raja Muda Perak menerima sistem pemerintahan oleh Pakatan Rakyat pasca selepas pilihanraya ke-12.
Perkenan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Raja Nazrin ketika Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadap tuanku pagi tadi sebagai satu penghormatan kepada kedua-dua tokoh pemimpin PAS yang disegani di samping pengiktirafan kepada Muktamar PAS ke-54.
Raja Nazrin Shah juga memperkenankan menerima mengadap pimpinan PAS pada 14 Ogos sehari sebelum berlangsungnya muktamar.
Perkara itu juga telah disahkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dan menyatakan pertemuan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar itu akan membabitkan 10 pemimpin tertinggi PAS yang akan diketuai sendiri oleh Ustaz Hadi sendiri. Laporan dari HarakahDaily
Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaludin merakamkan junjungan terima kasih dan penghargaan kepada Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah kerana memberi perkenan dan keizinan kepada Mursyidil Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk menyampaikan khutbah Jumaat ini.
Terharu dan tersentuh dengan ratap sembah pimpinan PAS serta penghargaan yang tinggi oleh Raja yang amat disayangi oleh rakyat marhaen Perak atas kesudian menerima mengadap pimpinan PAS membuatkan hati ini tenang dan bangga seketika.
Tenang melihatkan Raja Yang Adil, Raja Berpengetahuan begitu prihatin dan mesra, keperibadian tinggi Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah mewarisi ayahandanya D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah. Bangga melihat parti PAS mulai diterima keseluruhannya oleh masyarakat madani daripada peringkat bawahan, pertengahan waima peringkat hirarki diraja. Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah atas limpah kurnia-Nya, bumi Perak akan terus dilimpahkan rezeki serta keamanan.
Ayuh rakyat Perak, bulatkan tekad satukan hati, pimpinan PAS menunjukkan saf jalannya, Raja menerima, tunggu pilihanraya seterusnya. Jangan dirosakkan apa yang ada..mantapkan ikatan ukhwah kita masing-masing.
Untuk pimpinan Barisan Nasional, jangan diganggu-gugat kerajaan yang diberi amanah oleh rakyat ini, jika ingin berjuang tunggulah pilihanraya berikutnya. Bagi peluang pimpinan yang ada untuk memerintah.
Untuk kerajaan Pakatan Rakyat, jangan sia-siakan amanah yang diberikan oleh rakyat. Allah melihat apa yang kita lakukan dan kita akan dipertanggungjawab di akhirat kelak. Dunia hanya sementara, akhirat kekal abadi.
Bersama kita memohon Allah memberkati dan melimpahkan rahmat kepada D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah, Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun Binti Mohd. Ali, Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim bersama puteranya, Raja Dato’ Seri Azureen binti Sultan Azlan Shah, Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah,Raja Eleena binti Sultan Azlan Shah serta Raja Yong Sofia binti Sultan Azlan Shah serta kerabat baginda.
Patik gembira menjadi rakyat tuanku. Sembah patik harap diampun. Nekadislam

5 ulasan:
Tahniah dan terima kasih kerana kesudian Raja Muda Perak DarulRidhuan dan rakyat negeri Perak DR mmperkenan TGNA Menteri Besar kami berkhutbah dan bersolat jumaat di masjid negeri.
Itulah antara keberkatan, kelebihan dan kebaikan boleh dilakukan apabila kita beroleh kuasa. Dapat bermuktamar di Perak DR, dapat berkhutbah dan dapat mengetahui hati budi baik ikhwan di Perak DR.
Semoga muktamar kita berlengsung dengan sejahtera dan najah. Insya Allah. Allahu Akbar !!!
Salam...
Siapa yg memberi kebenaran MB PAS Atau Raja MUda?????/ Cuba btl2 buat statement jgn dihentam aje. TOLONG SAMA ADA RASA HORMAT DAN JUNJUNG KASIH KEHADAP RAJA MUDA.
Berita hari ni kata apa????? RAJA NZARIN TIDAK BERI PERKENAN KEPADA NIK AZIZ & ABDUL HADI!!!!
JGN MYALAHKANGUNAKAN NAMA RAJA MUDA. KELAK AKAN DIMURKAI!!!!
JGN KERANA PAS MEMERINTAH..DENGAN INI SESUKA HATI NAK MENGGUNAKAN NAMA RAJA MUDA UTK NAMAPAK POPULAR.....TOLONG LA WARGA2 PAS..CERMIN LA DIRI SEBLM BUAT KEPUTUSAN. NI DAH KALI KE2.
salam semua, ana juga anak jati perak. Kita semua sayangkan raja kita ini, jangan disebabkan satu dua perkara kita nak berbalah...tenang yok...semua ni ujai yang Maha Esa..kecil je tu Allah turunkan.
Manusia hanya merancang..Allah menentukan segalanya. Ujian itu adalah asam garam dalam perjuangan. Tidak terniat untuk berprasangka buruk terhadap kerabat Diraja Perak. Dalam surah Al-Ankabut ayat;2 ..Allah berfirman yakni "Patutkah manusia menyangka Bahwa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman"' sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)"
Hati ini jadi kental dan tabah bila membaca ayat Al-Quran ini; "Adakah patut kamu menyangka bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan)seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh) sehingga berkatalah Rasullullah dan orang-orang yang beriman Yang ada bersamanya; Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). Surah Al-Baqarah, Ayat 214)...dari nekadislam
Catat Ulasan