29 Ogos 2008

Rakyat sudah tidak percaya kepada akhbar harian !

Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 dan terkini keputusan yang memihak kepada DS Anwar Ibrahim di Permatang Pauh dengan mendapat majoriti lebih besar iaitu 15. 671 undi telah membuktikan rakyat malaysia sudah tidak percaya dengan berita bohong yang disiarkan oleh akhbar arus perdana.


Teknik pemberitaaan berat sebelah, double standard, menipu, putarbelit, sembunyi fakta sebenar dan seumpamanya sudah ketinggalan zaman buat masa ini.


Saya dimaklumkan oleh teman rapat yang berkerja disebuat syarikat akhbar arus perdana sekarang yang katanya sangat gusar dengan penurunan jualan akhbarnya sehingga pengurusnya sedang memikirkan untuk keluar dari kepompong lama dan membuat pemberitaan ala Sinar Harian yang lebih digemari di Pantai Timur dan sekarang telah berada di Lembah Kelang.


Katanya sejak Sinar Harian berada di Lembah Kelang jualan akhbarnya menurun dengan mendadak. Puncanya telah di ketahui cuma kita hendak bertanya mahukah mereka keluar dari cengkaman arahan pemimpin UMNO dan BN yang menguasai akhbar tersebut. Awas lawan bos berarti periuk nasi tak berasap.Persoalan sekarang antara bisnes dan politik.


Kalaulah akhbar tulisan jawi berkubur dek kerana kononnya orang tidak minat membaca jawi, saya yakin orang tetap akan menghukum akhbar yang "jahat" itu dengan hukuman lebih dasyat sehingga suatu masa nanti dia juga akan berkubur sama . Dalam masa yang sama rakyat telah bersedian beralih arah untuk mendapat informasi yang lebih adil dan telus dari akhbar alternatif dan sebagainya.

4 ulasan:

Hashim berkata...

Seharusnya mereka menerima hukuman dari rakyat dengan boikot

Cenangau berkata...

Kepada semua rakyat Malaysia yang percaya kepada demokrasi dan kuasa rakyat

JOM KITA DESAK SEMUA AHLI PARLIMEN MALAYSIA
SUPAYA MENDESAK PAKLAH AGAR MEMBUBARKAN PARLIMEN DAN MENGADAKAN PILIHANYARA UMUM BARU UNTUK MEMBERI KUASA KEPADA RAKYAT MENENTUKAN KERAJAAN DENGAN MANDAT BARU

BUBARKAN PARLIMEN!!
BUBARKAN PARLIMEN!!
BUBARKAN PARLIMEN!!

Juraimi Zainal berkata...

Saya memang berharap sangat agar Parlimen dibubarkan... lepas tu baru puak2 UMNO ni tahu langit langit tinggi rendah... terutama kpd penyedia berita arus perdana...

Unknown berkata...

pada pendangan saya le, tak ada akhbar berita harian/utusan malaysia pun tak apa. sebab semakin banyak saya baca, semakin bodoh saya rasakan. minda tak berkembang, ilmu tak bertambah, kot-kot dosa yang saya dapat.
yang banyak disiarkan ialah hiburan yang melalaikan, kisah yang tak mendatangkan keinsafan yang dipaparkan.
dulu MM ada menyiarkan artikel astora jabat, hanya mendatangkan kekeliruan dan kecelaruan dalam ulasan fikiran dari astora jabat, kot-kot menyiarkan ajaran songsang dan sesat lagi menyesatkan, ulama umno/bn langsung tak peduli, nak sesat ke, nak murtad ke, nak munafiq ke, memang akhbar dan empunya akhbar(umno/bn) langsung tak peduli. sekarang pa macam??? fikir sebelum bertindak sama ada pahala atau dosa.