07 September 2008

Bekas Timbalan menteri sertai PKR

PETALING JAYA 6 Sept. - Bekas Pengerusi Parti Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Tan Kee Kwong (gambar) hari ini mengisytiharkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah mendakwa hilang keyakinan terhadap Barisan Nasional (BN).Kee Kwong yang juga bekas Timbalan Menteri Tanah , Pembangunan dan Koperasi itu berkata, beliau telah meninggalkan Gerakan dan segala jawatan yang disandang mulai semalam melalui sepucuk surat yang difakskan kepada ibu pejabat parti itu.

Katanya, walaupun keputusan itu merupakan satu tindakan yang sukar untuk dilakukannya, namun ia terpaksa diambil kerana melihat masa depan politik Malaysia yang telah mula berubah.

''Saya melihat majoriti warga Malaysia tidak mahu lagi parti satu kaum. Masa untuk parti berasaskan kaum seperti MIC, MCA dan UMNO sudah berakhir.

''Politik masa depan akan memihak kepada parti pelbagai kaum yang tidak berasaskan kepada warna kulit dan agama,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Tiada ulasan: