13 September 2008

Tiga ditahan ISA

3 orang telah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin . Mereka yang ditahan ialah Raja Petra Kamaruddin, Tan Hoon Cheng (Wartawan Sin Chew Daily) dan YB Teresa Kok .Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan penahanan ketiga-tiga mereka.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 73 (1) akta berkenaan.Mengikut peruntukan itu, mereka boleh ditahan sehingga 60 hari tanpa perbicaraan sebelum Menteri Dalam Negeri membuat keputusan sama ada penahanan itu perlu dilanjutkan.

Menahan tanpa bicara, adalah satu kezaliman. Sepatutnya setiap individu mesti diberikan kebebasan untuk mempertahankan diri, bukanya ditahan tanpa bicara. Apa jua kesalahan yang dilakukan oleh mereka hendaklah dibuktikan dimahkamah.


Semua rakyat Malaysia mesti mengakui ISA adalah akta yang paling kejam yang masih diguna pakai di Malaysia.

Penahanan Teresa Kok itu dipercayai mempunyai kaitan dengan dakwaan bahawa beliau mengeluarkan arahan melarang azan dilaungkan menggunakan pembesar suara di masjid-masjid dan surau.
Wakil rakyat DAP itu dilaporkan turut cuba menghapuskan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda nama jalan di ibu negara dan mencadangkannya digantikan dengan tulisan Cina serta Tamil.

Penahanan Hoon Cheng dipercayai ada kaitan dengan laporan wartawan itu dalam akhbar Sin Chew Daily yang memetik kenyataan kontroversi Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini yang mendakwa orang Cina Malaysia adalah pendatang di negara ini.


Hoon Cheng, 33, yang masih belum berkahwin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan telah berkhidmat dengan Sin Chew Daily sejak sembilan tahun lalu.


Dalam kes Hoon Cheng, laporan beliau itu menimbulkan kontroversi di seluruh negara yang akhirnya menyebabkan Ahmad digantung keahlian UMNO selama tiga tahun dalam satu mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO Rabu lalu.

Ismail dalam kenyataannya berhubung kes Raja Petra berkata, penahanan itu dibuat selepas polis menerusi pemantauannya berpuas hati bahawa pengendali laman blog itu telah melakukan tindakan-tindakan yang mencetuskan kegelisahan di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Tangkapan ini terpaksa dibuat bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut berhubung tindakan beliau,” katanya.

3 ulasan:

helang merah berkata...

Assalamualaikum tuan ADUN
Terima kasih kerana mengunujungi blog saya, mungkin tuan ataupun pegawai-pegawai tuan yang mengunjunginya, di sini saya nak komen sikit mengenai tanah yang di berikan MB Perak kepada Sekolah Persendirian Cina ini,
Pertama,
Bukankah MB sendiri mengaku di Media bahawa dia memang memberi tanah itu kepada Sekolah Persendirian Cina di Perak, perlukah di siasat lagi jika sudah keluar dari mulut beliau sendiri.
yang saya sakit hattinya ialah apabila Sekolah Agama Rakyat tidak di beri peluang sebegini di bawah pemerintahan pakatan rakyat, Mengapa?
Apa yang menyedihkan ialah apabila ada EXCO Negeri Perak yang memberi alasan bahawa Kerajaan Barisan Nasional juga pernah memberikan tanah kepada Kolej Islam Perak untuk menampung kewangan kolej tersebut.
Sedarkah tuan bahawa Kolej Islam Perak adalah di bawah kuasa Kerajaan Negeri dan bukannya untuk di niagakan seperti sekolah persendirian cina.
Satu lagi, kalau nak di berikan juga berilah kepada sekolah tamil dan sekolah Agama juga, jangan di berikan kepada sekolah cina sahaja. Bukankah itu tidak ada keadilan namanya walaupun pakatan rakyat terdiri daripada parti yang adil'keadilan'kononya. Kalau dulu, ketika berkempen, anda semua bercerita mengenai keadilan, tetapi sekarang di mana KEADILAN tu?

Unknown berkata...

mualaikumussalam....
untuk pengetahuan helang merah kerjaan negeri Pakatan Rakyat telah meluluskan sebanyak 6500 ekar tanah kepada kolej islam perak.untuk SAR sila rujuk tulisan saya sebelum ini.

BikiniGirl berkata...

Assalaualaikum YB,
Dengan sejumlah tanah yang diberikan kepada sekolah cina dan SAR, tanah-tanah siapakah yang diberikan itu???