PARIT BUNTAR , 5 Syawal :- Hampir 10,000 orang telah menghadiri Hari Terbuka Pakatan Rakyat Parit buntar yang diadakan di perkarangan Pusat Khidmat ADUN Titi Serong di Taman Wawasan disini hari ini. Program tersebut mengabungan PAS Kawasan Parit Buntar, Ahli Parlimen Parit Buntar, ADUN Titi Serong dan ADUN Kuala Kurau sebagai penganjurnya.Menurut Pengarah program, Ust. Ahmad Ismail inilah kali pertama program Hari Raya diadakan dengan mengabungkan semua wakil rakyat yang menang di Parit buntar dari PAS dan PKR. sambil mengucapkan terima kasih kepada yang hadir beliau berharap program seumpama itu diteruskan dimasa akan datang.
Exco Agama semasa meberikan ucapan mengatakan pada masa sekarang rakyat telah menolak perjuangan yang berasaskan kelompok dan puak. konsep "pecah dan perintah" yang dibawa oleh BN telah ditolak oleh rakyat.
Sambil mejelaskan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan , Beliau juga menegaskan teras kerajaan yang ada sekarang adalah memberikan kebajikan kepada rakyat tanpa mengira kelompok, kaum dan agama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan