03 November 2008

Genap sudah usia ku 44 tahun.

Alhamdulillah pada hari ini genap sudah usia ini 44 tahun. setelah melalui liku-liku kehidupan sebagai seorang non Muslim selama 22 tahun berarti saya juga telah berada dalam Agama Islam yang maha suci ini selama 22 tahun juga.

Apabila baginda Rasulullah bersedih dengan kematian Abu Talib sebelum dia menganut islam, baginda bersedih kerananya dan turunlah ayat :"sesungguhnya kamu tidak ada kuasa memberi hidayah kepada orang yang dikasihi, tetapi Allahlah yang memberi Hidayah kepada hambanya yang dikehendakinya".

Demikianlah kuasa Allah yang mengembalikan manusia dari alam jahiliyah kepada alam keimanan dan keIslaman. Saya adalah salah seorang darinya.

Terasa kerdil dan daifnya diri ini untuk menempuh kehidupan akhirat yang kekal abadi yang pasti kita hadapi. Sedikit sekali amal yang rasanya tidak dapat membalas segala nikmat yang telah dianugerahi Allah sekian lama.

Ya Allah Hamba Mu ini pasrah untuk menempuh kehidupan mendatang dengan suatu doa yang sentiasa yang dipanjatkan kehadratMu dengan penuh keinsafan bahawa inilah hambu Mu yang selalu mengharapkan Hidayah dan Petunjuk dalam menempuh dunia yang penuh onak dan duri ini.

Semoga hari esok hambaMu ini lebih baik dari hari kelmarin....aamien...

3 ulasan:

Cikli berkata...

semoga panjang umur dalam keimanan.

pekota berkata...

Selamat hari jadi YB Drs. Kami doakan semoga dikurnia Allah upya yang berpanjangan untuk membuat jasa. Khusus kami di DUN Kota Tampan berterima kasih di atas lawatan dan ucapan tadi. Memberi dampak yang amat baik, membantu usaha kami untuk mendekatkan masyarakat pelbagai kaum di sini kepada Pakatan Rakyat. Terima kasih. Hamzah Zain.

Hasbullah Pit berkata...

Selamat hari lahir dan selamat menyambut bilangan hari sebagai Islam mengatasi ketika bukan Islam.

--

sekiranya komen blog mengganggu YB, sila gunakan kaedah moderated comment bagi keseluruhan blog berbanding menutup komen bagi setiap catatan.