25 Disember 2008

Kerajaan akan membantu rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

PARIT BUNTAR, 22 Dis, :- Kerajaan Negeri Perak paktan Rakyat akan memastikan semua program yang diatur dapat memberi keadilan dan kebajikan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan. Itulah antara ucapan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam Program penyerahan beg sekolah rendah Parlimen Parit Buntar bagi DUN Titi Serong, di sini.

Program yang melibatkan pelajar pelbagai bangsa seramai 125 orang dalam DUN Titi Serong itu dianjurkan oleh Yayasan Perak dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Buntar dan Pusat Khidmat Adun Titi Serong.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof, Pegawai Yayasan Perak, En. Farid dan Ahli Majlis Daerah Kerian, Hj. Harun Hashim.


Khalil dan Mujahid bergambar bersama pelajar India


Setiap pelajar diberikan sebiji beg sekolah dan alat tulis bagi meringan beban pelajar yang terpilih dari keluarga miskin setempat.

Dr. Mujahid semasa memberikan ucapan memberi perangsang kepada pelajar untuk berusaha gigih sehingga berjaya dalam bidang pelajaran. Beliau juga berharap sumbangan yang diberikan mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa pelajar yang terlibat.