24 Februari 2009

Ke London, bazir duit rakyat, hina negara sendiri.

Zambry Abdul Kadir mengumumkan beliau mahu mendapatkan panduan Peguam Diraja berhubung krisis perlembagaan Perak. Rombongan berkenaan dimaklumkan telah berlepas ke London termasuk di dalamnya salah seorang ADUN Kudeta yang terlibat.

Saya dalam perjalanan balik ke Parit Buntar dari Mahhkamah Tinggi Kuala Lumpur berminat untuk mengulas perkara itu dalam beberapa sudut :-

1. Tindakan terdesak yang sedang dilakukan oleh ADUN Pangkor dan ADUN yang terlibat adalah untuk mempertahankan kerajaan haram yang diambil sejak 6 Feb yang lepas. Nampaknya dalam tempoh rampasan kuasa itu sehingga sekarang mereka telah mengkaji semua sudut perundangan yang ada bagi mempertahankan kedudukan haram itu. Bila sudah buat keputusan untuk ke London dan merujuk kepada peguam di sana bererti harapan kepada undang-undang yang ada di Malaysia sudah tidak ada lagi.

2. Tidakkah di Malaysia terdapat ribuan peguam dan ratusan hakim termasuk yang menjadi Ahli UMNO termasuklah Ketua Hakim Negara sendiri. Ternyata tidak ada satu sudut pun dapat menolong kerja jahat mereka.Sebeb itu mereka ke London.

3. Manakah semangat cintakan negara dan perlembagaaan dan sistem undang-undang yang kononnya dilaungkan selama ini. Atas prinsip Rukun Negara "Keluhuran Perlembagaan" tindakan Zambry dan kuncu-kuncunya adalah menghina sistem yang ada di Malaysia, mereka telah menghina sistem yang ada di negara sendiri.

4. Salah guna harta rakyat berlaku lagi, mereka ke London bukan dengan duit peribadi. Saya yakin puluhan ribu akan dibelanjakan untuk ini. Harta Rakyat nampaknya disalah guna untuk mempertahankan kerja jahat parti UMNO dan BN. Sepatutnya mereka pergi dengan duit parti bukanya duit rakyat.

5. Saya sangat bangga dan bersyukur kepada Allah SWT yang memberikan kekuatan untuk kami memperjuangkan kebenaran ini. Doakan kemenangan yang pasti akan tiba.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah penkhianat yang sebenar!!!!!!!!!!!!!!!
Mana balaci-balaci UMNO.. sila pertahankan tindakan MB Haram kamu ini yang jelas ingin mendedahkan kedaulatan undang2 negara kepada bangsa penjajah... Inikah cara mempertahankan kedaulatan 'Melayu' yang kamu agung2kan...

Tanpa Nama berkata...

Jika mereka menerima pakai panduan daripada bangsa penjajah ini... Maka jelaslah kepada kita siapa sebenarnya yang menggadaikan maruah , kedaulatan tanah air kita... Sedarlah wahai bangsa melayu yang masih diperbodohkan oleh UMNO kononnya mereka adalah pejuang bangsa Melayu.... Inilah pengkhianat bangsa Melayu!!!!

Tanpa Nama berkata...

zamri ni memang pengkhianat!!!

Tanpa Nama berkata...

Esok ada majlis penerangan oleh berkaitan "Kedaulatan Sultan" oleh UMNO @ BN di Dewan Ghazali Jawi, Slim River. Turun ramai-ramai untuk kita dengar apa alasan mereka. Kita cuba tanya soalan juga. Mengelabah tak mereka?

mulutbecok berkata...

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir hari ini menafikan laporan media bahawa beliau akan mendapatkan khidmat nasihat Peguam Diraja dari Britain dalam menyelesaikan krisis perlembagaan negeri itu.

prachai berkata...

Undang Malaysia tak boleh pakai ke, sampai nak pergi minta nasihat bekas tuan puteh kamu?

Wow, begitulah kehebatan UMNO. Mengapa pula kita harus akur kepada undang-undang British? Kita belum merdeka lagi ke? Kalau orang British kata MB haram tu OK, maka OK ke dia?

Hebat kamu UMNO.

Tanpa Nama berkata...

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir hari ini menafikan laporan media bahawa beliau akan mendapatkan khidmat nasihat Peguam Diraja dari Britain dalam menyelesaikan krisis perlembagaan negeri itu.
<----- Jadi xde la dia plan hantar wakil2 ke London... Bagusla kalau macam tu... jangan jadi bacul pergi membazir duit rakyat kat London tu... Ingatkan dia nak buat perjanjian Pangkor yang baru...

Tanpa Nama berkata...

Prachai. Wa sokong lu maa!Itu UMNO dapat jadi MaharaRaja Malaya dulu jam, sebab dia dapat hadiah Merdeka dari Olang putih loo.Itu jam mat salleh kasi merdeka Malaya dalam dulang emas loo. Lain lain "parti kiri" lawan sama olang putih, UMNo jilat olang putih maa!kira barua olang putih laaaaa! Sebab tu mamak Zamberi mau pi cium bontot olang putih lagi.

Tanpa Nama berkata...

UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 dan diharamkan pada tahun 1987.UMNOBARU 1987 hingga sekarang memakai baju UMNO yang telah haram. Jangan hairan banyak kerja haram dilakukan.

Tanpa Nama berkata...

nak tanya pak ibrahim sand gold tak ikut ker???

mermaid berkata...

Tiap-tiap kali isu panas timbul, sentimen perkauman yang hodoh pun mesti turut timbul.
Tak kisahlah kalau orang itu 'Mamak' atau 'Mat Salleh', dia hamba Allah juga. Allah yang cipta orang Melayu dan Allah juga yang cipta orang Cina, India, Asli,orang putih dll.
Nak komen, kritik atau kutuk sekalipun, fokuslah pada tindakan, kelakuan, pegangan, bukan keturunan!
Tak payahlah hina ciptaan Allah. Belum tentu lagi siapa yang benar-benar mulia di sisiNya.
You rascists are BORING. Why don't you just stick to the point?

Tanpa Nama berkata...

Zaman kerajaan melayu-hindu perkataan ANDEKA RAJA digunakan. DULAT kata Arab kerana pengaruh Islam. Daulat (Daulah Islamiah) dengan Andeka Raja tidak sama. Kerajaan Melayu masih menggunakan andeka raja disebalik daulah islamiah.

Tanpa Nama berkata...

To 'mermaid' ... UMNO, MIC, MCA adalah parti perkauman.... pegi nasihat kat depa jgn taksub pada racist.. boring giler kan... Ok.. is that straight to the point?

Tanpa Nama berkata...

Kita tahu hati MCA, MIC,GERAKAN dan komponen lain dalam BN tidak sebusuk macam UMNO tapi kerana pakai minyak atar kilang UMNO yang tak wangi semua jadi busuk.

Tanpa Nama berkata...

Ya kan... kenapa komponen lain dalam BN lebih suka membisu dan tidak bising dalam isu di Perak... Apa yang jelas isu perkauman yang dimainkan oleh UMNO mengenai DS Nizar sebagai boneka cina telah menyebabkan ramai cina2 dalam MCA/Gerakan mula meragui kejujuran UMNO terhadap kaum2 lain terutamanya kaum cina...

Tanpa Nama berkata...

125 tahun DULU Perak ada dua sultan. Satu dilantik oleh rakyat Perak secara halal dan satu lagi dilantik oleh British secara haram. KINI ada dua MB, satu oleh rakyat secara halal satu lagi oleh UMNO secara haram. Apa beza UMNO dengan British. Nak halakan kenalah tanya British,SELAMALAMANYA haru-biru.

Tanpa Nama berkata...

Nak nasihat sikit...kalau tak jadi pi bagus la..sebab rakyat Malaysia ni ramai yang lebih-lebih wibawa dari bekas penjajah kita tu...
Kalau nak minta juga...tak yah la bazir duit rakyat..pi buat video conference kat ofis hang pa tu...aku rasa confirm ko orang leh buat ngan free dan lebih murah ...nak tidur baring pun boleh. Macam mana nak jadi pemimpin...teknologi terkini pun masih tak kuasai...buang karen tul la korang ni (refer to UMNO)...semoga bertemu jawapan la ye sebelum UMNO digulingkan oleh kami-kami warga Perak.

Tanpa Nama berkata...

Hai! kata Sultan awak tu pakar undang-undang...agaknya sultan awak tu hebat apa ye???? kena terpaksa pi London minta tolong kat omputih...kata anti omputih....agak-agak sultan dia dah tak leh nak tolong tak...sebab tengok pada undang-undang dan perlembagaan pun...sultan pun tak berapa cerdik....tp bila nampak RM dia cerdik la...jangan mare..... MB haram .....

mermaid berkata...

To anonim,
what makes you think that I haven't ALREADY told off those BN buffoons for their racism, gangsterism, corruption plus the thousand and one crimes and sins they have committed to the detriment of this country and its people?
No self respecting person should stoop to their level.

Tanpa Nama berkata...

malaysia sudah merdeka
si mamak tu belum lagi
sbb tu nak buat mcm tengku abd rahman

hhehheheheheheeee
kah kah kah................

Tanpa Nama berkata...

...kejap kata pergi london,kejap kata tak pergi,kejap kata hanya hantar wakil kelondon,...ape ni? ...aku sebut nanti, orang kata perkauman, tapi tu laa! sendiri mau ingat, cakap bolak balik , nak orang terima sebagai MB . Nak sangat pikul beban sebagai pemimpin, ingat!!! kamu niat kerana nak tunaikan amanah Allah ke,nak tunaikan hajat pemimpin (ketua)kamu ?. Pilih salah satu,neraka atau syurga?.....kalu nak neraka pulun laa,pikul tahta, himpun harta, bolot wanita!!!!