25 Februari 2009

Skandal kewangan RM17 juta babitkan Khir Toyo

KUALA LUMPUR, 25 Feb : - Setelah menjadi juara dakwaan penyelewengan kuasa membabitkan pengagihan 46 lembu korban dan caj servis kenderaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; mantan Menteri Besar Selangor yang juga calon Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Mohd Khir Toyo kini terpaksa berhadapan skandal membabitkan penerimaan bayaran RM17 juta daripada seorang individu hasil jualan tujuh unit hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi.

Pembayaran tanpa sebarang resit rasmi itu diterima hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah.


Apa yang menghairankan, Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian lima unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akaun individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor, 24 Februari lalu, kesemua transaksi dibuat atas nama Mohd Khir selaku Pengerusi PNSB atas alasan Arab Saudi hanya membenarkan hartanah di Makkah dibeli oleh individu muslim.

"Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) berhasrat mendapatkan jawapan terhadap persoalan di atas dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas jika kes ini membabitkan unsur jenayah," kenyataan akhbar itu dipetik.

Sebelum ini dua orang Pegawai PNSB telah diminta bercuti selama sebulan bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan.

Siasatan tersebut berhubung dakwaan kelemahan dan kesalahan urusan simpanan rekod perakaunan anak syarikat kerajaan negeri.

Abdul Khalid selaku Pengerusi PNSB telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod tersebut.- Harakahdaily.

16 ulasan:

lan berkata...

cantik la TanSri!

Tanpa Nama berkata...

Anak Toyol sudah sapu sampah bawah karpet. Kasi keluar itu sampah, tunjuk sama rakyat.

Pak Oncu berkata...

YB,,,, jgn lagi ada kompromi, dedah dan siar kan salah laku, salah guna kuasa, penyelewengan pemimpin BN Perak,,,, Jgn lagi ada belas kesehan terhadap mereka,,,,,

Tanpa Nama berkata...

Anak Toyol ni memang pakar dalam mencuri duit so tak heranlah kalau semasa pentadbiran dia dulu melambak2 duit rakyat yang dikapurnya.Nii...saya sebagai grass root PR minta supaya pemimpin2 besar PR terutama PKR sepaya membuat serangan balas terhadap serangan2 yang di buat oleh UMNO/BN.Jangan dok simpan2 lagi apa juga bukti2 penyelewengan berserta kakitgn yang terang2 menjadi ketua UMNO peringkat tinggi menjadi kakitangan kerajaan PR.Virus2 inilah yang akan menjahanamkan pentadbiran kerajaan negeri...Fikir2kan...

Tanpa Nama berkata...

tapi kenapa Khalid boroi tak letak jawatan atau bercuti..kan dia pun disiasat ?

mungkin ada pembedahan otak lembu ditukar kan ke kepala pemimpin PAS . PKR dan DAP..

biasa la politik lembu..no wonder boleh baring atas jalan..lembu kan suka buat camtu

Tanpa Nama berkata...

YB tak ikut pergi mahkamah ke hari ini? Teringin nak pergi tapi tak tahu boleh masuk ke tak...

Tanpa Nama berkata...

Waw..17 juta patutlah khair toyol bagai nak gila bila turun takhta. Tahniah Tan Sri Khalid. Kasi korek lagi bagi panas Khair Toyo tu. Banyak lagi yang boleh dikorek.
Kita tengok macam mana Khair Toyol melenting-lenting kepanasan.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, toyol nie kita kena ajaq sikit. Biar tak boleh bangun langsung lepas nie. Konon bagi kat pegawai panyapu, toyol nie sepatutnya yang dapat penyapu. dasar toyol = pencuri

lim berkata...

bongkar-bongkar jangan tak bongkar,chek by chek
banyak lagi tu yg bawah karpet,tak cukup ngan penyapu kena guna vakum baru terserlah lebih cepat.Selain dari Selangor,negeri lain yg PR perintah takkan tak ada kut,kudis-kudis yg ditinggalkan kerajaan terdahulu.Biar rakyat tahu apa koje dia org....

Tanpa Nama berkata...

anak toyo ni memang la celaka..dulu pun tiap-tiap bulan mintak duit rm15000 dari syabas bg biayai kos botox..makan tempeyek konon..korang tak caya cuba-cuba la risik2 kat SYABAS..

SB PUTRAJAYA

Tanpa Nama berkata...

...itulah toyol yang bertopengkan manusia kepada anonim 18:39:00 kamu pun suku sakat die juge gamak nye ye.. he he he....

Der Gunung berkata...

bagus, begitulah balasan pada manusia yang menipu rakyat....Cuba korek info kat kampung si toyol ni.Dengar cerita sejak dari mula-mula jadi MB Selangor orang kampung dah nampak perangai kaki songlap dia ni.

Tanpa Nama berkata...

18:39:00 ANAK TOLOL

Tanpa Nama berkata...

patut pn...no wonderla toyol ni asyik gali hal org lain, nak tutup lubang sendiri......SY DOK KABOR NYER KE ORG LAIN, YG AWAK 'TOYO' ADA SKANDAL 17JUTA.... (nada sound) hui3

Tanpa Nama berkata...

toyol! MB Selangor sedekah lembu utk rakyat juga, bukan buka ladang lembu.. MASALAH KE! Kau ni mcm orang gila talak gila kuasa. Dulu jadi MB kau hadiahkan orang penyapu... Bukan ke penyapu tu bawa SUWE ... Sekarang ni SUWEE tu dah kena diri sendiri.. Gambar ELI .. dia nak bogel kat dlm rumah dia, dia punya pasal le.. yg sibuk2 suruh dia letak jawatan ape ke hea.. Sapa bekas ahli parlimen mabuk raba pekerja hotel gambar keluar kt CCTV hotel..pas tu senyap.. sapa ketua menteri yang cabul budak bawah UMOR.. sapa menteri berkhalwat dgn peyanyi kt PD DULU... JAWABLE??

Tanpa Nama berkata...

Rupanya ada sebab nama dier khir toyo... jelmaan TOYOL rupa nya..TOYOL generasi berapa ye dier ni.??..korek jgn tak korek..walaupun org SPRM wat tak tau je...kalau boleh buat je lapuran..kat parti komponen BE END tu(SPRM le..).tak SPRM adili biar rakyat yang adili bila sampai masa PRU13 nanti...