26 Februari 2009

TERKINI JAM 10.45 pagi:Hakim Mohd.Arif Tarik Diri

Kuala Lumpur, 25 Feb;-Hakim Mohd.Arif mengumumkan dia menarik diri dari menjadi hakim yang mendengar kes saman YAB Menteri Besar Perak, DS Nizar Jamaluddin ke atas Dr.Zamry Abdul Kadir.

Hakim juga menyatakan kepada YAB DS Nizar samaada hendak meneruskan di Mahkamah Tinggi atau pindahkan kes ke Mahkamah Persekutuan.

Menurut salah seorang panel peguam, mereka akan bincangkan hal ini dengan respondennya.

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Apa kebaikan jika teruskan di Mahkamah Tinggi vs Mahkamah Persekutuan.. Harap Drs dpt beri penjelasan.. kami nie org kg je..mana nak paham undang2 omputih sangat.

Unknown berkata...

salam.

Kesian group DS Nizar.

Penat penat dari Perak,.. bertolak jam 5 pagi...
last last ..... tunda....

so, makin berlarut larut lah kes ni.

Tanpa Nama berkata...

ni mesti kes kena ugut r rasuah ni..

Tanpa Nama berkata...

Kenapa dia tarik diri.. Tindakan dia hanya mengundang lebih banyak prasangka buruk kepada sistem kehakiman yang semakin tempang... Ini membenarkan tuduhan mengatakan ada bias dalam hakim membuat keputusan dan hakim tidak dapat bertindak atas prinsip keadilan , kena dia akan tetap bias pada pihak yang dia suka... Susah la camni... bagus berhenti jer jadi hakim...

Muhammad Fahmi berkata...

itu lah beza orang PAS, untuk elakkan 'bias' maka hakim tarik diri. adalah hikmah tu...

Tanpa Nama berkata...

Bagus gak Hakim tarik diri. Yela, kita kan confirm menang...chewah..nanti menang betul, orang kata Hakim bias..so, baik dia tarik diri bagi Hakim lain yang buat keputusan kita menang..chewah!

Tanpa Nama berkata...

Kalau menang.. kalau digantinya ngan hakim extra bias UMNO totok camner.... dikorner2 jgk kasi Si Zamb_Beri2 tu menang... amacam boss??

Tanpa Nama berkata...

rasuah je kerja korang, da nak meletup kot dunia ni...

Tanpa Nama berkata...

Puak-puak UMNO nie mmg sengaja lambat2kan. Sementara si Zam BERI2 tu hantaq skuat pi London. Kut la puak-puak tu dapat ilham dari penjajah cara-cara nak dapatkan negeri haram.Harap peguam kita tengok dari perspektif UMNO sama dan cari cara untuk atasi lawan kita.selalunya kes2 akan kalah dari segi teknikal.

kadang2 serangan puak2 ni tak dapat dijangka sebab mereka akan gunakan apa pun senjata walaupun menyalahi undang2 dan perlembagaan.

Oleh itu berhati2 lah. Ingat, apapun Allah bersama kita.

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Harap group Dato' Seri Nizar tidak akan patah semangat.Lagipun Perak ngan KL dekat je.So be careful.

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 berkata...

utk pengetahuan semua, YAA Mohd Arif ni sememangnya hakim yang amat arif. namanya pun dah arif.

sebetulnya, sebelum ini beliau pernah menjadi penasihat undang-undang bagi PAS dan juga PKR.

Jadi untuk mengelakkan fitnah, dan didakwa berat sebelah sekiranya kebenaran berpihak kepada Pakatan, jadi beliau tarik diri.

Penarikan diri beliau sebenarnya isyarat jelas akan kemenangan kita. Tahniah kepada YAA Mohd Arif. Tuan telah menunjukkan contoh yang baik.

ISLAM UNTUK SEMUA, PAS UNTUK SEMUA.

ikhlas,
www.pemudakemehe1.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Atas prinsip keadilan, kes mahkamah biasanya akan mengambil masa yang lama untuk mendengar keterangan saksi dan hujah peguam. Jika akhirnya hakim buat keputusan pun, keputusan tersebut masih boleh dirayu di Mahkamah Rayuan dan seterusnya Mahkamah Persekutuan. Dua tiga tahun pun tak habis.

Tanpa Nama berkata...

terus kan YB Nizar...kebenaran pasti datang..

Tanpa Nama berkata...

nampak macm bagus tindakan beliau. tai jelas memberi peluyang kepada puak2 UMNO mengatur strategi kotor mereka. Apa salahnya, klau dah mmg kebenaran kenapa nak takut... kalau mereka tuduh dia bias buat keputusan.. suruh mereka dakwa balik kat mahkamah... buktikan di mana biasnyer... Tindakan tuan hakim hanya melambatkan keputusan dan memberi peluang kepada pihak UMNO mengatur strategi kotor mereka.. Jangan kata mahkamah.... dah perlemagaan pun depa x hormat... alamat rasanya mereka akan menang kes ni dengan guna tipu helah atau sebagainya...

fital berkata...

lebih baik tarik diri dari datrik diri

Tanpa Nama berkata...

Pjaya Kehakiman, bekas peguam Umno, tah dak masalah pun, jadi hakim, tak dak sapa bantah, kenapa Mohd Arif yg depa dok hingaq, Ok..Okk . Bagi tau kat Pajabat AG ada satu hakim yg adi dari " Sky Kingdom Trengganu ". dia punya kelulusan dari Batu Caves Inner Temple, yg ni misti depa setuju.... kah..kah...

Hidup DS Nizar!!!!/

Power Renjis berkata...

sabar mnunggu

Lee berkata...

"Permulaan" ni memang sulit...sukar.. Insya-allah "Penghujungnya" ada kemudahannya... ada kepuasannya..!! Sabar dan Syabas DS Nizar..

Tanpa Nama berkata...

Anonim no.1 yang ingin tahu beza kes dijalankan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan. Berikut adalah penjelasan ringkas dari saya:

Pertamanya, sistem mahkamah Malaysia terdiri dari dua peringkat, mahkamah-mahkamah rendah yang terdiri daripada Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen, dan mahkamah-mahkamah peringkat tinggi yang terdiri daripada Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan yang paling tinggi, Mahkamah Persekutuan.

Biasanya Mahkamah Persekutuan mendengar kes rayuan dari Mahkamah Rayuan, namun kes ini boleh dijalankan di Mahkamah Persekutuan walaupun ianya bukan kes rayuan kerana ianya satu kes khas, yakni, ia melibatkan pertikaian persoalan perlembagaan (perlembagaan negeri Perak dalam hal ini).

Keputusan Mahkamah Persekutuan mengikat semua mahkamah di Malaysia manakala keputusan Mahkamah Tinggi cuma mengikat mahkamah-mahkamah rendah. Keputusan Mahkamah Tinggi boleh dirayu ke Mahkamah Rayuan dan seterusnya ke Mahkamah Persekutuan tetapi keputusan Mahkamah Persekutuan adalah muktamad dan tidak boleh dirayu kecuali jika dalam kes jenayah, permohonan pengampunan boleh dibuat kepada Raja-raja atau Yang diPertuan Agong melalui Lembaga Pengampunan.

Demikianlah sedikit penjelasan yang dapat diberi. Sekian.