20 Januari 2010

APA YG MENYERANG PORT DICKSON?

04 Safar 1431H
Email : Naninu Sakun

Assalamualaikum semua!

Kita dikejutkan dengan berita di Port Dickson seorang posmen telah cedera di kakinya yang didakwa oleh beliau buaya. Namun begitu para pakar dan doktor 2 termasuk MB Negeri Sembilan menafikan perkara ini. Hari ini MB Negeri Sembilan mendakwa ia bukan buaya atau spesis ikan dan menurut beliau pantai Port Dickson selamat. Cuba 1 Malaysia melihat gambar kaki posmen yg diserang. Betulkah bukan buaya? Ikan? atau yang seangkatan dengannya. Terumbu karangke yang gigit? Kalau bukan semuatu apa yang terjadi? SELAMATKAH Pantai Port Dickson? Saya letak kepada pembaca menilainya. Tapi bagi pihak saya, saya rasa masih belum selamat lagi Pantai Port Dickson kerana benda yg menyerang masih tidak diketahui lagi, selagi itu saya takkan membawa ahli keluarga mandi disitu. Anda? Tepuk dada tanya MB N9.............

ANAK KOMANDO REJIMEN 1


14 ulasan:

gunung stone berkata...

Kalau buaya gigit habis putus kaki posmen 2 tapi kalau ikan jerung memang macam 2.Kalau penunggu dah terus hilang posmen 2.Chey Anak Gerik.

Tok Pambu berkata...

Gigitan PAMBU

Tanpa Nama berkata...

di utara kami sebut ikan banang, di singapore depa sebut todak. dia suka menangkap di air yang jernih dan di permukaan. kalau nampak berkilat dia akan tangkap.cuba ukur jenis giginya. cari ikan todak bersaiz paha orang dewasa.

Tanpa Nama berkata...

Saya nampak macam terpotong oleh benda lain. Pasal sudut yang tajam berhampiran bawah buku lali tu. Biasanya mulut haiwan membentuk macam huruf "U", tak ada sudut yang tajam.

Dan kalau haiwan, dari arah mana dia datang belakang kaki, depan kaki ? Tak pasti, tapi pada saya itu bukan haiwan.

KOTAKITA berkata...

Rasanya buaya kecik tu... tak pun jerung kecik... tak mustahil semua tu...yang pentingnya kita kena hati-hati mandi di laut. moh beralih ke air torjun lak-sejuk..tp bahaya lain lak..senang mandi kat umah je la..

tajam berkata...

mungkin ikan yg mempunyai mungcung yang tajam..seperti todak dan lain mahluk yg menpunyai mungcung yg tajam bak pisau..dari segi luka yg dilihat ianya seperti di diris benda tajam..

Tanpa Nama berkata...

tanyalah orng yg kena gigit tu..mesti die tau..kalo buaya rs bkan kaki je,abis smua d telan..tnya MB N9 manalah die tau, bkan kaki die yg kena gigit..ha3

Tanpa Nama berkata...

mcm ada pisau kat dalam laut tu...mungkin pisau atau pun besi tajam tertanam tepi laut tu... cuba check masa air laut kering...

david ahmad muniandy berkata...

kata kawan aku....

pantai kelebang, pantai puteri, pantai pangkalan balak dan muara sg linggi dah selalu sangat orang jumpa buaya

kalau gigitan jerung habis putus sebelah kakinya

kalau betul buaya dia kena libas dan tarik ke pantai, buaya banyak kesan gigitan dan rasanya dah kena tarik ke tengah laut ikut pengalaman polis sediri

mesti sekarang lenggang di pantai PD kan? kerana seekor buaya habis terus industri pelancongan kat sana

Tanpa Nama berkata...

tanye mb n9 tu apa dia tau... dia bukan mandi laut pun. kat rumah dia kolam renang melaut..
tanye isa samat mungkin tau.. ha3

tapi kau rasa si posmen tu kena lah keluarkan muko bagitaou apo ko bondonyo...

Tanpa Nama berkata...

MB N9 tak mahu mengaku PD dah merbahaya

Tanpa Nama berkata...

Ikan upahan BN dan UMNO untuk meratah rakyat

Tanpa Nama berkata...

Ni mesti terlanggar kipas kapal selam scorpene yang tersesat kot.

Sheikh Sambal berkata...

" Ikan upahan BN dan UMNO untuk meratah rakyat"

This statement i like!