04 Safar 1431H
Selena Tay
Tun Dr. Mahathir pernah berkata ‘Melayu mudah lupa!’ Sebenarnya bukan sahaja Melayu mudah lupa tetapi kebanyakan rakyat Malaysia dari semua kaum pun mudah lupa juga.
Daya ingatan yang singkat inilah yang membawa kemenangan kepada Barisan Nasional sehingga kini. Mujurlah pada tahun 2008, daya ingatan rakyat telah diberi satu jolokan oleh skandal pita Lingam itu. Jika tidak, saya yakin parti-parti pembangkang tidak boleh memenangi 5 buah negeri di Semenanjung Malaysia dan 10 buah kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Ada orang yang meramalkan bahawa pilihanraya umum akan diadakan pada hujung tahun 2010 ini. Namun demikian walaupun pilihanraya umum diadakan hujung tahun ini ataupun dalam tahun 2013, daya ingatan rakyat mesti sentiasa diperkukuhkan dengan satu senarai ‘Masterlist’ yang menyenaraikan skandal-skandal BN yang melibatkan penyalahgunaan wang/kuasa.
Senarai ini mestilah dipaparkan, dipamirkan dan diedarkan pada setiap forum, ceramah, roadshow dan konferens Pakatan Rakyat terutamanya dalam ceramah kepada orangramai.
Senarai skandal BN (dibuat secara rawak oleh penulis ini):-
1) Port Klang Free Zone (PKFZ) melibatkan penyelewengan wang sebanyak RM12.5
billion
2) Kes pembelian Eurocopter
3) Kes pembelian kapalselam Scorpene
4) Kes kehilangan 2 enjin jet dalam tahun 2007
5) BALKIS
6) Istana Khir Toyo
7) Pita Lingam
8) Kematian A Kugan semasa berada dalam tahanan - tahun 2009
9) Kematian Teoh Beng Hock di Plaza Masalam selepas disoal-siasat - tahun 2009
10) Kes pembelian dakwat untuk pengundian dalam Pilihanraya Umum - tahun 2008
11) Kes pembunuhan Altantuya Shariibuu – Oktober 2006
12) Kes Private Investigator Bala – Julai 2008
13) METRAMAC
14) BMF
15) APs
16) Datuk Seri Anwar Ibrahim dipukul semasa dalam lokap
17) Rampasan kuasa di Perak - Februari 2009
18) Kes perempuan bogel yang dipaksa mencangkung sambil menarik telinga
dalam tahanan - November 2005
19) Kekecohan semasa Bersih Rally - November 2007
20) Kekecohan semasa Hindraf Rally - November 2007
21) Protes kenaikan harga minyak, orangramai dipukul dan dicederakan - Mei 2005
22) Protes mengenai KESAS
Dapat dilihat diatas bahawa daya ingatan penulis adalah agak baik. Senarai sebeginilah yang patut diedarkan kepada rakyat untuk disimpan sebagai rekod dan sebelum hari mengundi, rakyat perlu digesa untuk mengkaji semula senarai ini sekali lagi.
Jika Pakatan Rakyat membuat satu senarai seperti diatas, saya yakin rakyat Malaysia akan diberi peringatan yang sewajarnya.
Saya percaya orang cerdik-pandai dalam Pakatan Rakyat boleh membuat senarai yang lebih canggih lagi. Oleh itu, sila mula buat senarai ‘Masterlist’ sekarang juga, takut lewat nanti, akan lupa pula.
Harakahdaily.Net/-

1 ulasan:
thanks selena...
saya nak tambah sikit:
1) Green light drp PM dan menteri dalam negeri kpd para penunjuk perasaan isu kalimah Allah.
2)Menghentikan subsidi gula RM1B kpd rakyat dan digantikan dgn subsidi RM1.2B utk F1Malaysia.
3)RM300 juta utk Rosmah Mansor dlm budget 2010.
4)Kenaikan kos sara hidup utk rakyat dan diwaktu yg sama mengekalkan subsidi bahan bakar(gas) kpd YTL corp. yg jumlahnya mencecah billion RM.
Sapa2 yg sudi nak tambah dipersilakan...
Catat Ulasan