04 Safar 1431H
Subky Latif
PERTAMA kali saya ke Langkawi sekitar 40 tahun lalu ketika Menteri Besar Kedahnya Tun Syed Ahmad Shahbudin.
Saya bersama rombongan penulis ke situ selepas satu acara persuratan di Alor Setar. Bersama rombongan itu Harun Aminur Rasyid, pendidik dan pujangga terkenal tanahair yang menetap di Singapura.
Langkawi sebuah pulau desa nelayan yang sebahagian atau separuh dari tanahnya kebun getah Liew Boon Siew, jutawan Pulau Pinang yang terkemuka ketika itu.
Ia pulau perkelahan yang dikunjungi sekali sekala. Pekan utamanya, Kuah, pekan rumah kedai kayu beberapa puluh pintu saja. Ia pekan kecil.
Tiada yang menarik saya untuk datang lagi jika tiada hal tertentu. Tetapi saya diundang beberapa kali berceramah di pulau lagenda Mahsuri itu.
Semalam saja saya di situ. Tiba ketika senja. Berangkat dari pulau itu sebaik matahari terbit kerana Menteri Besar Syed Ahmad Shahbudin mempelawa saya pulang dengan feri rasmi.
Yang terakhir saya ke situ ketika anak bungsu saya belum bersekolah rendah dan sekarang dia siswa tahun pertama universiti.
Ketika itu Langkawi baru dibangunkan sebagai pusat pelancongan terkenal dunia. Saya menginap di syele Bumiputera di Pantai Canang yang tidak menghidangkan minuman keras kepada pelanggan.
Antara pelancong antarabangsa yang sudah ramai suka memilih rumah tumpangan yang diiklan bebas minuman keras. Mengapa mereka suka rumah tumpangan itu?
Mereka hendak mengelakkan mengambil minuman keras. Tahi arak itu memberitahu, mereka sebolah-bolehnya mahu menjauhkan arak. Tapi kalau mereka terlihat botol arak, mereka tidak terdaya mengelaknya. Justeru itu mereka memilih rumah tumpangan yang restorannya tidak menjual arak.
Allah bantu tuan syele yang tidak menperdagangkan arak dengan tidak putus-putus kaki botol menginap di tempatnya.
Menteri Besar ketika itu Tan Sri Sanusi Joned yang terkenal di Langkawi masa itu dengan projek menanam padi di bumbung rumah. Saya cari bendang itu. Terdapat sebuah rumah saja yang menyambut seruan Tan Sri Sanusi.
Langkawi ketika itu sudah didatangi ramai tetapi belum jadi pusat pelancongan yang besar.
Jeti di Kuah belum dipenuhi gerai. Sebahagian dari pekan Kuah dapat dilihat dari jeti dan orang yang tiba di jeti dapat dilihat dari jalan besar.
Sudah ada bangunan-bangunan besar, tetapi rumah-rumah kedai kayu masih beroperasi. Pusat membeli belah baru ada dan belum banyak.
Masa itu belum banyak jalan yang bersimpang siur. Tidak sukar memandu walau pun tidak biasa dengan suasana tempatan.
Setelah hampir 20 tahun dari kunjung yang terakhir, saya datang lagi ke Langkawi dengan kapalterbang murah. Saya tiba malam. Sepanjang 20 minit perjalanan dari Lapangan Terbang ke rumah tumpangan di Pantai Tengah, masih di kawasan Canang, tak putus-putus dengan gerai di kiri kanan jalan dan cahaya lampu yang benderang dan berkilauan, terasa seperti berada di kota kayangan dunia.
Gerai-gerai penuh dengan manusia berbagai bangsa dan kebanyakannya orang berkulit putih berambut perang. Waktu siangnya tidak seindah malam. Tetapi tetap dapat melihat manusia berbagai bangsa mundar mandir di jalan dengan pakaian orang bekelah. Tidak ada yang separuh bogel atau tiga suku bogel di jalan-jalan di luar pantai.
Bagi masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu yang tidak berpeluang menjelajah ke seluruh dunia, dengan pergi ke Langkawi, berpeluang melihat berbagai jenis dan rupa manusia dari segala pelusuk dunia.
Orang Eropah dari berbagai negara seperti Itali, Finland, Perancis, Jerman, Inggeris dan lain-lain. Arab dari berbagai kabilah. India dari India dan China dari China memenuhi kawasan antarabangsa yang tidak jauh dari lapangan terbang dan berdekatan dengan pantai.
Tidak perlu mereka ke Eropah dan ke mana-mana di dunia untuk melihat manusia dari berbagai bangsa, memadai pergi ke Langkawi. Penuh dengan manusia berlainan keturunan dan budaya.
Pantainya dari gelap pagi lagi penuh dengan orang berjogging atau berlari-lari anak membuat hal masing-masing. Dan pantai-pantainya tidak lagi jadi pantai di Tanah Melayu dengan orang timur yang berbudaya lembut, tinggi dan mulia. Tetapi ia sudah jadi pantai dunia penuh dengan laki-laki perempuan, tua muda seperti dunia barat.
Di gigi air orang berjalan mundar mandir dan di gigi pantai pula oleh berjemur terlentang dan meniarap. Payah mencari orang Melayu tetapi senang menemui orang Rusia.
Saya terjumpa keluarga orang Rusia sekitar sepuluh orang, datang seminggu dengan jet peribadi. Rusia baru terlepas dari belenggu komunis, sudah ada orang kaya yang boleh datang dengan jet sendiri dan selepas seminggu terus pulang ke Moskow.
Jeti kuah sudah penuh dengan gerai. Suasana jeti sudah tidak lagi dilihat dari jalan besar. Semuanya sudah terlindung dari bangunan dan gerai yang tumbuh cepat. Kuah sudah jadi macam Singapura dan Pulau Pinang tiga puluh tahun dulu.
Kuah jadi pusat membeli belah. Gedung-gedung bebas cukai menarik orang dari luar menghabiskan duit di situ. Singapura dan Pulau Pinang itu bangun dan membesar kerana status bebas cukai. Apabila Singapura dan Pulau Pinang sudah ditutup dari bebas cukai, maka Langkawi pula tempat tumpuan baru.
Semuanya murah, cuma duit saja tidak cukup.
Di Kuala Lumpur anak dan cucu tidak pernah melihat lembu, kerbau dan kambing. Masih ada sawah dan kebun di Langkawi. Sebelumnya mereka makan daging binatang ternakan itu saja tetapi di Langkawi mereka baru mengenali kerbau dan lembu makan rumput di tapak sawah yang kering kerana musim bersawah belum tiba.
Seorang penduduk tempatan yang ada tanah mahu membangunkan rumah tumpangan bagi pelancong. Tetapi takut subahat kerana mungkin ramai yang datang itu pasangan yang tidak nikah.
Bagaimana? Saya kata, iklankan hanya pasangan yang ada dokumen perkahwinan boleh menginap. Jika pasangan yang tidak dokumen itu, boleh menginap di bilik berlainan dan sedikit berjauhan. Dengan iklan itu suami isteri saja yang diterima jadi tetamu.
Amat payah untuk memikirkan bagi menjadikan Langkawi tempat yang mendapat keredhaan Ilahi.
Harakahdaily.net/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan