20 Januari 2010

PAKATAN RAKYAT SEMAKIN KUAT, KEZALIMAN BN SEMAKIN TERBONGKAR

04 Safar 1431H
Email : mohd hafez sabri

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak hari ini menegaskan bahawa Pakatan Rakyat Perak akan meningkatkan kualiti dan komitmen bekerja untuk rakyat bagi menyelamatkan rakyat dari terus ditipu oleh umno dan BN.

Beliau juga menegaskan, Pakatan Rakyat di Perak khususnya akan memastikan rakyat mendapatkan maklumat yang benar supaya semua rakyat jelata mengetahui dengan jelas perjuangan rakyat yang didokong oleh Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, jika tidak kerana rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO BN, sudah semestinya rakyat Perak akan hidup dengan aman di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Selain itu beliau juga menegaskan bahawa Pakatan Rakyat Perak khususnya tidak sesekali akan memberi peluang kepada umno BN untuk meracuni pemikiran rakyat jelata dengan belbagai lakonan bagi menutup kezaliman UMNO BN merampas negeri Perak secara tidak sah.

Disamping itu beliau juga menyeru agar rakyat menilai dengan sebaiknya bagaimanakah Sepanjang pakatan rakyat memerintah lima negeri, Selangor Perak Pulau Pinang Kedah dan Kelantan adakah bangsa dan rakyat yg di tindas? dan sepanjang 50 tahun BN memerintah hak rakyat sudah banyak tergadai akibat rasuah dan salahguna kuasa yang dilakukan UMNO BN.

Beliau turut mendakwa Umno sedang dalam proses memulihkan imej partiitu melalui program Juara Rakyat setelah terpalit dengan pelbagai isu yang menghakis kepercayaan rakyat terhadap mereka.

Memetik ucapan beliau "Kita lihat program ini lebih banyak kepada usaha membaik pulih imej Umno.Tapi pada waktu yang sama rakyat melihat isu yang lebih besar yang sepatutnya ditangani oleh pemimpin Umno belum selesai ”. jelasnya

"Sebagai contoh kos hidup rakyat yang semakin meningkat, rasuah yang berleluasa, kehilangan jet dan kes Menetri Besar Perak yang belum selesai,"ujarnya.

“ Kita juga tahu bahawa UMNO BN sedang berada dalam ketakutan kerana Pakatan Rakyat semakin hampir mengambil alih pentadbiran Malaysia di Putrajaya, dan jika Pakatan Rakyat berjaya memimpin rakyat Malaysia, UMNO BN bimbang segala kezaliman dan penipuan mereka terhadap rakyat akan dibongkarkan”.

Beliau juga menegaskan bahawa bagi manghadapi pembubaran DUN yang dijangka akan berlaku dalam masa terdekat ini, Pakatan Rakyat Perak sudah bersedia untuk mengembalikan keharmornian dan kestabilan hidup rakyat Perak dengan berkhidmat sepenuhnya untuk rakyat.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perlu kerja lebih kuat lagi, sukarelawan tanpa lambang parti dan bersendirian perlu ada ditempat orang ramai menerangkan penindasan kerajaan BN keatas rakyat

Tanpa Nama berkata...

jangan syok sendiri, berhati-hati dengan penipuan UMNO dan BN terutama daftar pengundi.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah PAS perak sentiasa bersedia untuk pilihanraya, tapi Pas Terengganu masih dibuai mimpi macam menang besar PRU12 lalu

Tanpa Nama berkata...

Makin bercelarulah nampaknya Perak yang diterajui oleh satu-satunya MB yang bukan berupa Melayu tulen ni.