20 Januari 2010

[Fikrah Islamiah] Ciri-ciri wanita yang paling baik

04 Safar 1431H
Ahmad Baei Jaafar

Kekuatan lelaki bergantung kepada wanita yang baik. Sebaliknya wanita yang jahat boleh merosakan masa depan lelaki. Kenyataan ini mungkin tidak disenangi oleh baik lelaki mahupun wanita. Tapi kenyataan itu boleh dibuktikan seperti berikut:

Wanita :-

1. Isteri sambut kepulangan suami dengan senyuman
2. Isteri menyediakan minuman untuk meredakan kepenatan suami.
3. Isteri menyediakan kain tuala dan berus gigi untuk suami mandi sebelum solat maghrib
4. Isteri siapkan tempat tidur untuk suami berihat selepas solat isya’
5. Isteri menemani suami menjelang tidur dengan perbualan yang menghiburkan
6. Isteri siapkan pakaian untuk kerja dan menghidangkan sarapan pagi
7. Isteri menjaga diri, maruah diri, dan menjaga harta dan anak suami

Lelaki :-

1. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
2. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
3. Suami mandi dan tubuhnya kembali segar sebelum menghadap Allah
4. Jiwa suami tenang sambil merihatkan minda dan tenaga.
5. Suami beroleh tenaga baru kerana mendapat aura isteri
6. Suami pergi kerja dalam keadaan jiwa yang tenang dan terhibur
7. Suami dalam perjalanan ke tempat kerja penuh keyakinan dan dapat bekerja yang penuh ikhlas

Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. tentang sifat dan sikap sebaik-baik wanita atau isteri. Sabda Rasulullah s.a.w:

وَخَيرُ النِّسَاءِ مَنْ تَسُرُّكَ إِذَا أَبْصَرْتَ وَتَطِيعُكَ إِذَا أَمَرْتَ وَتَحْفَظُ غَيْبَكَ فِى نَفْسِهَا وَمَالِكَ

Hadis riwayat Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim ini bermaksud: “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.

Lihatlah betapa cerianya suami ketika pulang dari tempat kerja. Keadaan itu berterusan sehingga suami tidur dan bangun semula. Suami tidak mengharapkan sesuatu daripada isterinya kecuali belaian kasih dan manja sepanjang masa.

Sebaliknya jika isteri jahat, tidak mengikut panduan di atas, maka suami akan berhadapan dengan tekanan perasaan. Perhatikan contoh berikut:

Isteri :-

1. Isteri menyembut kepulang suami dengan pelbagai soalan perangkap
2. Isteri sebuk di dapur untuk membuat makan malam
3. Isteri asyik menonton tv
4. Isteri tidur di hadapan tv
5. Isteri menghantar suami di hadapan pintu tanpa memohon maaf kerana tidak berasa bersalah kepada suami
6. Isteri tidak menjaga maruah diri dan harta suami diperlakukan sesuka hati.

Suami :-

1. Suami yang hendak masuk rumah berkira-kira untuk keluar rumah, masalah menjadi bertambah berat
2. Suami yang dahaga ke dapat mengambil sendiri air minuman
3. Suami juga menonton tv
4. Suami menunggu dilayan isteri di atas katil
5. Suami pergi kerja dalam keadaan tidak ceria dan terbuku pelbagai persoalan yang belum terjawab
6. Suami di tempat kerja penuh kebimbangan.

Isteri yang tidak dapat melakukan perkara yang disebut dalam hadis di atas, adalah sejahat-jahat isteri. Dia telah merosakan masa depan suaminya. Suami tidak beroleh pahala malah boleh jadi berdosa. Menyedari keadaan ini, seseorang isteri harus melatihkan diri ke arah wanita yang terbaik. Semoga kehidupan mereka nanti terarah kea rah yang tepat.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagus YB, sebab sekarang ini isteri-isteri berkira dalam hal melayan suami kekadang tu bagi alasan penat le dan macam-macam lagi, tapi bila suami nak kawin satu lagi tau pulak mengamuk sakan. Bab melayan sex suami itu penting, barulah jiwa suami tenang dan suami tak cari 'makan' kat luar atau pasang lagi satu.

Lagi satu isu isteri berkerja, kekadang tu ego seorang isteri menjadi-jadi, sebab dia kata dia berkerja jadi duit gaji dia jangan masuk campur atau kacau lepas tu dia kata suami yang sepatut bagi dia nafkah, itu betul lah tak boleh dinafikan, tapi kalau isteri nak berkerja kena minta izin suami, kalau suami tak izinkan hukumnya haram duit gaji dia. Ada isteri kata dia dah berkerja sebelum dia kawin lagi, itu betul lah, tapi bila dah kawin kenalah minta izin kat suami barulah hukumnya tidak berdosa.

Tanpa Nama berkata...

yang afdhalnya,tak usah kita menuding jari pada yang bernama isteri secara total.cuba lapangkan dada dan minda...isteri adalah di bawah didikan suami...bagaimana dibentuk begitulah rupa yang terhasil. jadi alangkah indahnya kira antara suami isteri saling ingat mengingatkan dan bukan saling menyalahkan kerana yang rugi bukan orang lain tetapi keluarga kita...diri kita dan lebih dahsyat kalau melibatkan iman dan taqwa... maka,rajin2lah hidup suburkan muhasabah diri agar kita tidak hanya tahu menilai orang lain.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, kita di ingatkan dengan tugas isteri. Pada isteri saya harap puan puan menjalankan tugas.

Tetapi saya juga ingin mengingatkan puan puan, jika suami puan telah mengizin kan puan bekerja di luar rumah, pendapatan puan adalah hak puan. Jika puan beri pada suami untuk keperluan rumah tangga itu adalah sedekah, berarti kalau puan puan tak mahu bersedekah tak mengapa.

Perbelanjaan rumah tangga tanggung jawab suami, menjaga harta dan melayan suami tanggung jawab isteri.

Yang sebaik baiknya kita sama sama tolak ansur.

Tak perlu ikut filem hindustan dulu dulu, suami balik isteri tolong buka kan kasut dan stokin, bawa minuman untuk suami,lepas tu menari depan suami untuk menyenangkan hati suami.

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Seronok sungguh saya membaca artikal ini. ... segalanya indah dan manis jika isteri memainkan peranan sebagaimana di atas.

Cuma saya sedikit terkilan pernahkah tuan terfikir di era ini yang mana lebih ramai isteri bekerja daripada surirumah sepenuh masa di bandar-bandar besar terutamanya, apakah pula peranan suami untuk meredakan tekanan isteri......

kadang-kadang suami lupa isteri mereka juga manusia malah lebih lemah..

Nur Wajdan berkata...

Kalau suami asyik merungut.. ini isteri tak buat...itu isteri tak buat... lama kelamaan, tak ada wanita yang sanggup menjadi isteri... semua nak jadi suami... yerlah... sekarang ni ramai isteri yang pegang tanggungjawab mencari nafkah... balik kerja, memasak utk suami, didik anak, kelengkapan sekolah anak, kelengkapan dapur, semua isteri sediakan... tak cukup dengan tu, duit dalam beg pulak kene sapu dek suami... tapi lantang bercakap bab isteri nusyuz kalau tak dengar cakap suami...

Ustazah Amirah Muda berkata...

salam YB tumpang copy artikel ni yer..syukran...amat baik untuk dijadikan ingatan bg seorang isteri