20 Januari 2010

Malang tidak berbau, Kanak-kanak Mati Dihempap Televisyen

4 Safar 1431

Mungkin kejadian pertama seumpamanya apabila seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun , Cyndi Yeo (gambar)meninggal dunia selepas dihempap televisyen berukuran 24 inci di rumahnya di Bandar Putra, Kulaijaya, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supritendan Zulkefly Yahya berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 9.40 malam ketika mangsa, Cyndi Yeo, sedang menonton berseorangan di dalam bilik belakang di rumah tersebut.

"Kejadian disedari bapanya, Yeo Sung Wah, 38, yang terdengar bunyi sesuatu benda terjatuh di dalam bilik berkenaan dan disusuli jeritan anak perempuannya itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata Yeo yang ketika itu berada di ruang tamu terus bergegas ke bilik berkenaan lalu menemui anaknya yang tertiarap dihempap televisyen tersebut.

Katanya, Yeo yang merupakan seorang peniaga terus membawa Cyndi ke Hospital Kulai dan kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan pada pukul 12.20 tengah hari tadi selepas kecederaan teruk di kepala.

Cyndi katanya dipercayai tertarik wayar televisyen tersebut menggunakan kakinya yang menyebabkan televisyen itu terjatuh dari rak sebelum menghempap kanak-kanak itu.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya

Kejadian ini memberi pengajaran kepada ibu bapa bahawa televisyen bukan sahaja bahaya kepada anak-anak dari segi bahan penyiaran yang banyak melalaikan namun sekali ini juga dibuktikan bahaya bila ianya mengancam nyawa anak-anak kita bila dibiarkan ia menonton bersendirian.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

demokrasi mati dihempap Najib,UMNO dan BN

Tanpa Nama berkata...

keadilan juga dihempap BN, macam kerajaan Pas Perak diragut BN, bagaimana kes ragut tak berleluasa?

Tanpa Nama berkata...

org ctir pasal budak mati korang ctir pasal politik agak2 la..