Sejak malam tadi, sehinggalah pagi ini, di dalam saluran televisyen dan radio sibuk menyatakan kegembiraan BN menyambut kemenangan di Batang Ai. Apa lagi, jam 10.30 pagi tadi, kawan saya turut menelefon saya, bahawa dia menonton berita, dan kesemua berita tersebut menceritakan tentang Batang Ai. Bukit Gantang dan Selambau mana?
Selain itu, BN juga menambahkan lagi kenyataan-kenyataan yang lebih menarik di televisyen mengatakan bahawa rakyat di Batang Ai sudah sedar terhadap “kejahata” pembangkang. Saya tertanya sendirian, “mereka sudah sedar?”. Adakah ini dinamakan satu kesedaran? Di dalam artikel ini, saya cuba sampaikan satu analogi tentang kesedaran.
Setiap manusia, akan tidur dan bangun setiap hari. Tidak wujud manusia yang hidup di dunia ini tidur selama-lamanya, dan tidak wujud manusia yang tidak pernah tidur. Hatta binatang pun begitu. Nabi Muhammad SAW juga seorang Nabi Allah yang tidur malam. Tetapi Allah SWT tidak tidur sepertimana yang telah disebut di dalam Surah al Baqarah ayat 255.
Kadangkala kita gunakan ayat “dia sudah sedar dari tidur…”. Sekiranya kita menggunakan ayat lawannya, “dia sudah tidur…”. Persoalan yang ingin saya timbulkan, benarkah rakyat di Batang Ai sudah sedar, atau baru sudah tidur? Atau ditidurkan dengan provokasi?
Saya hairan, bagaimanakah rakyat di sana boleh dikatakan “sedar”? Saya ingin bertanya kepada pembaca, bolehkah anda memberi bukti bahawa rakyat di sana sudah sedar?
Selain itu, apa yang dilihat hari ini, BN begitu banyak melakukan kezaliman sehinggakan ia sudah sinonim dengan BN. Apabila menyebut BN, terlintas di fikiran tentang kezaliman, kekejaman, rampasan hak, pengundi hantu, ketuanya ada kes Altantuya, dan banyak lagi. Adakah mereka tidak sedar semua ini?
Sebelum ini, saya pernah diminta menunjukkan bukti bahawa BN itu adalah zalim. Saya hanya menjawab dengan tawa kecil. Ini kerana orang yang bertanya itu mempunyai dua tujuan yang saya sendiri pun tidak tahu. Samada dia ingin membela BN, atau mendapatkan maklumat. Oleh itu, saya tidak dapat memberikan jawapannya kerana masih belum pasti tujuannya bertanya.
Tetapi, saya sempat bertanya kembali, “BN tidak zalim, atau anda yang tidak tahu BN itu zalim?”. Saya menambah lagi, seseorang yang berdiri di hadapan dinding putih, patutkah dia bertanya “tunjukkan bukti bahawa dinding ini berwarna putih”. Adakah anda ingin menjawabnya? Atau anda juga tertawa kecil seperti saya?
Oleh itu, di sini, saya tidak berniat untuk menunjukkan fakta tentang kezaliman BN. Ini kerana semua orang mempunyai mata dan akal. Tengok sendirilah. Dan jangan salahkan PR kalau anda sendiri tidak tahu. Dan anda kena mengetahui bahawa bukan semua perkara anda tahu, dan bukan semua perkara yang anda tahu itu adalah benar. Oleh itu, saya menasihatkan kepada rakyat di Batang Ai yang mengundi BN, supaya menyedari hakikat ini.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah (http://drfikrah.blogspot.com)

3 ulasan:
Assalamualaikum,
Pada pandangan saya, sebenarnya rakyat di sarawak (kebanyakkan - luar bandar) tidak berada pada tahap yang sama jika dibandingkan dengan rakyat di semenanjung. Tahap yang dimaksudkan ini dari segi maklumat yang diterima untuk membuat sesuatu keputusan. Kurangnya maklumat melalui alternatif media dan pendedahan pada maklumat yang asal/benar. Mereka hanya mempunyai atau mengharapkan maklumat dari sumber yang dimanupulasikan oleh sesetengah pihak.
Keduanya...mungkin factor penghidupan itu sendiri sepertimana keadaan semenanjung yang terdahulu di mana rakyat masih mencari "Physiological Needs" - kemudahan asas - air, makanan, rumah, etc. Keadaan ini memberi peluang yang lebih kepada golongan yang menabur kemewahan buat sementara waktu. Oleh itu, pendekatan yang digunakan perlu di kaji semula oleh pakatan rakyat atau rakyat memerlukan lebih masa untuk sampai ke level yang seterusnya.
Wassalam.
saya memang x faham dengan istilah "sedar" tu. sejak bila PR memerintah sarawak? dari mana datangnya kesedaran penduduk yang tinggal di pedalaman dan bersempadan dengan kalimantan itu?
setahu saya, istilah "sedar" itu lebih sesuai sekiranya mereka telah merasa cara pemerintahan PR. sama seperti penduduk Gantang dan Selambau yang "pernah" diperintah BN.
atas kesedaran kami rakyat sarawak yang dari pedalaman inilah kami menolak sekeras-kerasnya puak2 bn perompak harta kami,tapi yang undi dikira atas heli tu apa cita??penipu!
UMNO jangan nak temberang,yang menang bukan kamu pun kat swk.
semoga PR akan ambil alih swk dalam next election.tapi ambik cara baik,dengan mandat rakyat menerusi election.bukan rampasan macam UMNO buat kat Perak.
Catat Ulasan