25 April 2009

Fairus tak boleh tarik balik surat letak jawatan ADUN - Speaker

Dilihat sebagai perkembangan mengejutkan, bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin menyerahkan kepada pucuk kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung soal sama ada perlu kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti ataupun sebaliknya.

"Saya menyerahkan kepada pucuk kepimpinan untuk menentukan (sama ada tarik balik surat ataupun sebaliknya)," kata Fairus yang ditanya sama ada beliau bersedia untuk menarik balik keputusannya untuk melepaskan kedudukan sebagai ADUN Penanti.

Ketika ditanya sama ada reaksi itu bermakna beliau bersedia untuk kembali kekal sebagai wakil rakyat kerusi berkenaan, Fairus mengulangi bahawa "saya menyerahkan kepada pucuk kepimpinan."

Dan, apabila ditanya sama ada masih ada ruang untuk kembali menarik balik keputusannya melepaskan jawatan ADUN, Fairus sekali lagi menekankan beliau menyerahkan kepada PKR untuk menentukan.

Malah beliau juga berkata bahawa bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan kepimpinan PKR berhubung perkara tersebut dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun beliau tidak menyebut bila pertemuan itu akan diadakan.

Dalam pada itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Abdul Halim Hussin hari ini berkata, Fairus tidak boleh menarik semula surat peletakan jawatannya sebagai ADUN Penanti.

Ini kerana surat letak jawatan Fairus yang dihantar kepada beliau turut disertakan dengan surat akuan bersumpah yang menyatakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang 1 itu ingin meletak jawatan sebagai ADUN Penanti kerana mahu menyambung pelajaran.

"Daripada segi perundangan, beliau tidak boleh menarik semula peletakan jawatannya sebagai ADUN kerana surat peletakan itu disertai dengan pengakuan bersumpah.

"Bila sudah buat perakuan bersumpah, ia memang sudah jelas (meletak jawatan).

"Kita juga sudah menghantar surat kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) memaklumkan kekosongan kerusi DUN itu.

"Jadi tidak timbul soal untuk menarik semula surat peletakan jawatan itu," katanya.

Perkembangan itu dilihat kemungkinan berlaku ekoran keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah memutuskan keterangan yang diperolehnya berhubung siasatan terhadap Fairus tidak mempunyai asas untuk mendakwanya.

Keputusan itu dibuat setelah SPRM meneliti kes itu dengan mendalam dan mengambil kira keseluruhan keterangan yang terdapat dalam siasatan itu.

SPR bakal mengadakan pilihan raya kecil berikutan Fairus, 33, meletakkan jawatan pada 16 April lalu dengan alasan untuk membersihkan namanya daripada segala tohmahan selain bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajaran.

SPR sepatutnya mengumumkan tarikh pilihan raya hari ini tetapi ditunda sehingag Isnin ini.Mstar.

16 ulasan:

mangchikla berkata...

pasai dah akuan bersumpah, pemasalahnyer? si Bala bley buat akuan bersumpah kedua , apetah lagi Si Fairuz...

Fatimah Zuhri berkata...

1. This is really confusing.

2. What is going on here? Why the drama Anwar oooii?

3. Why did Fairuz resigned or who asked him to resigned and why?

4. MB Khalid was investigated by MACC but did not resign pun.

5. Elizabeth Wong had offered to resign but PKR said go for holiday!

6. Why didnt Fairuz go for a holiday until the MACC investigation finished?

7. Does Fairuz know if an ADUN resign he is barred for 5 years?

8. Anwar ingat jawatan ADUN yang dipilih RAKYAT ini adalah perkara main-main ka?

9. PR will get its punishment from the RAKYAT come GE 13.

SonicYouth berkata...

alahai fatimah zuhri ni nak hukum PR pulak. kau xyah hukum aku tau kau memang undi AMENO/BN. kecoh2 kat TKO pasal analisis kau sebelum PRK bukit gantang dan selambau gaya macam AMENO/BN menang je. dah kalah diam..berani masuk detikdaily la.

PAS FOR ALL

Tanpa Nama berkata...

BAGUSLAH KALAU FAIRUS TERUSKAN LETAK JAWATAN TU. SEKURANG-KURANGNYA ADA PENDIRIAN TETAP. DISINI KITA DAPAT LIHAT BETAPA SPRM SEBENARNYA MENGIKUT ARAHAN PIHAK2 TERTENTU.

DULU KATA TERDAPAT BUKTI2 PENDAWAAN TETIBA BILA LETAK JAWATAN SEMUANYA OK.
PELIK...PELIK...OH MALAYSIAKU.

SonicYouth berkata...

aduyai...hidup lagi fatimah zuhri ni. kami tunggu analisa kau untuk pasca PRK bukit gantang dan selambau kat TKO sampai down. berani join detikdaily la woi...analisa kau tu mengarut...nak hukum PR konon PRU 13. cet, kau tu memang undi AMENO/BN dari dulu la. kami yang nak hukum AMENO/BN kat Penanti sekali lagi ni.

Tanpa Nama berkata...

sudahlah FATIMAH ZUHRI....janji anda semasa di TKO masih belum tertunai lagi....anda hanya berangan kosong dgn keyakinan kemenangan UMNO di 2 bukit....fakta anda tak satu pun yg betul..sila ke tempat anda berjanji dahulu..mereka sedang menuntut janji anda...

Tanpa Nama berkata...

Cik Fatimah Zuhri, dijemput ke forum detikdaily.net, ramai peminat anda disana. Sekian. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Drs..Poor Fairus.Pity him! Nona Ratana Chulaborn.

Bibsprop berkata...

Yang sebenarnya UMNO esp Najib nih dah kena main DSAI...DSAI buat umpan yang tak boleh nak ditolak dan tak boleh dimakan, tujuannya untuk mendedahkan warna sebenar UMNO yang sering meyelewengkjan wang rakyat dan kuasa eksekutif yang ada pada mereka. Dalam kes fairus, dengan perletakkan jawatan fairus yang pada mulanya seakan-akan bakal disabitkan dengan kes rasuah, Najib berharap dapat membuat onar dalam kejajaan PR di Penang dan berharap dapat memenangi PRK Penanti jika fairus letak jawatan.
Namun setelah kena 4-0 dalam PRK di semenanjung Najib dah mula goyang untuk bertanding. Sebab itu Najib keluar statement yang secara tidak langsung mendedahkan pengguaan wang rakyat yang keterlaluan oleh UMNO sepanjang PRK yang lepas. Statement Najibn yang mengatakan PRK merugikan wang rakyat itu adalah sebenarnya menjadi tali gantung buat Najib dan UMNO Khasnya.
Bagi PR, PRK adalah tempat PR mengembalikan semula wang rakyat kepada rakyat menerusi sikap murh hati UMNO yang datang hanya bila menjelang PRK untuk memancing undi.
Dalam Kes Adun penanti ini bolehlah kita andaikan UMNO berada di dalam keadaan "ditelan mati emak diluah mati bapak" yang membawa maksud jika UMNO bertanding di penanti mereka takut kalah dan jika tidak bertanding reputasi dan imej mereka pasti tercalar dan lebih malang lagi terbuktilah sudah UMNO memang menyelewngkan wang rakyat.

Tanpa Nama berkata...

saper yg nak kena hukum....
ameno yg kena hukum karma..jahat gila babi...

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Cik Fatimah... daripada buat dosa banyak2 dgn menegahkan fakta yang songsang adalah lebih baik tumpu pada dapur utk menyiapkan juadah utk keluarga... Pahala dapat keluarga pun tambah sayang..

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah, Fairus dah bersih. bersyukur namun apa nak buat, terlajak perahu boleh undur, terlajak letak jawatan, malu kalau nak tarik balik. takpe le..Fairus telah mencatat sejarah TKM termuda yang pernah menjawat jawatan itu. Teruskan perjuangan..cuma 5 tahun je. Lim Guan Eng juga pernah dihalang bertanding 5 tahun.kini dia jadi Ketua Menteri. Siapa sangka?Anwar juga terikat dengan halangan 5 tahun tk boleh bertanding. Kini dia menuju jalan kemenangan. Insyaallah..Terus istiqamah dan anda akan disanjung nanti.
Jangan jadi macam ezam,roslan kassim..sekerat jalan.

Tanpa Nama berkata...

umno semakin menjadi-jadi jahatnya....
itulah tanda hancurnya umno...

Tanpa Nama berkata...

emm,,tapi sy kurang setuju ngan meletak jawatan terus,,PR perlu lebih saling hormat menghormati,, baru jalan menuju ke putra jaya x menjadi angan2,, aku tetap sokong PR,,cuma PR perlu lebih rapat dan saling bantu membantu.. papepun,, tunggu PRU 13,, untuk kita menghukum Be End....

Tanpa Nama berkata...

perletakan jawatan oleh fairus sebagai TKM1 dan ADUN Penanti boleh juga ditafsirkan sebagai memenuhi kehendak ketelusan dan intergriti peribadi dan parti.PKR atau komponen PR boleh menjelaskan kpd orang2 BN dan rakyat keseluruhannya bahawa setiap ADUN atau AP PR bersedia melepaskan jawatan jika ada pertuduhan serius membabitkan salahlaku moral,rasuah dan sebagainya.Tidak seperti ADUN/AP BN walaupun pelbagai tuduhan dibuat beserta bukti tetapi masih bergayut dengan jawatan dan enggan melepaskannya.Inilah bezanya dan Perbezaan ini mesti dicanang dan dijelaskan kepada rakyat bahawa PR sebuah parti yg benar2 perihatin dan bertanggungjawab dengan amanah yang diberi bukan gila kuasa dan jawatan.Isu ini boleh digarap sebaiknya dalam kempen PRK Penanti kelak.

Tanpa Nama berkata...

Jangan kalut..letak jawatan ke tak letak ke...!
Pasti ingat jika Sdr Fairus tak letak jawatan tekanan makin kuat terhadap PKR dan Sdr Fairuz kerana yang sibuk menuduh itu dan ini bukan saja dikalangan lawan bahkan shabat-sahabat sendiri. Jadi apa yang wajar dibuat ialah tumpukan sepenuh terhadap kesinambungan misi dan visi. Kedudukan parti kini semakin mendapat simpati rakyat manakala pendukungnya semakin mendapat kepercayaan rakyat...

Jadi apa susahnya. Tentang pilihanraya...jika terpaksa dibuat atas dasar maruah apa salahnya. Kini PR semakin mendapat perhatian dari rakyat .... janji perjuangan dan jawatan bukan matalamat hidup melainkan perkhidmatan dan pembelaan terhadap rakyat khasnya kerana Allah adalah perjuangan yang sebenar....!.

Kepada DS Anwar Ibrahim diharap dapat memulihkan semula semangat juang ahli-ahli dengan bantuan tuan-tuan guru dari PAS dan sahabat seperjuangan dari DAP malah dari pemimpin UMNO yang tidak lagi mempercayai yang UMNO itu kebal selama-lamanya..Kini kelihatan iklim politik sudah berubah kerana rakyat sudah tahu menilai tapi awas.. harta benda, dan pangkat dan nafsu tamak masih menjadi Fokus matalamat hidup. Ambillah iktibar dari perang UHUD..!...