03 April 2009

FRU kawal petugas BN pasang bendera di Changkat Ibul.

Pelik tapi benar, itulah kalimat awal yang saya boleh ucapkan mengenai tajuk posting ini. Kejadiannya berlaku kelmarin 1 April di Kampung Changkat Ibul .

Semua sudah makulum, malah semacam satu memorendum rakyat setempat kawasan itu iaitu dipersekitaran mesjid Changkat Ibul menjadi tempat larangan memasang BN sudah banyak kali PR termasuklah untuk PR ke 12 lepas.

Cubaan memasang bendera pada masa awal berlaku kempen dan memasang bendera telahpun gagal. Kejadian itu nampaknya tidak mematahkan senagat petugas BN untuk menceroboh "tanah haram" untuk lambang BN itu.

Namun dek kerana menggunakan FRU dan pihak keselamatan nampaknya mereka setakat ini berjaya memasang bendera yang menjadi hajat lama mereka.

Tetapi saya tetap yakin, Changkat Ibul adalah kubu PAS yang tidak mampu ditembusi BN walaupun bendera mereka sudahpun boleh dipacak secara "paksa".

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Buktinya mana yb? Letak la gambar semasa cara haram tu berlangsung atau selepas tu ke.

akira8047 berkata...

itulah yang berlaku di piliharanraya kecil P044 Permatang Pauh.
Petugas2 Umno ditatang bagai minyak yang penuh oleh anggota keselamatan.
Apapun perjuangan suci akan tetap direstui Allah SWT.

klik sini
UMNO LAKNATULLAH - Kebenaran yang diselindung

Tanpa Nama berkata...

pandai pulak ko mintak bukti....

Yg TV3 bg bukti palsu tak pulak ko selidik ye?

Edyes berkata...

artikel baru edyesdotcom

Ganyang Najib di Bukit Gantang

IBAN MUSLIM berkata...

mengarut la geng FRu nie...nak pacak bendera pun takut. baik suruh ja fru ti pacakkan bendera...

Tanpa Nama berkata...

pandai mintak bukti,tapi nama n no fon ka x brani nak dedah kat sini
dasarrrrr umno laknat yahudi

IJAZAH JALANAN berkata...

Ye ke YB? Smalam ok je... Saya dari padang rengas pergi ke Taiping lalu kat bukit berapit, sampai lar ke simpang terus lagi ke jalan tupai... Meriah ooo Bendera situ situ sana sini... Jarang sekali tengok sengitnye dan meriah bendera-Bendera di pacak, tepi jalan, tiang letrik, sampai ler melintang jalan... memasing tak nak kalah... tu bendera pas yg punye lar beso kat simpang tu 4 kali cadar katil.. Pihak berkuasa pun ramai, kesian kat dema tu, berpanas... pilihan raya kecik ni berjuta juga lar di belanjakan. Tak kisah lar kepada sesiapa yg memerintah lepas ni TOLONG LA JAGA RAKYAT.. Mahu BN Atau Pun PAS... Yang Lepas Jadikan Pengajaran agar tidak berulang. Ada hikmah disebalik peristawa yg berlaku. KEMPEN SECARA AMAN DAN TAUTKAN UKHWAH! Saya Tak suka demo ke provokasi ke... Cukup lah... yang sudah tu sudah!

Tanpa Nama berkata...

Drs,Salam mesra.Rindu rasa nya nak turun ke Bkt Gantang di waktu waktu begini.Siang nya boleh meninjau persiapan warga nya menyambut "lebaran" pd 7 April mendatang.Malam nya mengunjungi safari di Zoo Taiping.Tentu meriah suasana org berniaga.Doa dan harapan bulan kan mengambang di Bkt Gantang nanti tandamata dan hadiah istemewa buat Najib di Post Cabinet nya yg pertama pd 8 April nanti.Menurut firasat se org Tok Ayah di sebuah pondok terkenal di Patanni,insyaALlah YB Ir Nizar akan dikurniai kemenangan.Sama sama kita mengaminkan nya.Kpd semua pejuang PR di "medan tempur" diringi semarak doa harum mewangi agar terus dipelihara ALlah tidak kira diceruk Bukit,dikuala sungai dan dipinggir permatang.Salam kasihsayang and "take care" Nona Ratana chulaborn.

Usmad berkata...

ana yakin Hj Nizar akan menang. yang penting kene banyakkan DUIT(doa, usaha,, ikhtiar n tawakal) Insyaallah Allah akan tolong kita