03 April 2009

Menteri jaga agama bersama Gadis seksi pancing undi BN?

Kehadiran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Saffian di majlis makan malam di Kampung Baru Kuala Sepetang - sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang di parlimen Bukit Gantang - kini menjadi bahan perbualan.

Majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan calon BN selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil parlimen itu.

Tiga artis Cina berseluar pendek dan singlet biru itu menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut (foto bawah, kiri).

Majlis makan malam perpaduan dihadiri kira-kira 1,500 orang.

Sebelum beredar, para wartawan menemuinya untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu.

Matlamat menghalalkan cara.


Dalam sidang akhbar, beliau ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian bagi menarik pengundi Cina.

Beliau, yang juga ahli parlimen Bagan Datoh, menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina."

"Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian rancak begini.

"Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina.

"Di kawasan saya ada 20 peratus pengundi Cina, saya juga pergi ke tokong Cina dan menghadiri majlis pengkebumian orang Cina.

"Saya tahu bagaimana hendak menghormati keluarga orang Cina dan orang mudanya," tegas Zahid, yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Perak.

Ditanya mengenai sokongan pengundi kaum itu kepada BN, beliau percaya sokongan kepada BN semakin meningkat kerana kerajaaan persekutuan dan kerajaan sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah orang mereka.

"Sokongan pengundi Cina, mengikut laporan, semakin bertambah sekarang ini. Kerajaan pusat mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

"(Sokongan bertambah) setelah kita mengangkat semua masalah (mereka) ini kepada menteri berkenaan. Dan tindakan segera sedang dilakukan," katanya.

Beliau turut menafikan undi sesuatu kaum tertentu menjadi faktor penentu keputusan pilihanraya kali ini.

"Semua kaum menjadi penentu. Dan semua undi penting, sama ada undi Cina, India atau Melayu. Dalam keadaan pilihanraya umum, lebih lagi pilihanraya kecil, kita tidak boleh abaikan mana-mana undi, daripada mana-mana kaum.

"Satu undi pun sangat bermakna (kepada BN) dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang ini," katanya.

Sebelum itu dalam ucapannya, kerajaan telah mengenal pasti beberapa masalah utama nelayan di kawasan itu, termasuk gangguan lanun dan tentera Indonesia, masalah subsidi petrol dan operasi bot haram.

Tindakan lanjut sedang diusahakan kementerian yang berkaitan, tambahnya.Malaysiakini.

18 ulasan:

ZAMRI kecik's berkata...

inilah Hadhari...

Abuarif berkata...

Biasalah orang politik kepartian.The Science of Possible.Pada malam nya(Merasmi Musabaqah Quran) menyeru orang bertaqwa dan ikut petunjuk Quran.Pagi esoknya(Meresmi Pertabdingan Tarian) menyeru agar rakyat mengekalkan budaya tari menari peninggalan nenek moyang...anda fikirlah sendiri.

Amri Mat Saaid berkata...

lantak le deme YB yor bebanyak lagi aktiviti rope itu yor rakyat BG nampak ape koje buat deme

Tanpa Nama berkata...

menghormati budaya orang Cina...
ITU ALASAN ORANG YANG KOLOT PEMIKIRAN....
Mana ada bentuk tarian sebegini dalam budaya masyarakat Cina.....

Mungkin YB Dr Idham boleh mengulas lanjut........

Tanpa Nama berkata...

negara kita ini ada berbilang kaum.kena lah buat macam tu,kena hormat budaya semua kaum, tapi...rasa-rasa nya kaum cina ni pun ada pakaian dan juga tarian tradisional mereka,yang pakai singkat-singkat macam tak cukup kain ni bukan budaya mereka kan...apa..menteri jaga agama tu dah tak tahu nak bezakan ke mana satu budaya kaum cina ni,atau dia pun memang suka nak cuci mata juga...dunia2...

Bangsa Cina Malaysia berkata...

sejak bila tarian seksi berpakaian menjolok mata
menjadi budaya orang Cina Malaysia ????

MCA boleh jelaskan tak ??

Tanpa Nama berkata...

kah...kah..kah..

kan dah kena. nak sgt restu rakyat..ambik ko.
rakyat seksi untuk pemimpin seksa.

"Rakyat Seksi merestui BN/UMNO"

Bangsa Cina Malaysia berkata...

sejak bila tarian seksi berpakaian menjolok mata
menjadi budaya orang Cina Malaysia ????

MCA boleh jelaskan tak ??

Tanpa Nama berkata...

Drs,Datuk Zahid nampak sgt "desperate",Budaya "hu ha" tdak mengenal ras.Tetapi stail kempen Ir Nizar lebih "real" tika mengunjungi gerai Char Kuey Teow kaum Tionghua tempohari.Classic and down to earth.Respons pengundi pelbagai kaum very touching.Kalau Raja Nazrin dpt meluangkan masa mengunjungi laman laman ini tentu Raja Muda akan bersyukur Perak mampu melahirkan bakal negarawan yg di kasihi rakyat.Pray for the best to state of Perak Darul Ridzuan. Nona Ratana Chulaborn.

Modern Talking berkata...

Budaya Masyarakat Cina adalah Seperti Tarian Singa.. bukan tarian Gadis Seksi.. apa bengap bebenor Menteri ni.. aku yg keroje kilang pun tau.. gini punnya ckp pun buleh jadi menteri ka.. YB DRS. KHALIL IDHAM LIM sy berharap YB Desak Zahid untuk Memohon Maaf secara terbuka kerana ulasan beliau menyentuh sensitiviti Bangsa Cina...

safwan berkata...

Harap YB Idham Lim yang berbangsa Cina ini dapat menjelaskan. Apakah benar tarian seksi begini budaya masyarakat Cina? Pada saya ini satu penghinaan terbuka Zahid terhadap masyarakat Cina..

Tanpa Nama berkata...

alasan Dato' ZH ajer tu. Orang waras pon tau budaya camner yang kita leh tumpang untuk meraikan sesama bangsa lain atau lain agame pon. ni idak ape ker bender dier buat kat situ kalo dah yer pon budaya tari menari yang camtu..kan ker dah jadi 1 fitnah ke dier. iskhh tak reti ker care lain nak pancing undi pon Dato... hehe. Pi ler buat ceramah ker tazkirah dah mike tu Menteri hal agama Islam keme semua rakyat yang makin waras dan bijak ...mintak restu rakyat dengan care yang baik-baik ler tambahan mike tu org jage agame Islam kite semua ni.. ngong tui ler.

amir berkata...

Zahid barua!!!anak haram jadah!!

smash berkata...

zahid bengong

smash berkata...

Itu yg depa seronok masuk umno boleh joget

Tanpa Nama berkata...

yg tarian cina cam logik sbb yg menarinye cine..


tp...

nape mase yg 3 org seksi tu nyanyi...

die pakai lagu omputeh????

bodoh punye alasan zahid hamidi

Nora Mazfa Jenillah Husayy berkata...

salam dato,
bagi saya, kita harus bagitau zahid ni yang jika sekalipun itu budaya orang cina bukan islam, kita sebagai islam tidak boleh mencetuskan idea ini, tetapi jika cina bukan islam yang mencetuskannya tidak kesahlah, tapi ini melayu yang islam. tidak kah ini bodoh??? macam tiada idea lain selaku pemimpin yang berlagak islam nak menggantikan hiburan yang dianggap budaya orang cina bukan islam? apa pun, minta dato lawati blog ana : www.norapalestina.blogspot.com, boleh tinggalkan pesan pada chatbox sekali! :) Thank you dato!

Org kafir ciptaan Ustaz Dato' Haji Abdul Hadi bin Hj Awang berkata...

Apabila kita hendak membuat alasan, kenalah rasional. Kenapa hentam buta-buta kepada tetamu?
Penganjurlah yang kita kena kritik kerana mereka yang menyediakan susun atur majlis tu. Kalau kita menghadiri majlis perkahwinan contohnya, ada diselitkan budaya bukan Islam, kita tak kritik pun sebab penganjur/tuan rumah tu kawan kita. Kita boleh beri nasehat, tapi kita juga takut tuan rumah kecil hati jika ditegur. Akhirnya, kita diamkan sahaja. Kalau saya jadi Dato' ZH, saya akan tegur ketua penganjur secara tertutup (bukan secara terbuka kerana tetamu juga harus menghormati tuan rumah, lain kali kalau berulang lagi saya akan meninggalkan majlis. Jelaskan secara terperinci, yang mana budaya, yang mana tiruan Barat. Itu pun kalau lembut hati......... Kami org UMNO, kami ni org kafir, tapi inilah pandangan kami yang sentiasa dihina. Tapi saya rasa komen org-org Islam sebelum saya baik-baik belaka dan boleh dicontohi, bukan begitu.