17 April 2009

Idris derhaka kali ke dua ?

Drs. Khalil Idham Lim

Bekas Menteri Besar, Idris Jusoh tidak mendalangi tindakan 10 wakil rakyat Barisan Nasional memulaukan sidang DUN semalam, kata setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Terengganu.

Kenyataan ini sesuatu yang sangat ajaib dan saya kira mustahil Idris tidak tahu menahu dengan tindakan yang dibuat sedangkan dialah ketua dalam kumpulan yang tidak berpuas hati terhadap Ahmad Said. Alasannya kalau Ahmad Said jatuh dialah MB barunya.

Namun apapun sekarang saya melihat ketakutan kepada anggapan istana yang akan menganggap Isris telah derhaka untuk kali kedua kerana ingin menjatuhkan MB yang direstui oleh Istana.

Bukankah Ahmad Said adalah pilihan Istana, dan Idris pilihan Pak Lah pada masa itu namun dia terpaksa akur kerana melantik MB adalah perlu kepada perkenan Sultan.

Cuma sekali ini tidak adalah kain tentang "kami nak idris, nantang" yang dianggap dituju kepada Istana, tetapi terang lagi bersuluh Idris memulakan krisis baru dengan Istana dengan memulau MB yang dilantik oleh sultan.

6 ulasan:

ZAMRI kecik's berkata...

DEPA BUAT TAKPA...
KITA BUAT TAK BULIH...

ZAMRI kecik's berkata...

depa buat takpa...
kita buat tak bulih...

pujaans berkata...

bace komen najib 2hari leaps pun dah tau...dia kata benda kecik je nie...TUNGGULAH SAAT KEHANCURAN.

Tanpa Nama berkata...

Memang memalukan betol!!!!!! tak ngaku aku jd org trg....ni la betol2 perangai UMNO Trg dan M'sia sebenarnya.....dalam selimut sendiri pun nk kekoh!!!!!!

sbs berkata...

Salam,

Salam perjuangan buat Pakatan Rakyat Perak.

Tanpa Nama berkata...

Deris Jusoh kata Mat Said takut bayang2. Yang takut bayang2 ialah Deris Jusoh sendiri kerana takut SMS. Kalu berani, jadilah macam Karpal terima dua biji peluru hidup pun tak takut.