09 April 2009

Nizar dititah mengadap ?

Saya menjangkakan YAB Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat yang masih sah, Dato' Seri Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin mempunyai peluang yang baik untuk mendapat perkenan dari Sultan Perak untuk mengadap dalam waktu yang terdekat.

Kemenangan beliau dalam PRK Bukit Gantang merupakan isyarat yang jelas kepada Istana bahawa itulah referendum rakyat yang mesti dihormati oleh semua.

Beberapa hari selepas persidangan bersejarah di bawah pokok pada 3 Mac sepucuk surat telah diutuskan kepada Sultan perak mohon perkenan untuk mengadap dari memanda MB Perak yang masih sah untuk mempersembahkan hasil keputusan Mesyuarat.

Saya difahamkan susulan kepada surat pertama itu telahpun dikirim sekali lagi untuk mendapat perkenan mengadap.

Oleh itu saya menjangkakan jawapan akan diterima dari pihak istana sebagai prosuder biasa yang telah dilakukan mestilah semua surat itu memerlukan jawapan.

Semuga Nizar di perkenan mengadap !

86 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS PERAK MENANG KAMPUNG TERGADAI

Tanpa Nama berkata...

umno menang MALAYSIA tergadai...

ZAMRI kecik's berkata...

kampung sapa yang tergadainya?
kampung hang?
kampung baru?

ZAMRI kecik's berkata...

kampung sapa yang tergadainya?
kampung hang ka?
tergadai kat sapa?
jangan pandai cakap je...
cakap biar berfakta...

Tanpa Nama berkata...

cukuplah dgn pilihanraya tahun ni....

Tanpa Nama berkata...

tahniah

JIMMY OUTLAWS berkata...

Kampong Tok Ki dier yang tergadai kat Zombie

Tanpa Nama berkata...

KG PASIR 2 BUTIR KOT?...KEHKEHKEH...
BIAQ PI KAT DIA LA...LUAHAN HATI PNYOKONG UMNO TOTOK ATAU GOKTOK...EKEKEEK...

Tanpa Nama berkata...

PAS Perak Menang Kampung Tergadai untuk MAKAN RASUAH/MENJADI PENCACAI. Alhamdulillah.

Syukur Kita atas KEMENANGAN di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan tidak lupa juga kekalahan Percubaan Pertama PR di Batang Ai. Setiap perkara ada hikmahnya dan Semoga Kemengan dan Kekalahan ini adalah yang tebaik bagi kita. Insya Allah

Tanpa Nama berkata...

sapa yg kata pas menang kampung tergadai memang orang menuduh membuta tuli. Berapa banyak tanah melayu yg UMNO gadai pada billionair cina mereka x tahu.Pas Perak bagi tanah kepada penduduk miskin dan asal cina.

Tanpa Nama berkata...

sapa yang gadai siapa sebenarnya....51 tahun umno memerintah banyak sungguh tanah rakyat tergadai...isu tanah kerpan , isu perobohan rumah orang melayu kat johor dan banyak lagilah yang nak dikata....pikiaq la sendiri

Tanpa Nama berkata...

Hoi, kampong aku kat Padang Rengas dah lama tergadai kat YTL dek kerakusan Tajol Rosli, orang UMNO haprak ni, tak nampak ke?

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah kalah tu...diam2 je boleh tak..... cuba muhasabah diri...kaji apa kelemahan sebenar UMNO kenapa ia ditolah oleh rakyat... takyah la nak tunjuk jadi samseng kg dusun pulak...terimalah kenyatan yang rakyat kini tidak bersama BN lagi..

http://nmjnh.wordpress.com/2009/04/07/keputusan-terkini-prk-bukit-gantang-bukit-selambau-batang-ai/

Tanpa Nama berkata...

bn kata yakin menang.lain kali tanya penyokong akar umbi.bukan tanya ketua bahagian.kan padan muda kalah.

Nokia E 90 berkata...

maner nak nampak, depa dok seluk ada, seluk ada tu le pasai.

Tahniah buat YB Mohammad Nizar dan YB Manikumar kerana telah berjaya menjadi wakil rakyat ditempat masing-masing.

Disini juga kami ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada bloggernetwork yang bekerja teruk siang dan malam mencari dan menyampaikan maklumat terkini kepada pelayar blog.

PENASIHAT TIDAK RASMI MALAYSIA berkata...

"Tuanku, mohon perkenan la DSIN mengadap sembah untuk mempertahankan institusi Raja Melayu. Sesungguhnya mereka tidak tahu bagaimana untuk berbicara dengan Tuanku seperti orang Melayu"

UMNO dok ingat boleh cakap ngan Sultan "Aku xsetuju".. Tu la lama sangat dengar lebong Si Kitul..

BACA buku Sejarah Melayu nak tau sapa Si Kitul nie.. Alang2 dah bukak buku Tun Sri Lanang, cari bab cite Hang Tuah tidak setuju ngan Sultan, BACA macam mana Hang Tuah menyatakan bangkangan nya kepada Sultan.. Sokong lagi PPSMI.. Bahasa sendiri xtau..

mosabit berkata...

BUKTI UMNO MENGGADAI TANAH AIR KITA

• 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

• 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

• 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

• Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

• 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

• Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

• Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

• 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

• 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

• Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

• 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.

• Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul

Tanpa Nama berkata...

Contoh negeri Pulau Pinang. 50 tahun merdeka, habis tanah milik melayu PP. Merempat di Sg Petani. Siapa yang memerintah? Tuhan beri akal untuk berfikir! Bukan suruh ikut apa yang pemimpin dok kata.

mosabit berkata...

Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

ajk cawangan berkata...

Sdr Idham,

Saya rasa gerakan penerangan masih belum tuntas kerana isu tanah ini masih digunakan oleh UMNO secara membuta-tuli untuk menipu orang Melayu.

Rata-rata penyokong UMNO tidak tahu pun bahawa sebenarnya pembahagian HAKMILIK (bukan tanah baru) tanah itu melibatkan 349 kampung tersusun (melayu), 143 kampung baru serta sedikit tanah adat orang asli. Ia melibatkan 102,000 pemegang hakmilik di kampung tersusun, dan 47,000 pemegang hakmilik di kampung baru yang rata-rata menetap di situ sejak beberapa generasi. Dari segi peratusan, 70% penerima ialah orang2 Melayu.

Tetapi apa yang dicanangkan oleh UMNO ialah ungkapan racist mereka 'bagi tanah kat Cina' dan ini sedikit sebanyak mempengaruhi orang2 UMNO yang kurang berpendidikan.

Harap ini dapat diambil berat oleh jentera penerangan.

Terimakasih

saadlebaiseman berkata...

Sudah-sudah la wahai pencacai UMNO.
Keluar la dari kepompong najis BN tu...
UMNO gagal untuk melaksanakan amal maaruf dan nahi mungkar.
Sama-sama la kita bersama saf PAS berjuang untuk mendaulatkan syiar Islam.

ALLAHUAKBAR !!!

Tanpa Nama berkata...

Tanah di Sentul di beri oleh UMNO untuk dibangunkan kepada Yeoh Tiong Lay Corporation..

Depa nak bayar pampasan pada rakyat RM300psf ++.. YTL p buat condo 30 tingkat dan jual balik pada rakyat dengan harga 300psf.. Bukan 30x ganda YTL nie untung..

Tanah siapa yang tergadai.. TANAH MELAYU

Prof. Era Pasca berkata...

tapi cuba byg kan klu guan eng bagi tanah kat melayu msti totok umno pulak bersuare batu api cina penang lak... itu guan eng di kuda PAS.. wahahah umno rasuah, rasuah umno, jahanam umno.

nizamtoha berkata...

tunggu isyarat satelit...
Satelit perlu tidak menjadi satelit Puaka

ZAMRI kecik's berkata...

minggu lepaih BN/UMNO bagi tanah kat cina.
awat UMNO diam ja?
yang PR buat salah.
yang depa buat betoi belaka.
lagak bak pendekar.
hakikatnya dayus...
dah la...
rakyat dah muak cara hangpa berkempen.
buat abis duit hangpa ja.
kalau tak mau abih duit.
nak jimat.
serah ja pemerintahan kepada PR.
senang...
duit tak abih.
masa tak terbuang.
tenaga tak luak.
tak dak pergaduhan/perbalahan...

bulih camtu!?

Tanpa Nama berkata...

umno ne dan keseluruhan ahli umno semua nya bodoh fakta.yg depa tau ape yg keluar dari mulut pemimpin mereka tu yg depa dok percaya sgt.sedang kan pemimpin umno menipu org umno sendiri kesian kat org umno memanjang kena tipu... biar kan..biar kan

Tanpa Nama berkata...

puak2 umno ni memang benak lg bebal sebab depa makn duit "politik wang"
najis tu!!!!!

daLyaanoon berkata...

meloponglah BN kalo Sultan titah YAB mengadap...

plak tu Suktan terima untuk bubarkan DUN...hmmm...

al-mautlah!!!

Tanpa Nama berkata...

menang pas kg tergadai> Nak gadai apa dh terjual semuanya semasa U meno bn dulu.tinggal ketapi tanah melayu, utusan mlayu jelagi dik oi...

Tanpa Nama berkata...

Seluruh bukit gantang sekarang dah menderhaka... aper nak yang nak dikate sekarang....

Amri Mat Saaid berkata...

yuppp sdra AJK Cawangan

itulah kami para bloggers dok bising masa seminar kat SUK sebelum Kerajaan PR di rampas ari tu, Jentera Penerangan macam tak berfungsi. Bnayak dasar dan aktiviti Kerajaan PR masa tu tidak diketahui oleh rakyat.

Tanpa Nama berkata...

betul..betul pr betul, bn pembohong mamak mahafiraun

Tanpa Nama berkata...

agak-agaknya dapat balik tak PR dlm PRU nanti?

Tanpa Nama berkata...

TP hari ini bl aku ke sekolah...rata-rata pelajar tau aku org kuat UMNOO kutuk kekalahan UMNO dan nasihat aku masuk PAS. Majoriti budak sekolah dah "masuk PAS". agaknya PRU nanti macamana....ROZEZ

Tanpa Nama berkata...

Salam sahabat, lg satu yg tinggal baju melayu. Nasib baik tang tu memang tak boleh gadai, kalau boleh gadai apa yg tinggal hanya 2 biji telo yg tergantung. fikir2kan lah

Tanpa Nama berkata...

mereka x tahu yang rakyat tngok org umno mcam Org gilaaaaa..umno da x waras..mane boleh orang gila menanggg..huhuhu

Tanpa Nama berkata...

walau siapa siapa yang menang pun bersyukurlah kepada allah, semuga negara lebih aman dan makmur.. tapi janganlah tulis ikut perasaan, kata kata kesat, maki dan sebagainya tidak menguntungkan kita, tulisan / pendapat yang beretika lebih baik dan dapat dikongsi bersama.

Tanpa Nama berkata...

memang dasar umno kalau kalah tu kalahlah,mengaku je lah memang keras pedal org2 umno, kampong tergadailah,melayu akan hancurlah,tak membangunlah memang sial lah kutu2umno ni. TAHNIAH PAS AND PKR DENGAN UCAPAN TERUSKAN PERJUANGAN ANDA BELALAH NASIB PRIBUMI KITA harap umno malaysia ni dia jual kat singapore suatu hari nanti.

Tanpa Nama berkata...

Drs,Kemenangan ini mememecah tembok perkauman.Uslub dakwah yg dibawa PAS dgn penampilan Ir Nizar amat manusiawi.PR berjaya mengandingi tiga partai siasah yg kerap disalaherti seia sekata memperjuangkan keadilan demi generasi mendatang.PAS for ALL.Semarak kasihsayang serta ehsan sesama insan. Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

taniah PAS menang di Bukit Gantang,kalau lah calon di Bukit Selambau pun parti PAS kan bagus....biar org. MELAYU je... saya harap lain kali di sungai petani letak la calon MELAYU....

Tanpa Nama berkata...

puak2 amNO ni, mesti dapat rasuah dulu, baru gadai ! Bukan saja2 bagi wooooi. bagi kat raayat dapat apa? rasuah...rasuah...mesti rasuah itulah amNO dulu kini selamalamanya.

haji al ekedahi berkata...

Sapa yang gadai Singapura kat Lee Kuan Yew?
Sapa yang gadai Tulisan Jawi ?
Sapa yang gadai bantuan utk Sekolah Agama Rakyat?
Sapa yang gadai biasiawa ke Universiti utk anak2 Melayu?
Saya yang gadai Bahasa Melayu utk menjadi Bahasa Pengantar Pendidikan Sains dan Matematik?
Saya yang gadai tanah org2 melayu Pulau pinang utk dijual kepada Tauke2 Cina MCA?

ZAMRI kecik's berkata...

keretapi tanah melayu & baju melayu tu masih kekal lagi.
tapi utusan melayu mana ada dah.
dah jadi utusan malaysia dah pun...
abih semua umno/bn jahanamkan melayu ni.
rugi la sapa jadi melayu.
jadi islam lagi baik...

nekadislam berkata...

Umno malu guna nama PEKEMBAR kakakaka Pekembar ke pekumbuq ke tak ku buloq

Tanpa Nama berkata...

Peminmpin2 UMNO dari peringkat cawangan hingga ke peringkat Menteri semua berlumba2 buat harta. Harta mereka menimbun2 & kita rakyat miskin khususnya org Melayu hya mampu pakai Saga 1.3 je dan itu pun x mampu nak pakai hari2 sbb x mampu nk tuang pertol. Pergi kerja pakai moto buruk je...

Hee...heee... org Melayu mudah lupa.

Orang UMNO jijikkkkk... wekkkkkk...

Tanpa Nama berkata...

orang umno sebenarnya telah dijajah oleh pemimpin mereka, hinggakan fakta tidak perlu, kerana bagi mereka pemimpin mereka maksum, bukan lagi setaraf wali tapi sama taraf rasul. Mereka pasti melenting kalau kita bagitahu orang cina, india dan lain-lain yang jadi rakyat Malaysia ialah kerana kegilaan UMNO untuk berkuasa memerintah dan merompak harta dan hak rakyat Malaysia. Mereka yang bagi warganegara pada bangsa lain, tapi mereka tidak pernah terfikir untuk keadilan. Senang cakap untuk makluman, Umno menang dan terus memerintah, bukan kampung je tergadai tapi dengan engkau, anak engkau, cucu engkau, bakal cicit engkau, bakal cuit engkau dan seterus keturunan yang lain akan tergadai malah terus dilacurkan.

AJK Cawangan berkata...

Saudara Kulop Besar,

Jentera penerangan yang tidak berfungsi ialah pemerihalan masalah (problem statement). jadi, apakah penyelesaiannya ?

Tidak wajar jika masa hanya dipenuhi untuk memberi cadangan kepada UMNO bagaimana memperbaiki parti mereka (ini bukan kerja kita).

Kerja kita ialah bagaimana kita memperkemaskan jentera di semua peringkat. Kalau seseorang penjawat itu tidak berkesan, wajar ia digantikan. Lihat kisah Sultan Muhammad Al-fatih.

Kita mahu orang yang boleh buat kerja. Bukan hanya memanaskan kerusi. Alangkah baikknya jika tukang bagi komen sebaris (one-liner comments) disini dapat kita upgrade jadi aktivis. Juga setiap cawangan dapat kita optimumkan keberkesanan setiap ahli.

Ini bukan kerja main-main.

Kulop, I'll be in Perak in a couple of days this month. Hope we can sit down for laksa kuala.

Tanpa Nama berkata...

Hoi UMNO bangang..Sapa yang bagi Temasik kat Lee Kuan Yew tu..Kalau tak UMNO celaka tu..

Tanpa Nama berkata...

buat penyokong amno, sedarlah anda telah, sedang dan masih di KALDAI kan oleh pemimpin anda,jika anda tidak berubah anda akan jadi KALDAI SEUMUR HIDUP, tak malu ke? anda semua bertungkus lumus....dapat basikal jea, pemimpin anda buat2 garu kepala jea...dapat $RM,$RM dan $RM lg...kaya tu...ada depa bg kat hangpa? tadak pun..yg depa bg basikal, anak ayam dll tu semua dari duit rakyat. Bila kalah jea depa ckp rakyat tak kenang budi...rakyat tu sape? hangpa la jugak...nampak sangat depa tak ikhlas, udah la tu, jgn teruskan hidup hangpa sbg mangkuk ayun yg bodoh lg bebal terlampau

Tanpa Nama berkata...

Keputusan kemenagan Saudara YB Nizar MB Perak yang dihormati dan disanjungi tinggi oleh semua lapisan penduduk Perak adalah bukti bahawa rakyat perak setia pada PKR.I hope DYMM Sultan Perak will veiw this winning as a referendum of the people and agrees to "bubarkan" the state assembly for a fresh election.The people of Perak had enough of this politics please do something Tuanku.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kepada petugas PR diatas kejayaan 2 Bukit.
Takziah kepada BN yang kecundang 2 Bukit
Tahniah kepada BN diatas kejayaan mempertahankan Batang Ai,
Takziah kepada PR kerana tidak dapat rampas Batang Ai.
Bn dan PR mestilah kena kerja lebih kuat lagi untuk mendampingi rakyat. Jangan selepas ini batang hidung pun tak nampak, bermuhasabah lah semuanya. untuk kebaikan rakyat dan negara.

Tanpa Nama berkata...

Kaum melayu haruslah balik kePAS sebab parti yang lain itu hanya pandai kira duit untuk kroninya, kerja penting langsung tak minat.Selalu cakap orang lain hinalah,derhakalah,buat orang melayu marahlah,jangan main apilah dll.....macam dia orang yang sempurna yang lain semua sampah

hjbard berkata...

Ampun Tuanku,
Sehubungan dengan itu patik dengan rendah diri memohon jasa perkenan dari Tuanku pertimbangkanlah keputusan Persidangan DUN Perak pada 03 Mac 2009 yang lalu untuk membubarkan DUN Negeri Perak

hjbard berkata...

Ampun Tuanku,
Sehubungan dengan itu patik dengan rendah diri memohon jasa perkenan dari Tuanku pertimbangkanlah keputusan Persidangan DUN Perak pada 03 Mac 2009 yang lalu untuk membubarkan DUN Negeri Perak

hjbard berkata...

Ampun Tuanku,
Sehubungan dengan itu patik dengan rendah diri memohon jasa perkenan dari Tuanku pertimbangkanlah keputusan Persidangan DUN Perak pada 03 Mac 2009 yang lalu untuk membubarkan DUN Negeri Perak

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah atas kemenangan PR... orang yang celik tapi buta adalah orang yang telah dijajah hati dan minda mereka oleh pemimpin mereka yang menyeleweng, Umno menang melayu tergadai, Islam terlacur, Malaysia lebur.

Anonymous berkata...

Memperjuangkan agama..kekal
Memperjuangkan bangsa..sementara jer

Unknown berkata...

salam.tahniah untuk semua.kekalkan kemenangan untuk rakyat.saya menjangkakan kemenangan majoriti melebihi 5000 undi,mengikut perkiraan awal kita memang dapat.
walaubagaimanapun kita dah menang dengan pertambahan undi,cuma yang sedih maseh ada orang melayu buta perut,terutama kawasan terong.Jumpa lagi........

Tanpa Nama berkata...

di aloq staq depa gandai kat Tesco dari yahudi tu...

Tanpa Nama berkata...

DASAR OTAK MATEMATIK DALAM BAHASA INGERISH.
TAK RETI NAK KIRA 50 TAHUN UMNO/BN YANG MEMERINTAH DAN DAH BANYAK TANAH DIGADAI. SINGAPURA DAH DISERAH KEPADA CINA.

11 BULAN PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH TAK SAMA DENGAN 50 TAHUN.

PATUT LA KALAH

hero tua berkata...

pas memerintah kelantan dah hampir 19 tahun, tanah kelantan x laku nak gadai......

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah kalau berita ini betul DS Nizar di titah ngadap paduka Sultan kita doakan ada perkhabaran yg baik buat PR...buruk buat UMNO/BN. Depa mmg takut jika sekiranya DUN dibubarkan, biar rakyat yg menilai siapa yg mereka suka UMNO/BN kah? atau Pakatan Rakyat. PM Najib tentu panas pungkuk di saat ini apakah keputusan paduka sultan. Semoga Allah buka pintu hati paduka sultan supaya dibubarkan DUN senang aku nak balik ngundi lagi tak puas hati DUN BG SERAI kalah. KULA'AN yg badiam di PTJAYA.

~Belalang Cyber~

addin berkata...

Pastikan UMNO BN pupus di muka bumi selepas PRU Ke 13!

Tanpa Nama berkata...

a ah ler aper-aper ajer ler deme org-org UMNO dengan slogan i.e."Pohon Restu Rakyat" ler, kan ker org Melayu dah menangkan deme dulu lagi... lebih 50 tahun keme rakyat terjajah dibodohkan oleh bangsa sendiri yang pemimpinnyer cam "Melayu yang Leka, Giler Kuase" ... porah! Time up brader..pegi ler muhasabah dulu dengan ikhlas pasti kome tau kebenaran ..ader ler tu silap tang memaner tu... "tak Hilang Melayu Di Dunia" insyaAllah..hilang UMNO kuase dapat ke PAS insyaAllah keme leh jage Melayu Islam semue bangsa rakyat pon.

saidi74 berkata...

UMNO & BE END ibarat taik lembu....kita hati2 jangan terpijak taik lembu itu. DI SK Air Puteh semalam pun yg banyak undi BE END tu saluran 1 (Org yg dah tua...dah x boleh nak tarbiah dah...depa kata apa, makcik ni saaampaiii biilaa2 puuun sokongggggg be end)ada kemungkinan besar next election depa ni dah takda dah!
Yang muda/budak pula jenis periksa PMR pun tak lulus.Hati2 jgn terpijak taik lembu!

Tanpa Nama berkata...

UMNO = United Munafik National Organization

sape nak ikut.......fikirlah sendiri

iwawan berkata...

akhirnya tuanku mendapat gambaran sebenar setelah keputusan memihak pr. Daulat Tuanku

Tanpa Nama berkata...

Wahai org2 melayu!
kita akan tergadai semuanya kalau kita masih leka dengan tidak bekerja keras,
org Cina bekerja sehari 10-12 jam ada yang 14 jam sehari.itu pun nasib ada Cina yang Islam kalu x ada habislah melayu/Islam kerana masih leka berpolitik tidak bekerja keras saperti org2 Cina. ORG CINA BEKERJA/BERPOLITIK ADA MASA MASANYA MEREKA BERKIASU UNTUK MENDAPATKAN HAK X KIRA APA ANUTAN MEREKA.
Salam!

ZAMRI kecik's berkata...

mana faktanya 'hero tua'?
sapa yang cakap camtu?

Unknown berkata...

BN kalah, Salah siapa kali ini?
Pak Lah dah turun, takkan nak salahkan Pak Lah.
Dakwaan selama ini yang mengatakan orang tak suka UMNO dan BN adalah kerana Pak Lah sudah tidak boleh pakai lagi.
Pak Lah telah jadi lembu korban orang UMNO, tapi UMNO tetap kalah juga.
Jadi kekalahan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau hendak salahkan siapa. Adakah kerana orang tidak suka sebab Najib jadi PM?
Atau adakah Mahyudin Yassin yang salah kerana telah mendesak Pak Lah turun dari PM?
Atau adakah Mahathir yang salah kerana menyibuk berkempen, dia lupa orang Melayu sudah tidak suka dengan dia? Dia hanya lebih perasan.
Jadi sapa nak jadi lembu korban UMNO kali ini? Yang pastinya Najib tidak akan sanggup hendak menghulurkan lehernya untuk disembelih.

Rasanya Najib perlu membubarkan parlimen untuk mendapat mandat rakyat yang sebenar.

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak ambil tanah rizab Melayu untuk dibangunkan, itu kena libatkan pemiliknya sekali; hak miliknya kekal dan tanah tu cuma disewa katakan mengikut kontrak 20 tahun dengan syarat sewaan dirunding bila tamat pusingan.

ini bukan, trus ambil dan kasi tauke besar, mane boleh, orang dapat tanah dari moyangnya takkan tetiba dikebas dan diserah begitu saja. orang bodoh saja setuju dengan dasar itu.

Tanpa Nama berkata...

ni peluang baek nk bubar dun..

awas berkata...

tomaham demi tomahan bn2umno kepada pakatan tapi tak menjadi kerana apa kerana kita pakatan
lagi ayat AL QURAN diturunkan kepada seluruh manusia kerana ia adalah kebanaran yg nyata dan hanya manusia bersumpah untuk mendapatkan kebenaran tampa ilmu agama maka itu sumpah kosong jangan jadi orang2 menipudaya sedangkan mereka itu tertipu atas kebodohan sendiri

atzmand berkata...

dalyaanoon cakap:
meloponglah BN kalo Sultan titah YAB mengadap...
plak tu Suktan terima untuk bubarkan DUN...hmmm...
al-mautlah!!!
----------------------------------------
teman setuju bebenor dengan pendapat dalyaanoon.
hatta kalo PRU13 nanti diletakkan orang asli bertanding tiket PAS kat bkt gantang pun teman raser bulih menang. insyaAllah.

MUJAHID IPOH berkata...

PENGUNDI BUKIT GANTANG PANDAI
PILIH PAS UNTUK MENANG
KAMPUNG MELAYU TERGADAI
ANGKARA UMNO YANG BANGANG

atzmand berkata...

kalo panglima bukit gantang masih hidup, agak2 kome la.. sape dia pangkoh.. bulan ke dacing?

Malaysian-2Day berkata...

Adakah dengan kemenangan di BUKIT GANTANG tu, maka korang ingat satu Malaysia menyokong korang? PR belum bersedia untuk memerintah sebuah negeri, inikan pulak nak memerintah negara. Nizar telah gagal menunjukkan kepimpinan nya sebagai MB di Perak. Peluang yg ada di habiskan dengan melayan kehendak DAP. Tahniah kerana menang di Bukit Gantang, tapi orang Melayu sejati di Perak tak kan dapat menerima NIZAR sebagai MB Perak semula!

Tanpa Nama berkata...

Siapa orang melayu,umno,pas,pkr,siapa yang gila kuasa umno,pas pkr,siapa yang mahu kuasa.umno,pas ,pkr atau..... melayu tuduh melayu,
melayu akan layu baru padan muka melayu,selagi bernama melayu ingatkAN PERKATAAN INI, DIA CUKUP SUKA KALAU MELAYU SUKA DUIT.

Tanpa Nama berkata...

6;25 tidak baca punya orang kesian dia

Tanpa Nama berkata...

Sapa yang gadai Singapura kat Lee Kuan Yew?
Sapa yang gadai Tulisan Jawi ?
Sapa yang gadai bantuan utk Sekolah Agama Rakyat?
Sapa yang gadai biasiawa ke Universiti utk anak2 Melayu?
Sapa yang gadai Bahasa Melayu utk menjadi Bahasa Pengantar Pendidikan Sains dan Matematik?
Sapa yang gadai tanah org2 melayu Pulau pinang utk dijual kepada Tauke2 Cina MCA?
Sapa yang suruh yop perak pi tinggal kat parit,dinding,lumut,buta, lahat,lekiu & pankok?
Sapa yang sewa mat indon join demo bantah lantikan zombie kek kola kangsar?

Tanpa Nama berkata...

ZAMRI KECIK'S!
Mari kita lihat org Cina berniaga antara 1000-2200, org melayu 0900-1800 itupun dah lama dah....
sebelum org cina buka kedai jam 1000, mereka telah bangun sebelum jam 0600 lagi,bukan p subuh, mereka p berjogging sambil bertukar2 fikiran sesama kekawan.
org melayu terus buka kedai jam 0900 selepas subuh, kesihatan terabai, jam 1800 tutup kedai
kerana hendak berjemaah magrib/berehat.
"INI SEBAHAGIAN CERITA KUAT BEKERJA ORG CINA"

"kuda tua atas orat"

Cucu Megat Terawis berkata...

UMNO kini menungu masa sahaja untuk rebah. Kalau rakyat betul-betul bangkit, tak payah nanti PRU13.
Idea DSAI untuk buat kejutan patut disegerakan. Jangan benarkan UMNO terus-menerus membuat dosa terhadap Islam, Bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya...

Tanpa Nama berkata...

Negara tergadai?

Oh, ya...Batu Puteh tergadai...

Besok2 Tambak Johor tergadai...pastu satu Johor plak...

Last2 satu Malaysia tergadai...

Wakakaka....

Tanpa Nama berkata...

megara tergadai? mana ada?

Oh, ya... mula2 batu puteh tergadai...
besok2 plak tambak johor tergadai...
pastu satu johor tergadai...

Last2 satu mesia tergadai...

Wakakaka....

Tanpa Nama berkata...

dengan adanya spesis macam ni lah telah membuktikan jatuhnya negara kita suatu masa dulu ke tangan penjajah...melayu yang tak mau dan tak reti2 nak berubah.main sokong je walaupun dan terbukti jelas umno tu dah tak berguna lagi..

Tanpa Nama berkata...

puak-puak BN ni hanya pentingkan perut masing-masing. Perut membuncit sebab cacing kat dalam gemuk-gemuk makan rasuah. meka ni buat bebal, janji kenyang... dek terlalu sebok mengejar keuntungan dunia, lupa tanggung jawab mereka pada negara, pulau tergadai, wilayah iskandar pun dah jadi mcm rakyat singapura punya. haprak!!!