03 April 2009

Respon arahan JAIP : Kami akan terus pakai mesjid dan surau

Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) kelmarin mengingatkan ahli-ahli politik tidak menggunakan masjid dan surau untuk memberi ceramah politik.

Dalam kenyataan itu mengatakan ini amat bertentangan dengan status dan kedudukan masjid dan surau yang mulia sebagai rumah Allah. Amalan ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang-orang Islam sendiri, katanya dalam satu kenyataan dengan menggunakan nama Pengarahnya sendiri.

Namun saya berkeyakinan arahan ini adalah arahan dari UMNO bukan dari Pengarah Jaip sebagaimana yang didakwa.

Demikian lah episod-episod yang menampakkan demokrasi semakin sempit dan semakin terhakis dengan beberapa tindakan seperti di atas dalam PRK Bukit Gantang.

BN dan UMNO sangat takut untuk menghadapi Pakatan Rakyat. Walaupun mereka mempunyai pelbagai saluran untuk menyampaikan malkumat melalui media cetak dan elektronik milik rakyat yang disalahgunakan namun mereka masih takut dengan gelombang maklumat yang disampaikan oleh Parti PAS dan komponen PR yang lain walau pun ianya bersifat agak tradisional seperti ceramah dan khutbah.

Sebab itulah kebimbangan ini cuba dihalang dengan arahan dari JAIP, namun saya berkeyakinan ia tidak akan memeri apa-aoa kesan dan ianya akan tetap diteruskan.

Kenapakah cuba menghalang, bukankah UMNO juga kononnya memperjuangkan Islam dan pemimpinnya pernah mendakwa adalah parti Islam yang ke dua terbesar di dunia, gunalah mesjid dan surau seperti yang PAS gunakan. Itupun apa yang berlaku dimesjid Simpang pada malam selepas penamaan calon membuktikan UMNO juga guna mesjid.

Islam tidak dapat dipisahkan dengan mesjid sebagaimana Islam juga tidak berpisah dengan politik. kerana itu arahan itu adalah arahan "bodoh" yang tidak akan kami patuhi.

6 ulasan:

Unknown berkata...

assalamualaikum...bismillah... alhamdulillah..
UMNO sekarang sudah tidak faham peranan masjid kepada umat islam, PAS adalah parti yg memperjuangkan islam, jadi politik PAS tidak dapat dipisahkan daripada masjid,surau, al-quran dan sunah Rasulallah, dosa dan pahala di titik beratkan oleh parti PAS. UMNO hanya memahami masjid adalah tempat untuk solat jumaah dan majlis bacaan yasin sahaja, cuba kita lihat kepada sirah Rasulallah, masjid merupakan simbul penyatuan umat islam dan baginda juga mengunakan masjid sebagai tempat untuk menyatakan kebenaran kepada umat islam pada masa itu, sumbangan masjid pada zaman itu amatlah besar kepada perkembangan politik Islam dan perkembangan ajaran islam amnya. Jika UMNO berpendapat masjid tidak boleh digunakan sebagai tempat berpolitik, saya rasa UMNO memang jahil serta zalim kepada umat islam. Kembali pada sirah Nabi junjungan, baginda bukan sahaja berpolitik di dalam masjid bahkan baginda perpolitik di hadapan Kaabah.
Apa yang dapat saya simpulkan di sini adalah parti UMNO adalah sebuah parti yang takut kepada politik islam dan munkin tidak suka kepada politik islam.
Saya menyokong PAS bukan kerana namanya Parti Islam Semalaysia... Tapi saya menyokong PAS adalah kerana dasarnya yang jelas untuk mendaulatkan Islam(Alquran&Alsunnah) di dalam segala aspek kehidupan... Ingatlah wahai insan sesungguhnya azab Allah itu amat pedih...

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum,
Syabas YB !! Teruskanlah perjuangan anda dengan menegakkan yang benar!!.

Sungguh memualkan arahan larangan berpolitik dalam masjid/surau itu.. Nyata UMNO ini berfikiran sama seperti Penjajah Briitish laknat
satu masa dahulu! Tapi tak pa lah, Si British tu memang tak faham fungsi masjid dalam kehidupan seseorang Islam sebab mereka BUKAN ISLAM!!!

Yang geramnya orang Islam UMNO ni pulak yang sibuk nak sempitkan fungsi masjid itu.

Entahlah...apa dah jadi pada pemimpin-pemimpin Islam kat Malaysia nih..

Kenapalah lambat sangat PRU13, rasa dah tak sabar nak hukum mereka (UMNO) atas kertas undi.

"YA ALLAH BERILAH KEMENANGAN ATAS MEREKA-MEREKA
YANG IKHLAS MENEGAKKAN AGAMA MU " AMIN.

Tanpa Nama berkata...

dengar cerita biro agama umNO dah sebarkan arahan supaya baca teks khutbah menyokong umNO di Bkt Gantang

Tanpa Nama berkata...

kalau kita buat kuliah tentang halal haram..pemimpin yang zalim..buka kitab sirah..pasai kita nie orang PAS..terus depa kata kita guna surau untuk tujuan politik..
tapi kalau depa buat yassin..tahlil...angkat sumpah tak bunuh..altan.....depa kata tu program kerajaan..apa punya bangang UMNO nie..
aku sedih jadi orang johor pasal orang johor nie masih buta hati lagi tak nampak kebaikan -prjuangan Islam..apa pun YB kami di johor tetap menyokong perjuangan kita di Perak...

Tanpa Nama berkata...

UMNO hanya menerima Islam selagi tidak bertentangan dengannya. UMNO hanya menerima Islam yang menguntungkannya. UMNO mendakwa penjaga kepada Islam, sedangkan sepatutnya Islam yang menjaga kita.
Begitu bacul dan dayus, jika dilihat ini adalah golongan yang hanya melihat Islam bila ada keuntungan. Untuk memperjuangkan Islam secara total adalah jauh sama sekali.
Moga Allah memberikan istiqamah kepada kita dalam perjuangan ini.

Tanpa Nama berkata...

salam

Islam merangkumi semua bidang kehidupan, termasuk politik! Mesti disampaikan pada bila bila masa dan dimana mana termasuklah di masjid masjid. Iaitu politik mendaulatkan agama Allah bukan perkauman sempit, politik bersih bukan rasuah, politik yang adil bukan zalim, politik kebajikan utk semua bukan politik kroni, politik menuju ke jalan lurus bukan politik sesat, politik matlamatnya akhirat dan dunia bukan politik kebendaan dunia semata mata.