Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
ahmadtajol@hmetro. com.my
SUBANG JAYA: Gara-gara tertinggal kunci rumah, seorang pelajar sebuah kolej swasta di sini maut apabila terjatuh dari tingkat 14 balkoni rumahnya ketika cuba membuka pintu dalam satu kejadian di Kondominium Suriamas, dekat sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa yang berusia 18 tahun, dikatakan baru pulang ke rumahnya bersama seorang kenalan.
Namun sebaik tiba di kediamannya, mangsa baru menyedari dia tertinggal kunci di dalam rumahnya dan berusaha membuka pintu dengan memanjat menerusi ruang balkoni rumah berkenaan.
Jurucakap polis berkata, mangsa sebelum ini dipercayai sudah biasa tertinggal kunci di dalam rumahnya dan menggunakan cara memanjat ke balkoni rumahnya untuk masuk semula ke dalam rumah.
“Bagaimanapun, usaha mangsa untuk memasuki rumah dengan cara yang sama kali ini gagal apabila terjatuh dan meragut nyawanya dipercayai kerana keadaan simen yang basah dan licin.
“Sebaik berpaut pada tembok balkoni rumahnya, mangsa dipercayai gagal mengimbangi tubuhnya sebelum tergelincir lalu jatuh ke parkir kondominium itu,” katanya.
Mangsa mati serta-merta di lokasi kejadian berikutan kecederaan parah pada kepala berikutan impak hentakan yang kuat.
Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

1 ulasan:
Innalillah. Alfatihah
Catat Ulasan