15 April 2009

SMS kata ADUN PR sakit : Alhamdulillah semua kami sihat.

Sejak masa kempen di Bukit Gantang saya mula menerima SMS dan pangilan talifon dari teman seperjuangan jauh dan dekat menanyakan adakah benar MB Nizar sudah kena santau dan sedang di rawat oleh Dr. Harun Din.

Beberapa hari lepas ada yang bertanyakan saya mengenai benarkah MP Bagan Serai, Hj. Mohsin Fadli sakit dan sudah masuk ICU.

Hari ini saya menerima beberapa panggilan talifon yang menyebut ADUN yang lain sakit pula. Sekali ini mereka bertanyakan benarkah SMS yang mengatakan ADUN Selingsing, Hj. Hussin Din dalam keadaan tenat dan dikatakan otaknya sudah tidak berfungsi.

Malam ini saya menerima berita lain lagi mengatakan ADUN Gunung Semanggol sakit.

Itulah berta-berita angin yang menyebut kami dalam keadaan sakit, namun Alhamdulillah semua kami Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat dalam keadaan sihat. Khususnya bagi ADUN PR Perak mereka dalam keadaan sihat dan sedang menunggu pembubaran DUN pada Mei depan dan kalau tidak ada aral melintang pada bulan Jun ada Pilihanraya peringkat DUN di Perak.

Saya tidak tahu bagaimana puncanya sehingga tersebarnya macam-macam sms mencerita dan bertanyakan kami sakit. Kemungkinan yang saya dapat jawab ialah sifat sayang yang berlebihan kepada mereka sehingga sangat perihatin sehingga sangat sensitif mengenai kesihatan ADUN berkenaan.

6 ulasan:

soklan berkata...

alhamdulillah semua selamat, tu la saya pun dok baca kt dlm blog kata 3hari sebelum PRK BG, MB Nizar kena buatan org lah..merapu saja..

semoga drs. dan adun PR sentiasa sihat menjalankan tugas.

doublea berkata...

ya salam...
awatla yang depa rajin dok sms cerita palsu...
'ala kulli hal, semoga ALLAH lindungi....
Allahhuyahdeena wa yahdeehim,

paloi bin mulau berkata...

konon2 puak yg buat cerita lawak ni nak bagi tau rakyat perak, sakit2 ni akibat melawan sultan hehehehe

Hasmah Markom berkata...

Assalamualaikum,
Kami mendoakan kesihatan terbaik untuk YB2 semua.....Amin!

Hasmah Markom berkata...

Assalamualaikum wbt,

Saya mendoakan kesihatan dan keselamatan YB2 semua, moga Allah melindungi daripada segala mehna dan aniaya manusia durjana! Amin

Tanpa Nama berkata...

Sihat demam semuanya dari Allah Taala