31 Mei 2009

AHLI-AHLI UMNO PENANTI AKAN MENGAJAR PEMIMPIN MEREKA

"Kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding, kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman. "Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam. "Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," katanya lagi. Di samping itu, katanya, tindakan tidak keluar mengundi itu boleh mengurangkan rasa sombong PKR yang didakwanya mengambil mudah terhadap pengundi."~~Sumber KLPOST/Malaysiakini.

Saya ingin mengambil sedikit petikan di atas untuk renungan kita bersama. Terbukti Umno tidak pernah berubah dan tidak akan berubah. Sifat suka menjadikan ahli-ahlinya seperti `kerbau dicucuk hidung' dan sikap menunjukkan kuasa serta tidak memperdulikan nasib rakyat menjadikan Umno kini parti yang ditolak rakyat. Kepimpinan Umno sudah berubah, tetapi Umno bukan semakin kuat dan berani, bahkan Umno semakin penakut, jiwa yang terlalu lemah, tiada semangat, dan teramat malang sekali pemimpin mereka yang bersikap sedemikian mahukan juga penyokong mereka menjadi seperti mereka.

Apakah ahli-ahli Umno masih sanggup menerima Umno di dalam keadaan sedemikian? Di Dun Penanti, pertaruhannya adalah nasib rakyat. Mereka perlu diwakili oleh pemimpin yang boleh menyelesaikan masalah mereka. Pejuang yang berani tidak akan takut berhadapan dengan sesiapa jika ikhlas untuk berbakti kepada rakyat. Mengapa Umno tidak sanggup menjadi di antara pemimpin yang boleh dipilih sebagai Wakil Rakyat di Dun Penanti? Tidak lain tidak bukan ianya hanyalah semata-mata untuk menjaga air muka pemimpin Umno itu sendiri. Pemimpin seperti ini tidak memperdulikan nasib rakyat asalkan maruah peribadi mereka terpelihara. Rakyat menjadi mangsa akibat mainan politik pemimpin Umno yang penakut ini. Tetapi rakyat di Dun Penanti harus bangun untuk membuktikan kepada pemimpin Umno, katakan pada pemimpin Umno bahawa jika Umno tidak mahu membela nasib kami , kami akan mencari `tuan' lain yang sanggup berjuang untuk kami.

Memang benar mungkin datuk nenek moyang ahli-ahli Umno dahulunya meyokong Umno, tetapi ketika itu bagaimanakah wajah Umno? Apakah sama dengan wajah Umno sekarang? Presiden Umno Tunku Abdul Rahman dan Tun Husein juga merupakan pejuang Umno tetapi akhirnya kedua-dua tokoh besar Umno ini meninggalkan Umno kerana telah melihat Umno bukan lagi pembela nasib Melayu jauh lagi sebagai pembela kepada agama Islam. Pengundi-pengundi di Dun Penanti mesti berani untuk menegur pemimpin mereka yang masih lena dibuai keegoan. Apakah tanpa Umno, pengundi-pengundi akan mati kekeringan? Buktikan bahawa tanpa Umno kamu masih boleh hidup kerana masih ada pemimpin yang berani membela nasib kamu.

Percayalah, jika semua pengundi-pengundi di kalangan ahli Umno yang turun beramai-ramai dan melakukan undi protes dengan menyokong calon PKR, sudah tentu pemimpin Umno yang penakut ini akan dapat belajar betapa bukan semua ahli Umno itu penakut sepertinya. Jika terdapat tawaran berapa banyak sekalipun, jika ada rombongan percuma ke mana-mana sekalipun, dan jika ada imbuhan untuk membeli belah yang ditawarkan, lupakan semua itu. Jangan kerana kebendaan dunia yang sedikit itu bakal menjual maruah diri. Renungkan seketika, apakah dengan semua tawaran itu akan dapat menyelesaikan segala permasalahan rakyat di Dun Penanti? Bagaimanakah nasib anak cucu kita sekiranya kita sendiri terlalu mudah menjual maruah harga diri? Jadilah kita manusia yang berakal dan berfikir dan bukan menjadi `lembu yang dicocok hidung' untuk disembelih.

Di dalam PRK Dun Penanti ini adalah merupakan satu peluang buat ahli-ahli Umno untuk menghukum pemimpin mereka yang penakut itu. Sokongan terhadap PR tidak akan merugikan sesiapa kerana PR lebih mengutamakan rakyat dari pemimpin. PR sanggup berkorban sekiranya rakyat tidak berpuas hati di atas tindakan atau khidmat mereka. Contoh terbaik, bekas Adun Penanti Fairus tidak merasa tamakkan jawatan dan suka rela melepaskan kerusinya apabila melihat dirinya seperti gagal memenuhi cita rasa rakyat di Dun Penanti. Apakah ada pemimpin Umno yang bersikap begitu? Kepada semua pengundi, keluarlah mengundi dengan hati yang tenang dan fikiran yang terbuka. Persetankan hasutan mereka-mereka yang mahu menyusahkan kamu kerana mereka-mereka yang menghasut itu kini senang lenang dengan sokongan kamu kepadanya dahulu. Kini, masa untuk berubah.

Email diterima 30/5/2009,
WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

ninja97 berkata...

ayuh!!!!! ini adalah bunga-bunga kemenangan pakatan rakyat!!!!!allahuakbar....

ubatkuat berkata...

assalamualaikum buat muslimin dan muslimat..

ikhlas saya nak ulas atas tajuk ni dari pandangan saya je dan saya bersedia di kritik jika ianya tak relevan

seperti yang ada telah baca mengenai ulasan puak2 umno ni yg tak akan keluar mengundi di dun penanti OLEH TIMB,PENGERUSI UMNO PENANG,,saya takut ini hanyalah helah dan tipu daya mereka je nak melalaikan kita dan usaha jahat mereka nak lalaikan kempen pr,,jangan percaya bulat2 umno ni saudara ku sekelian,,ini pun satu taktik perjuangan mereka gak nak menafikan undian terhadap calon pr kita nanti,,ada ke sesiapa boleh semak keahlian 5000 umno ni kompom tak keluar mengundi???
dari satu perspektif pula,,mereka bukanlah pejuang tulen demokrasi kerana menafikan hak ahli mereka nak menunaikan tanggung jawab sebagai pengundi berdaftar yang sah,,ini ke hasil produk umno dalam jangkauan 50 tahun ni ,,matang tak dapat di di ikut ,,bebudak tak dapat di nasihat,,
kalau macam ni gak pengikut umno akan akur,,korang pikir lah sendiri wahai penegak bangsa melayu

WALLAH HU ALAM...WASSALAM

kontraktorwibawa.blogspot.com berkata...

DISEBABKAN RAKYAT DAH TAK BULEH TENGOK LOGO DACING, TAKTIK DITUKAR DENGAN MENAJA CALON BEBAS SEBAGAI PROKSI. KALAU MENANG, BOLEH JADI YB BEBAS YANG MENYOKONG UBN.

SEGALA KELENGKAPAN AKAN DIBANTU TERMASUK MEDIA DAN PERBELANJAAN KEMPEN. CALON BEBAS LAIN TAK DITAJA MELAINKAN DIPERALAT UNTUK MEMECAH UNDI PR DENGAN DUIT SENDIRI.
SEBAHAGIAN BESAR PENYOKONG KUAT UBN MUNGKIN TAK KELUAR MENGUNDI KERANA UBN TAK BERTANDING.

SEBAHAGIAN BESAR PENYOKONG PAS JUGA MUNGKIN TAK MENGUNDI KERANA TERASA HATI ANGKARA KESOMBONGAN PKR. YANG KELUAR MENGUNDI CUMA PENYOKONG PKR YANG DAH TERKELIRU ANTARA 'KEBENARAN' KAK MIN DAN KEWIBAWAAN PARTI PKR.

DI SINI LAH PERANAN CALON BEBAS YANG AKAN MEMECAH UNDI PKR, DITAMBAH LAGI DENGAN KUNUNNYA ADA TAKTIK PROGRAM 'MELANCONG' DI HARI MENGUNDI. DENGARNYA, RAMAI YANG DAH MUAK DENGAN PKR. BARANGKALI KEGEMILANGAN DI BATANG SUDAH MENANTI DI PENANTI..

Tanpa Nama berkata...

betui betui saya sokong..... BN pi mai pi mai dok lagu tu jugak...cemuih...ghimaih la woi..hang pa nak buat lagu mana lagi...........

Tanpa Nama berkata...

hahaha...x ikut arahan,lepas ni x merasa nk dapat kain pelekat,beras,gula,kopi,teh,ayor sirap....mg diorang mcm kerbau d cucuk hidung....bodoh punya kerbau...

musafirlalu berkata...

Terima kasih kepada wfauzdin.blogspot kerana memberi ulasan yang panjang lebar dan mantap.Saya tiada apa-apa yang nak dikomenkan kerana jawaban yang saudara beri sudah cukup dan bernas.

Satu sahaja nasihat saya kepada pengundi Penanti,keluarlah mengundi dan tunaikan tanggungjawab anda dalam memilih calon yang terbaik.SELAMAT MENGUNDI.

Tanpa Nama berkata...

Aku betul-betul nak kata di sini, kalau umno bn ambil alih Pulau Pinang ramai perniagaan sampingan tak boleh cari makan sebab apa tau tak....sebab stall burger kat tepi jalan yang orang melayu tengah masak burger termasuk jual air bungkus dan juga apek-apek cina jual pau dan juga kaum india jual putu mayong kat tepi jalan akan sapu habis oleh majlis daerah sebab tiada lesen, inilah pemikiran kerajaan. Sekarang Pulau Pinang di pimpin oleh PR sesiapa pun boleh buat perniagaan sampingan kat tepi jalan tak kira di Pulau Pinang ataupun luar dari Pulau Pinang seperti Butterworth ataupun Nibong Tebal tidak semestinya tunggu pada pasar malam mingguan. Maknanya kalau orang buat perniagaan sampingan pada waktu malam kat tepi jalan barang kat kedai runcit pun laku sebab barang runcit cepat jual habis seperti minyak gula disebabkan oleh perniagaan sampingan waktu malam di tepi jalan. Respek betul DAP YB Lim Guan Eng.