PULAU PINANG,28 Mei. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Parti Komunis Malaya (PKM) tidak jauh bezanya dengan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan nasionalisma.
Menurut beliau lagi tindakan yang dilakukan oleh BN selama ini adalah mirip kepada apa yang dilakukan oleh PKM.
"Jika pada zaman PKM ramai mereka yang tidak bersalah dan berdosa dibunuh dan dizalimi.Apa bezanya pada zaman ini dimana mereka yang tidak bersalah mudah dizalimi oleh pemerintahan BN. Oleh kerana itu ada persamaan antara PKM yang dahulu dan BN yang wujud sekarang. Kedua-duanya sama saja.
"Oleh kerana itu siapa sahaja yang mengamalkan fahaman nasionalisma maka ia juga adalah serupa dengan PKM yang melakukan kezaliman,pembunuhan,kerosakan dan bermacam-macam lagi ancaman pada zaman darurat dahulu sehingga ramai yang sengsara.
"Kesan yang ditinggalkan oleh PKM pada ketika itu dapat dirasai sehingga sekarang.Begitu juga dengan kerajaan BN yang mengamalkan ISA sebagai satu akta yang menzalimi rakyat yang tidak bersalah.Bukankah ini juga semacam dengan mereka."
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di Kampung Guar Jering, Penanti, Bukit Mertajam.
Dalam ceramah itu beliau juga menyentuh mengenai kedudukan BN yang semakin terancam dengan perpecahan yang begitu ketara berlaku semasa pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita lihat apa yang berlaku dalam parti PPP.Mereka mulai berpecah kepada dua presiden.Begitu juga di Trengganu yang berpecah dalam kumpulan Umno yang memerintah negeri disana.
"Di Perak juga berlaku kemelut yang sehingga ini rakyat tidak dapat menerima apa yang telah diputuskan walaupun hak rakyat untuk memilih harus diserahkan kepada rakyat membuat pilihan terbaik," katanya.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
(Siasahdaily)

5 ulasan:
BN ZALIM,KELUARGA SAYAPUN KENA. BAGI YG XKENA MEMANGLE DEPE PUJI BN TAPI KALAU KENADAH MCM FAMLI SAYA TOBATLAHOBLAH. SAYA DAH HARAMKAN BN MASUK DALAM HATINI DAN FAMLI. PIIIIIIRAH BN
doakan kemenangan PR di Penanti..Aminnn...
Aku nak memperingatkan satu perkara kepada penduduk Parit Buntar Perak. Kalau sesiapa masih tak bayar saman parkir kereta kena bayar secepat mungkin sebab miter tabung wang parkir kereta adalah hak milik swasta kalau pemilik mengadu kepada mb Perak dan mb Perak mengeluar arahan supaya mengeluarkan saman mahkamah kepada pemilik kenderaan yang degil tak bayar saman parkir kereta akan didakwa di mahkamah.
Sekarang MB Perak bukan lagi Dato Seri ir Nizar kena ingat.
selamat berjuang di penanti.
kemerdekaan negara atas perjuangan bersama rakyat malaysia tak kira dari gerakan apa pun.
bagi saya PKM adalah pejuang tulen yang menentang penjajahan jepun dan british. Maaf sekiranya pandangan saya tidak disenangi.
Catat Ulasan