Ahmad Baei Jaafar
Sehingga ke hari ini saya masih keliru dan belum mendapat jawapan yang tepat siapa di pihak yang benar. Bila mendengar kenyataan orang BN, Menteri Besarnya menuduh ADUN pembangkang menyerang mereka dan melanggar undang-undang serta mencemar kemulian dewan dan menghina institusi raja.
Bila dengar ADUN pembangkang terutama Datuk Seri Nizar, BN yang tidak menghormati undang-undang, meruntuhkan demokrasi dan membuat tindakan memalukan dalam sejarah politik negara. Adakah ini sama seperti cerita "Bangau oh Bangau", masing-masing menyalahkan lawan. Tapi yang menang BN kerana dia masih boleh memerintah.
Jelas daripada peristiwa yang memalukan ini, amalan politik amat kotor dan hina kecuali mereka yang betul-betul mengikut kehendak Allah. Politik kotor perlukan kebijaksaan bagi memutar belit. Teringat saya pada sejarah Islam ketika Maawiyah hendak naik takhta kerajaan Islam. Sayidina Ali, khalifah ke4 berada dalam keadaan tertekan, ramai yang mendesaknya supaya mencari dan menghukum orang yang membunuh Othman Affan.
Ali gagal mendapatkan pembunuh itu, dan Maawiyah yang menguasai kerajaan secara tidak sah ketika itu meminta Ali meletak jawatan dan menyerahkan kuasa kepadanya. Setelah usaha secara kekerasan menghadapi kegagalan, dibuat secara rundingan. Ali dan Maawiyah dan penyokong masing-masing mengadakan perbincangan. Keputusan yang diambil, kedua-dua meletak jawatan dan dilantik semula salah satu daripada mereka. Ali bersetuju.
Apabila Sayidina Ali meletakkan jawatan, Maawiyah yang belum meletak jawatan terus mengisytiharkan dirinya sebagai Khalifah mengganti kekosongan yang ditinggalkan Ali. Begitulah orang yang jujur, mudah dikalahkan oleh orang yang pandai main politik.
Saya tidak mahu menuduh siapa yang main politik kotor dalam kes di Perak, tidak pula nak membela siapa yang jujur sepanjang kes politik Perak ini bergolak itu. Tetapi saya nak ulas sikit drama di sebelah pagi 7 Mei itu seperti yang dilaporkan oleh media. Maaflah kalau laporan itu salah daripada yang sebenar.
Tatkala semua ahli dewan mengambil tempat termasuk speaker V. Sivakumar memerintahkan beberapa ADUN BN yang digantung keluar dewan. Mereka enggan keluar sebaliknya dibawa usul yang dibacakan oleh MB antaranya memecat speaker lalu timbalan speaker, Yit Foong (yang keluar DAP) mengambil alih tugas menggantikan Sivakumar.
Sivakumar menolak usul itu atas alasan usul dari orang yang digantung tidak boleh diterima, lagi pun katanya, dewan belum dimulakan lagi.
Bagaimanapun pihak BN mendakwa dewan dah bermula sejak speaker duduk di tempatnya. Jadi, apabila sudah bermula, usul boleh diterima dan boleh lulus termasuk usul perlantikan speaker yang baru, R. Ganesan. Begitulah bijaknya mereka bermain politik.
Saya ada juga beberapa kali hadir dalam dun dan parlimen, tapi tidak pula berkesempatan untuk melihat sesuatu usul diterima semudah itu. Biasanya setiap usul dibahas dan diadakan undi. Jadi, pemecatan dan perlantikan diterima dewan tanpa bahas dan undi. Barangkali sama seperti yang berlaku pada zaman Sayidina Ali dan Maawiyah. Bijak bijak, kita perintah dulu.

2 ulasan:
bukan bijak nama dia. tu nama dia puak haramjadah. bijak n haramjadah nie banyak beza dia. depa rampas depan mata dalam dun yang mulia - org yg buat undang2 kena tangkap ngan polis. tak ke pelik nama dia.
muawiyah pun tak sejahat depa nie. siap suruh polis bawak sivakumar dlm keadaan paksa sampai jatuh 2 kali. sungguh memalukan sistem demokrasi.
polis cuma jalankan tugas,polis cuma makan gaji,jadi terpaksa buat cam tu,kalau anda dan sesiapapun pasti sama,jaga periuk nasi...macam mana nak ikut undang2,kita d jajah oleh umno dan bn
Catat Ulasan