10 Mei 2009

ISU BERTELANJANG DI JOHOR : KERAJAAN DIMINTA SUPAYA TIDAK JADI PONDAN

Oleh : Dr Fikrah (http://drfikrah.blogspot.com)

Hari ini saya dikejutkan dengan berita yang cukup mengaibkan Malaysia. Isu tentang program reality TV, Suvivor Robinson yang diadakan di Mersing, Johor. Berita ini turut didedahkan oleh media Denmark sepertimana yang disebut di dalam Metro semalam. Apakah yang terjadi? Program Realiti TV tersebut telah mengadakan satu aktiviti berlari dalam keadaan bertelanjang bulat! Sila lihat pada akhbar Metro.

Di dalam isu ini, siapa lagi yang perlu bertanggungjawab? Adakah hendak menyalahkan pihak penganjur? Atau kita salahkan kerajaan? Apa kata kerajaan dalam masalah ini? Mereka menjawab bahawa pihak penganjur telah melanggar etika yang ditetapkan. Mereka menyalahkan pihak penganjur sedangkan apa yang dilakukan setakat ini hanya “bising” di akhbar sahaja!

Saya mempersilakan kepada kerajaan untuk menyaman pihak penganjur, kemudian dedahkan satu dunia tentang saman tersebut, Mereka telah melempar najis ke muka Malaysia! Malaysia akan terkenal sebagai negara telanjang. Sekiranya kerajaan hanya ingin menjaga telur sendiri, lebih baik berambus dari Malaysia! Malaysia tidak memerlukan pemimpin yang menjaga telur sendiri.

Siapa tahu, kenapakah mereka berani untuk melanggar etika? Ini kerana mereka tahu bahawa kerajaan di Malaysia adalah kerajaan yang pondan. Di manakah kepondanan tersebut? Antara kepondanan tersebut ialah Najib tidak berani membersihkan nama baiknya di mata dunia tentang kes Altantuya. Ia menjadi buah mulut satu dunia.

Seteruskan kes BN Perak yang tidak berani dibubarkan Dun. Juga menjadi bualan sedunia. Dan banyak lagi kes-kes pondan di Malaysia yang cukup banyak diamalkan oleh BN. Hari ini, BN sekali lagi menyerlahkan kepondanannya sekiranya tidak berani untuk menyaman penganjur tersebut yang jelas melanggar etika!

Salam Perjuangan

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mufti Johor dok buat apa. Melayu UMNO Johor pula buat dono aja. Syok sangat kot dok pi tengok puak ni berlari telanjang.

Tanpa Nama berkata...

Salam YB. Saya sangat2 setuju dgn kenyataan Yb. Apalah hebat sangat 1Malaysia yg dipopularkn DSNR? Pembaharuan apa nak dibuat? Benarlah telahan kebanyakkan org bahwa semua yg dibuat sejak permindahan kuasa kpd DSNR hanyalah kosmetik shj, tak lebih dari itu! Rakyat DITIPU sejak lebh 1/2 abad oleh UMNO dan BN. Tidak payah diselindungkan lagi. DSNR hanya menyambung nafsu serakah TDM untuk entah berapa tahun lagi. KECUALI KITA JATUHKAN MEREKA DENGAN UNDI RAKYAT!

Tanpa Nama berkata...

Kepura-puraan terserlah juga akhirnya. Hanya kerana ingin bersaing dengan PAS yang berpegang pada Islam, UMNO telah 'mencipta' Islam Hadhari. Tidak lama dahulu Malaysia di war-warkan sebagai Negara Islam. Sekarang kita tidak dengar lagi kerajaan menyebut tentang Negara Islam. Slogan tenggelam timbul di negara ini tetapi semuanya sekadar 'lip service'. 'Negara Islam' tapi maksiat berleluasa. 'One Malaysia' tapi asyik-asyik membangkitkan sentimen perkauman. Hipokrasi tahap tinggi!
Tidakkah rakyat Malaysia (khususnya bangsa Melayu yang menurut mantan PM, suatu bangsa yang mudah lupa)nampak hipokrasi ini?
Sekiranya rakyat Malaysia redha dengan kemungkaran yang diizinkan oleh pemerintah kini, maka silalah terima habuannya di akhirat bersama mereka kelak. Begitu juga dengan golongan menyamar dalam PAS dan Pakatan Rakyat, yang cuba merosakkan dari dalam. Pandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah juga. Anda boleh berlakun dan menipu dan rasa puas hati kerana berjaya memperbodohkan orang lain, tetapi lakunan anda tidak laku di akhirat nanti!

Tanpa Nama berkata...

Drs,PM dlm usaha "merakyat" kan diri mahu setanding dgn Allahyarham ayahanda nya.Punbegitu dgn kerjabuat nya di Perak jelas memperkosa keluhuran jatidiri seorang pemimpin.Semoga beliau dikurniai "ihdinal siramustaqim" dan mengenal jalan pulang. Nona Ratana Chulaborn.

Dr Fikrah berkata...

Sila lihat

http://www.mawifc.com/forum/messages.aspx?thread=6544&topic=4

Tanpa Nama berkata...

inilah baru dinamakan 1malaysia. syubus! buat pm kita...

madkrie berkata...

Bagus..ini sangat bagus..ambil nama penganjur dan peserta tersebut...sekali lagi nama Malaysia berjaya di naikkan...Kepada MB Johor bolehlah meniru KM Melaka untuk memberi anugerah gelaran "DATUK" kerana mempromosi Negeri Johor..Kepada PM pun boleh menyediakan satu pingat khas untuk di anugerahkan kepada mereka.
Malaysia Boleh.

Tanpa Nama berkata...

Untuk menghukum mereka yang melanggar syarat2.. syarikat penerbit wajib dikenakan bond 1 juta atau 2 juta..Langgar syarat, rampas bond tersebut dan saman berjuta2 lagi
implikasinya kuranglah mereka nak buat pengambaran di sini..

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya dalam isu ini kerajaan bersikap double standard, mustahil kementerian penerangan tidak mengetahui program tersebut dan tidak mengetahui situasi sebenar. Kalau ceramah agama bukan main keras menghalang macam 'haram' tapai program cam ni lepas.

abu muaz berkata...

Perkara itu termasuk didalam kategori penyakit kronik. Penyakit seumpama itu sukar diubati.Kerajaan BN yang ada hari ini tak ada upaya nak selesaikan penyakit-penyakit ini kerana mereka lebih berpenyakit dari orang yang bertelanjang itu.

Tanpa Nama berkata...

ya!Allah apa nak jadi dengan Johor ni.....camne pemimpin yang cerdik pandai boleh lepaskan perkara sebegini!tunggulah balasan dari Yang Maha Kuasa....nanti jadi tsunami cam dulu baru tau...wat maksiat terang-terangan...yang tersembunyi dah melimpah ruah....semua dengan izin pemimpin amno yang bangsa melayu...wallahualam...tinta.

zizi3131 berkata...

UMNO lahir di Johor....
Benda macam ni pun jadi kat johor...
Padan lah MB Johor pun ada skandal...
Menteri hari ni pun dari Johor...
TPM pun org Johor...
UMNO Johor boleh lah dikatakan tempat melahirkan Pemimpin Umno PONDAN...mcm bekas Ketua Pemuda UMNO Dato Hisham...AUWW

marrobbuka berkata...

Tu had UMNO sukaaaa tu....
Untuk Masuk Neraka OOOO ... puak puak ni memang tempah tiket pi neraka ....

Abdullah Ngah berkata...

Kami pernah buat kajian mengenai kebabrakan yang berlaku di negara kita di Pulau Tioman.

Selama 5 hari berlangsung. Kebetulan chelek yang kami sewa milik ketua Kampung maka banyaklah maklumat yang kami dapat.

Kalau pasal berlari telanjang yang berlaku itu mungkin tidak mengejutkan kami, kerana sepanjang dipantai pulau Tioman, bukan sahaja mek salleh dan mat salleh ini berbogel.

Makan minum dalam kedai pun mereka berkaedaan separuh bogel. Lebih teruk lagi antara mereka ada yang melakukan seks didalam air yang kalau kita lalu akan nampak aksinya.

itulah yang berlaku di Pulau pulau peranginan d seluruh negara kita yang barangkali hasil mahsulnya semakin rancak dan arak juga dijadikan produk yang tersangat lari.

Yang hendak kami sebut disini inilah negara yang orang Melayu Islam perintah. Halal haram tiada perbezaaan.

soal lari terlanjang bulat soal yang tersangat kecil, kerana hanya berlaku tertakat itu sahaja, tetapi kebanjiran filem lucuh di negara kita yang menghairankan bagaimana ia boleh masuk dengan begitu beleluasa sebelum ini.

Sekarang ini tidak menghairankan kita kerana internet melalui laman web lucuh berjuta juta post boleh dilayari dengan mudah.

Kami nak cerita mengapa sebelum ini pun betapa banyaknya filem lucuh di negara masuk ke negara kita.

Macam mana dia boleh masuk begitu bebas sedangkan kita ada kawalan yang dilakukan oleh kastam dan imegeresen.

Anda mungkin dah tahu, tetapi kami hendak cerita hari kajian yang kami buat. Rupa rupanya filem yang membanjiri negara kita dibikin di negara kita sendiri.

pengusaha filem lucuh luar negara membuat pengambaran di dalam negera kita, antara tempat pemgambaran itu ialah dipulau pulau peranginan termasuk pulau Tioman.

Lokasi pengambaran dibuat di hotel mewah yang sewanya RM 15,000 satu malam. Kami juga dibawa kelokasi pengambaran filem lucuh dicelah celah batu di Pulau Tioman.

Atas sebab itulah mereka boleh bawa masuk filem tersebut tanpa ada pemeriksaan pihak berkuasa. Sekarang kegiatan tersebut tidak berlaku lagi kerana peminat filem lucuh boleh melayari internit dengan mudah tanpa ada sebarang sekatan dan didakwa.

Inilah kerja orang kafir untuk mendapat rezeki. Yang membimbangkan kita orang islam juga sudah ada yang cuba mencari rezeki yang dipeluori oleh yang kafir.

Yang paling membimbangkan kita negara kita merupakan pusat pelancongan seks yang barangkali jartuh nombor tiga antara Thailan dan Singapura?

Kebanjiran gadis dari China, Thailand, Pilifina, vietnam dan Indonesia sebagai destinasi pelancongan seks yang digalakkan dengan pelbagai promosi yang dibuat diluar negara.

Dan tidak mustahil satu malaysia yang ditiru dari Indonesia pelacur juga akan dilesenkan sepertimana arak dilesenkan.

Kalau arak dan judi dilesenkan, tidak mustahil pelacur juga akan dilesenkan suatu masa nanti jika kerajaan ini masih kekal memerintah.

malaysia baru berkata...

Jaga2 azab Allah akan turun kalau kita tidak mencegah kemungkaran...

samad berkata...

mari satu malaysia pakat telanjang, bagi seruan one malaysia. jangan buat tu cakap bolehlah