Drs. Khalil mendengar rungutan dari seorang peniaga cina sambil diperhatikan oleh penguatkuasa MDK.
PARIT BUNTAR, 30 April :- Masalah yang dihadapi oleh peniaga dan pengunjung di Pasar Awam Parit Buntar mendapat perhatian dari ADUN Titi Serong,Drs. Khalil Idham Lim apabila beliau bersama rombongan telah mengadakan lawatan kerja bagi bertemu dan bertanyakan masalah mereka. Kehadiran Drs. Khalil disambut dengan mesra oleh semua peniaga yang cukup mengenali beliau.
Pada kesempatan itu beliau bersama dengan 2 orang penguatkuasa Majlis Daerah Kerian (MDK) yang bertanggung jawab kepada pasar itu telah mengadakan perbincangan mengenai peraturan dan masalah saman yang sering dilaporkan kepada Pejabat ADUN.
Drs. Khalil memberi jaminan untuk datang kembali pada Isnin akan datang bagi mengadakan perbincangan susulan dengan wakil peniaga bagi mengelakkan kekerapan saman yang mereka perolehi.
Disamping itu beliau telah dilaporkan beberapa aduan yang perlu disegerakan untuk disampaikan dan diambil tindakan segera oleh pihak berkemaan iaitu :
1. Keadaan lantai yang berair, licin dan rosak
2. Bumbung yang mengalami kebocoran
3. Cucuran air yang kebanyakannya sudah berlubang, belum pernah ditukar sejak pasar itu digunakan.
4.Keadaan wayar letrik yang membahayakan pengunjung dan peniaga.
Pasar awam Parit Buntar yang terletak di tengah Pekan Parit Buntar itu menjadi tumpuan pengunjung khususnya pada hari-hari cuti mingguan dan cuti umum. Pasar ini menyediakan pelbagai keperluan harian disamping pada sebelah paginya terdapat puluhan penjual kuih dari pelbagai bangsa.
Berikut ini adalah koleksi gambar semasa kunjungan tersebut.
2 ulasan:
WAKIL RAKYAT KENA LA MESRA RAKYAT,KENA PANDAI AMBIL HATI PETUGAS,TATAK SOMBONG MA..... SYABAS YB!TERUSKAN..
tapi bile wakil rakyat menghebahkan diri sendiri..mcm riak la plak jadiknya..tak ke gitu?
Catat Ulasan