20 Mei 2009

DUN S'gor: Khir Toyo digantung setahun

Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah menggantung ketua pembangkang dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo daripada menghadiri sidang DUN selama setahun.

Tindakan itu diambil ekoran kegagalan beliau menghadiri siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor Mac lalu berhubung perbelanjaan dana agensi kerajaan negeri.

Jawatankuasa itu - di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor - juga mendapati beliau bersalah terhadap tiga tuduhan membuat kenyataan yang menghina legitimasi Selcat, dalam media dalam dalam blognya.

Ekoran itu, Dr Mohd Khir yang juga ketua pembangkang di DUN Selangor digantung selama setahun daripada menghdiri sidang DUN kerana gagal menghadiri siasatan awam tersebut, dan digantung masing-masing enam bulan bagi setiap tuduhan tersebut.

Kesemua elaun dan keistimewaan yang diterima Dr Mohd Khir Toyo sebagai seorang ADUN, juga digantung.

Jawatankuasa itu juga menggantung empat lagi ADUN BN Warno Dogol (Sabak), Isa Abdul Kasim (Batang Kali), Marsum Paing (Dengkil) dan Mohamad Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) selama enam bulan kerana mempersoalkan integriti Selcat.

Elaun dan keistimewaan mereka juga turut digantung sepanjang tempoh hukuman tersebut.

Ia diumumkan oleh Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa hak dan keistimewaan tersebut di Shah Alalm untuk membincangkan perkara tersebut.

Bagaimanapun, Teng berkata, hukuman itu merupakan syor yang dibuat jawatankuasa tersebut.

Syor tersebut, katanya, akan dibentang di sidang DUN Julai depan untuk dibahas dan setiap wakil rakyat termasuk Dr Mohd Khir akan diberi peluang membahaskannya.

Dalam siasatan Selcat selama lapan hari Mac lalu, para saksi memberi keterangan bahawa berjuta-juta ringgit dana syarikat pelaburan kerajaan negeri, telah disalahguna oleh Balkis - Badan Kebajikan dan Amal Isteri Wakil-wakil Rakyat BN Selangor - yang dipengerusikan oleh isteri Dr Mohd Khir - Datin Zaharah Kechik - sewaktu beliau menjadi menteri besar.

Sementara itu, ketika dihubungi selepas pengumuman tersebut dibuat, Dr Mohd Khir berkata beliau belum menerima surat berhubung hukuman tersebut.
Bagaimanapun, katanya, beliau akan meminta peguamnya mengkaji perkara itu sebelum memutuskan tindakan selanjutnya. Malaysiakini.

16 ulasan:

Seladang berkata...

Ingatkan Speaker Selangor tu! Pegang kuat-kuat kerusi speaker bimbang polis dan pencacai Umno/Bn angkat dan kurung dia dalam jamban macam yang berlaku di Perak.

Unknown berkata...

Habih lar hang Khir muka licin. lepas ni berkerut balik lah muka hang.

Matatech berkata...

saya anak jati selangor berbangsa jawa, yang memang amat mencurigai jawa sekor ni, yg pada masa pemerintahannya amat gemar mengambil tanah dikg-kg melayu dan jawa kononnya untuk pembangunan. dan saya amat bersetuju jika dia dikenakan hukuman berat seberat-beratnya, kerana dia lah anak-anak jati selangor dikg-kg kehilangan tanah untuk tinggal, sedangkan dia kaya raya.

JAMILKUCING berkata...

Buat satu bilik bercermin khas.untuk speaker perak duduk ketika perbahasan.pastikan bilik cermin itu kalis pleuru dan kokakan gigi anjing

Tanpa Nama berkata...

MEMANG PADAN MUKA KO PENYAPU!!

PADAN MUKAAA...!! 900X


_________
qariah kg bermban

Tanpa Nama berkata...

Rakyat sekarang dh cerdik... pandai menilai sejauh mana ketelusan pemimpin... kalau perut dh buncit tu... maknanya dh makan banyak Cacing tanah... elok di gantung seumur idup lgi baik... buat nyusah rakyat jer....

Tanpa Nama berkata...

padam muka kau khir bin toyo....hahahah baru ko rasa bestnya jd pembangkang..klu aku jd speker aku pecat jer dia tu dari dewan dun hahahahahaah

manickam Nadeson berkata...

Mahkamah Persekutuan sudah ada, Khir Tohyol tak perlu takut, Dia pasti akan menang dalam kes ini.

Manickam Nadeson berkata...

Cepat cepat Khir Toyol fail kes kat Mahkamah Persekutuan.

Tanpa Nama berkata...

Tunggu!khir toyol!
belum selesai lagi tindakan terhadap hang ni, kes2 rasuah akan juga dilapor ke badan pencegah rasuah nanti....Ha!ha!

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM WBT.TAHNIAH UNTUK PEMIMPIN SELANGOR YANG BARU..TAPI JANGAN CEPAT PUTUS ASA SEBAB RAMAI ORANG YANG MASIH MENYOKONG SI TOYOL TU WALAUPUN DIDEDAHKAN KESALAHAN ...NAK BUEK CAM NO..DEGUPAN JANTUNG PUN...UM..NO...UM..NO...UM..NO..KENA INGAT SEKARANG NI..SEMUA JABATAN ..DI ULANGI..SEMUA JABATAN DEPA PUNYA..HINGGA JABATAN UGAMA ISLAM PUN TAK TAU HUKUM..DUIT PUNYA PASAL..

chodot berkata...

Wak karto ni tak habis habis sengal..sudah..sudahlah wak..wak pergi jer kemana-mana Disneyland bawak anak bini..tenang kan fikiran..wak ni dah tak laku kat negeri selangor..syabas jadi ketua pemikir...fikirlah macamna nak lingkupkan negeri selangor..tulah..sapa suruh naik skuter masa PRU dulu..

Tanpa Nama berkata...

tahniah buat mr.botox kerana dgantung setahun...

KudaPerang berkata...

Tahniah dan syabas kepada Kerajaan PR Selangor kerana mengambil tindakan yang bijaksana dan jauhari! Ini menunjukkan bahawa tindakan diambil berdasarkan kepada prinsip keadilan selari dengan kehendak Islam, bukannya berlandaskan kepada balas dendam tetapi kerana realiti kesalahan sebenar yang dilakukan oleh Anak Toyo itu (kasihan kepada ayah dan ibunya kerana memiliki anak sepertinya)!

Anak Bugis berkata...

kejatuhan suadara khir berpunca dari pendekatan yg digunakannya, apabila pemimpin merasakan dirinya kuat, mereka lupa tanggung jawab kepada rakyat..dan bila rakyat menjatuhkan hukuman mereka merasakan rakyat tak berterima-kasih..
semuga suadara khir sedar bahawa kuasa yg ada bukan untuk selama-lamanya.. tapi rakyat yang memberikan kuasa pada mereka yang selayaknya..

org kuat berkata...

MCM NI LA MAU AJAR DIA..
HAHAHAHA
TAMBAH LG SETAHUN..