YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Hj Muhammad Nizar Jamaluddin mengesahkan dia diperkenan mengadap Tuanku Raja Nazrin tengahari tadi di Istana Iskandariyyah selepas selesai Majlis Anugerah Pingat & Bintang. Demikian dinyatakan oleh Hj Nizar dalam taklimat ringkasnya di Mesyuarat Perhubungan PAS Perak tadi.
Dalam kesempatan yang singkat itu, digunakan oleh Hj Nizar bagi memohon maaf bagi pihak PR dan rakyat Perak sepanjang tiga bulan sebelum ini sekiranya apa sahaja insiden yang berlaku mengguris hati Tuanku.
Beliau juga bagi pihak PR mengucapkan takziah di atas kemangkatan Kekanda Tuanku Sultan Azlan Shah yang juga bapa saudara Raja Nazrin.
Kesempatan itu juga digunakan oleh Dato' Seri secara berterus terang dengan penuh berhimah memberi pandangan-pandangan terhadap senario dan kemelut politik di Perak. Dato' Seri merayu supaya Tuanku memberi penghormatan kepada rakyat untuk memilih semula kerajaan di negeri Perak, kerana melalui pembubaran DUN sahajalah kemelut ini akan berakhir.
Pakatan Rakyat akan menghormati pendirian dan keputusan rakyat yang samada memilih Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional. Dato' Seri juga memberi pandangan supaya tidak ada sidang DUN diadakan dalam tempoh terdekat selagi kemelut politik ini belum berakhir, beliau memberi gambaran insiden sidang DUN 7 Mei yang lalu dibimbangi akan berulang semula sekiranya sidang DUN diadakan juga, dan ianya akan hanya memalukan imej Tuanku dan negeri Perak.
Pertemuan singkat antara YAB Dato' Seri Hj Nizar dengan DYTM Raja Nazrin merupakan pertemuan yang cukup berharga walaupun pertemuan itu mengikut sumber yang disiariakn dalam posting blog ini dari seumber yang kami perolihi cuma sekitar 15 minit sahaja.
Mesej rakyat yang mahukan DUN dibubarkan telah disampaikan oleh Hj Nizar. Kini, semuanya terserah kepada Tuanku, Diharap rakyat terus menerus mengadakan solat Hajat dan bermunajat mudah-mudahan dilembutkan hati Tuanku bagi memperkenan DUN Perak dibubarkan.
Satu maklumat tambahan yang kami perolihi dimana pertemuan itu di sertai sama oleh Dato' Anuar Zaini dan Dato' Temenggong.
20 ulasan:
apehei mat keminyan tu ada bersama raja muda? tentu dia mendengar percakapan diantara ds nizar dan raja muda. mungkin raja muda sengaja nak mat keminyan ni dengor perbualan dengan ds nizar. datuk temenggong jadi saksi. raja muda memang bijak!
yobpekok.
Semoga Allah beri petunjuk kepada golongan-golongan yang tidak takut kepada pembalasan pada hari akhirat.
Terpulang lah kepada Tuanku untuk menilai apa yang telah disampaikan olih DS Nizar.
Rakyat hanya mahukan DUN di bubarkan dan buat pilihan semula. Kalau BN/UMNO takut nak bertanding bagi semua "walk over"dan Pakatan Rakyat istihar menang,- macam YB setuju tak?
Saya hanya bolih berdoa, Lawan tetap Lawan, kuasa rakyat mesti di kembalikan.
YB Dr, kalau sudi mendengar pandangan saya, telitilah dengan berhemah. Sebenar perkara yang menjadi halangan sultan dan orang UMNO untuk membubarkan DUN, bukan sangat takut BN kalah tetapi kerana mereka bimbang negeri Perak jatuh ke tangan DAP. Mereka bimbang, melayu jadi boneka DAP. Jadi, PR perlu membuat perjanjian yang betul mengenai kedudukan ini dalam negeri sebagai contoh kerusi PAS 45% PKR 35% DAP 20% dan dalam PKR sendiri mesti lebih ramai Melayu dari yang lain. Perkara ini perlu diberi keyakinan kepada Sultan. Dan itu juga perlu dibawa dalam rundingan dengan PM. Kalau ini dapat dilaksanakan, Sultan pasti sudi membubarkan DUN.
apa yang nak taku pasal pembahagian kerusi tu...kan Sultan ada kuasa tentukan sape MB Perak...dah tu yang lepas PAS menang 6 aje dah dapat MB Perak....takut benar kome ni
Tahun 1990, UMNO menang majoriti di Pulau Pinang. Gerakan kalah teruk. Tapi kenapa masih serahkan jawatan ketua menteri kepada Gerakan padahal jika ikut syarat, parti komponen terbesar yang menang DUN akan dipilih jadi Ketua Menteri ? Tiada pulak suara2 yang mengatakan itu dan ini.
2008-Di Perak. Walaupun DAP menang majoriti, tapi ADUN PAS yang dipersetujui jadi MB Perak. Walaupun kerajaan minoriti orang Melayu, tp banyak kebaikan kepada melayu kebanyakan. Peruntukan SAR dikembalikan dengan bantuan jutaan ringgit. Bantuan yang telah dihapuskan semasa UBN memerintah Perak.
Keluarlah dari kepompong politik perkauman yang hanya menguntungkan elit politik dalam UMNO, MCA dan MIC. Jika ketirisan projek berleluasa angkara rasuah BN. Semua orang tidak kira Melayu, Cina , India, Murut dll terasa. Yang selamat cuma pemimpin politik korup dan korporat politik yang kaya raya.Fikir-fikirlah.
sejak bila ameno consent pasal org melayu.. pencapaian org melayu di luar bandar terancam dek kerana pembelajaran sains dan matematik dlm English buat pekak jer..selama nie masa b-end kerajaan,kerusi melayu banyak,tapi ape yg melayu dpt?? puak2 yg ada jawatan sapu bersih, sampai tanah resab pun jual kat Cina..Nasib baik kalah, itu pun dah ada ura2 nak jual tapak rumah MB masa tajol Rosli atas alasan dah tak selamat...semua fikiran sengal, janji boleh habuan dari setiap benda yg dibuat.. itu mentaliti kepala otak ameno selamanya tak berubah walaupun diambang kehancuran..
jgn terlalu berharap,lipatgandakan usaha dan doa,kita tahu Dato'Mursidul Am selali doakan krisis ini ada penyelesaian,dan sebagai ahli pertengahan atau bawahan,pertemua tidak bermakna selesai,jd jgn terlalu ghairah membuat spekulasi/ulasan gembira,takut nanti bila sebaliknya kita melenting kecewa...hidup PAS,Hidup PR,Hidup Rakyat...
kdg2 bila calon yg diltetakkan di satu tmpt, ialah dap dan umno misalnya..kemungkinan org melayu akan undi umno wpun mereka skong pr..dsbbkan dalam islam, harus memilih pemimpin islam...
ref: Ahmad Baei Jaafar , 5/19/2009 7:26 PM
Tiada 1 bukti pun PAS boneka DAP atau sebaliknya. Semua rakyat bukan saja di Perak, malah seluruh Malaysia boleh menilai samada PAS (YAB Ir. Nizar) ni boneka atau tidak. Jadi, saya rasa Nizar lebih bijak untuk menilai.
Tepuk dada tanya iman.
Kalau nak cerita pasal Melayu, apa sudah jadi pada Terengganu, semua ADUN Melayu, majoriti UBN, tapi kucar-kacir. Masing-masing asyik dok memikirkan kuasa dan pangkat, hingga lupa pada masyarakat. Itu contoh yang nyata, sedangkan deme ni dah 51 tahun ada pengalaman memerintah Negeri dan juga Persekutuan, tapi masih lagi gila pangkat dan darjat.
Saya rasa DAP lebih hormatkan Nizar dari berbanding boneka seperti yang diperkatakan.
yelah, bab melayu ni jangan risau, selagi sultan ada tak akan melayu tak jadi MB. lagipun kalo bubar dun, kawe yakin pas akan menang dengan lebih banyak sekaligus exco perak akan seimbang antara melayu dan bukan melayu
Kepada ahmad baei jaafar DAP pun manusia juga cuma beza agama kita.Kalau DAP lebih baik perbuatannya daripada UMNO apa salahnya...
Apakah bezanya antara orang kafir dengan pemimpin UMNO Islam yang mengamalkan rasuah dihadapan Allah nanti...
Jawapanya sama2 masuk Neraka cuma kadarnya yang berbeza...
Letak Islam dihadapan bukan bangsa...Islam naik barulah bangsa akan naik..
yer lah .. kalau dah demikrasi.. apa pun kena lah beri . yer tak.. yang penting jika Islam dalam dasar PAS yang menjadi ukuran dan tentulah semua kaum terima.. tapi jika bangsa yang menjadi suapan.. habis tenggelam le tamadun,, macam arab jahiliyah(asobiayah)...
Perak memerlukan sistem kehidupan yang memberi rahmat kepada penduduknya dan selain itu ia memerlukan juga seorang pemimpin yang mampu membawa sistem itu kealam realiti. Perak beruntung kerana kedua-duanya telah ada dihadapan mereka iaitu Islam + Nizar, sebuah sistem dan seorang pemimpin yang terbukti keikhlasannya dan kemampuannya.
Kehidupan yang diuruskan dibawah sistem Islam itu tidak meminggirkan sesiapa pun, semuanya siap diuruskan kepada kebaikan. Samada orang Islam yang soleh, orang Islam yang suka melakukan dosa, orang kafir yang tidak memusuhi Islam atau orang kafir yang memusuhi Islam. Samada kepada sultan, pekerja buruh, bayi, kanak-kanak atau orang tua, yang kaya, yang miskin, ekonomi dan sosial. Islam menguruskan semuanya sekali (syumul=menyeluruh).
Orang-orang yang ikhlas ingin memperjuangkan kebaikan dan keadilan akan menemui Islam itu tidak bermusuhan dengan diri mereka. Malah, Islam tidak mengukur kamu sebagai seorang cina atau melayu, tetapi mengukur kamu mengikut kayu ukur keteguhan iman, dan keteguhan Islam didalam dirimu, keluargamu dan masyarakatmu.
Islam untuk (kebaikan) semua. Apabila Islam tidak memerintah, banyak yang rugi. Sultan pun rugi, rakyat pun rugi, Zambri pun rugi, BN rugi, DAP rugi.
Pemimpin yang ikhlas dan kuat untuk (kebaikan) semua. Apabila dia tidak dijadikan pemimpin, banyak yang rugi. Kebaikan tertangguh.
Berikanlah pemerintahan ini kepada yang paling mampu/kuat menjaga Islam, yang paling prihatin dan paling mengasihi rakyat.
SAYA HARAP DAP DAPAT MELETAKKAN ORANG MELAYU BERTARAF USTAZ ATAU SEUMPAMA DENGANNYA BERTANDING ATAS TIKET MEREKA (DAP) DAN SETERUSNYA AKAN MEMASTIKAN DAP DAPAT MEMEGANG TAMPOK PEMERINTAHAN JIKA MEREKA MEMPUNYAI KERUSI YANG MEJORITI DALAM DEWAN (JADI MB).. SO.. TIDAK ADA MASALAH PERKAUMMAN LAGI.. DAN NEGERI PERAK AKAN MENJADI LEBIH MAJU DAN AMAN.. INSYAALAH.. SAYA PERCAYA ATAS SEMANGAN PERSAHABATAN DI DALAM PAKATAN RAKYAT PAS DAN PRK TIDAK AKAN MEMBANTAH DAN MERESTUINYA.. KABUSPAGI
sebok dengan ketuanan melayu..maso berkuaso takdo plak nak bela melayu..duk bela kroni gak..poorah!
Mendapat pendidikan agama di peringkat sekolah menengah di Pulau Pinang, Madrasah Faqiyatid Daemiah, Permantang Pauh dan Madrasah Islamiah Al-Mashoor Pulau Pinang. Beroleh Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang di Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan, Nilam Puri. Pernah menjawat jawatan Editor Majalah Dewan Agama dan Falsafah (2001-2006), Sub Editor Akhbar Sinar Harian (2007- Mac 2009). Kini, EDITOR MAJALAH SOLUSI terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Pada masa yang sama turut ditugaskan sebagai Penolong Pendaftar Nikah bagi kariah Taman Putra Perdana, Puchong, Sepang.
kelulusan agama tapi sebok dengan melayu kaki rasuah tu!sapo ni? yang bagi komen kat atas tu la..
berkerjasama dgn DAP,ustaz2 dan ustazah kita ngajo dimesjid/surau dema tak halang pun,kalu UMNO ..subuh2 katak lagi dah halang,berterak-terak polis sekat jln ke surau dan masjid,jaga orang solat tapi deme tak solat..itulah kelebihan UMNO...lu fikirlah sendiri..
Kepada tanpa nama 10:41pm,
Pe hal pi cari ustaz kat DAP lak, kat dalam PAS kan ada berlambak-lambak. Pilihan tu biorlah berasas sikit.
Kriteria pertama yang kita cari ialah pemimpin yang paling taqwa, paling awal beriman, paling awal memeluk Islam, paling awal berjaya menjadikan Islam sebagai perlembagaan hidupnya.
Kriteria kedua ialah yang paling cerdik, yang pandai menggunakan akalnya untuk pengukuhan Islam, yang sudah pasti membawa kebaikan kepada semua jika dapat ditegakkan.
Kriteria ketiga ialah yang paling kuat tubuh badannya, untuk memantau manusia dan alam dibawah pertanggunjawabannya, dari sempadan utara hingga ke sempadan selatan, timur dan barat, semuanya dipertanggungjawabkan dihadapan Allah.
Kriteria keempat ialah yang paling kukuh keperibadiannya, berpegang kepada prinsip-prinsip yang diyakininya, tanpa merasa lemah dan terpengaruh dengan maju mundur perjuangannya.
Ada banyak lagi kriteria pemimpin. Cukuplah 4 tu sebagai pendahuluan. Betapa beratnya menjadi pemimpin. Kalau takat ada surat beranak yang tulis kita ni berbangsa Melayu, dan faham sikit-sikit bab agama, bab politik, tak payah lah nak jadi MB.
Pemimpin mestilah yang terkuat sekali dari kalangan ummah pimpinannya. Jika pilih yang lemah, tunggulah hari-hari kebingungan, hari-hari porak peranda. Pemimpin yang lemah akan menjadi ujian besar kepada rakyatnya.
Kepada tanpa nama 5:11 am..
lah tuan faham ker.. orang yang menjadi MB di negeri perak ni mestilah dikalangan parti yang mendapat mejoriti di dalam dewan.. oleh yang demikian pada pihan raya yang lepas sepatutunya DAP mendapat tempat jadi MB.. disebabkan peruntukan dalam undang-undang tubuh mengkehendakkan orang melayu dan islam jadi MB maka saya cadangkan untuk tidak menjadi masalah supaya DAP meletakkan salah seorang calonnya adalah orang melayu dan ada benrpengetahuan agama sedikit.. so bolehlah membuat persediaan jika mereka masih lagi mengekalkan atau bertambah kerusi mereka untuk bersedia menjadi MB.. so saya rasa cara itu lagi selamat.. berbanding sekarang.. dan jikalau PAS mempunyai kerusi yang banyak atau PKR ker.. so dari kalangan merekalah yang akan jadi MB..kalau sama banyak terpulanglah pada Baginda sultan untuk memilihnya... Yang penting DAP kena buat persediaan untuk meletakkan orang melayu sebagai calon mereka.. ciri-ciri pemimpin yang tuan cakap tu memanglah kita faham.. dan diminta pihak DAP pun mestilah paham yang calon melayu mereka tu kena ada ciri-ciri tersebut.. supaya semua rakyat boleh terima terutama daripada parti PAS dan PKR... dan DAP sendiri..
Kabus Pagi.
Catat Ulasan